Ditulis oleh JITM SUNDAY, 28 MARCH 2010 16:50
Oleh hal yang demikian, Lajnah Pendidikan PAS Pusat (LPPP) telah melancarakan satu Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN) bagi menjayakan tugas “amar maaruf nahi mungkar ini” petang tadi oleh Pengerusinya, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik.
Pelancaran yang dibuat dalam Konvensyen Guru-guru Wanita Islam Malaysia itu bermatlamatkan perlaksanakan tugas amal makruf dan nahi mungkar melalui pendidikan dan undang-undang.
Abu Bakar Chik dalam dalam ucapannya berkata, PAS sebagai sebuah gerakan dan parti politik PAS telah mengambil langkah–langkah dalam menangani pilihan raya semenjak 1995 lagi.
Sejajar dengan juga usaha–usaha itu juga, PAS secara serius di peringkat pusat negeri dan kawasan menyusun atur urusan amal makruf nahi mungkar ini sebagai tunggak kepada amal islami dan mesti dilakukan secara berterusan.
KAWAN dalam menangani gejala jenayah, vandalisme dan keruntuhan akhlak dalam masyarakat serta melahirkan masyarakat yang saling nasihat menasihati akan menggerakkan masyarakat, guru dan petugas parti dalam melaksanakan matlamat dan misinya mengikut strategi dan modus operandi kes yang berlaku.
Menutup konvensyen itu, beliau berharap KAWAN yang membawa slogan “ad-Deenu an-Nashihah” itu dapat ditubuhkan seberapa segera di semua negeri dan menjadi salah satu daripada badan sosial Parti Islam SeMalaysia yang mendidik massa.
Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad |
THURSDAY, 29 APRIL 2010 01:21 |
KENYATAAN MEDIA KTMB: PAS UCAP TAHNIAH DENGAN WUJUDNYA GERABAK KHAS WANITA Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana memperkenalkan gerabak khas untuk penumpang wanita KTM Komuter. Ini adalah satu penghormatan kepada kaum wanita dan keunikan buat sistem pengangkutan awam dinegara ini. PAS amat menyokong langkah ini kerana ia mampu memberikan keselesaan kepada penumpang wanita yang selama ini terpaksa berhimpit-himpit dengan penumpang lelaki khususnya ketika waktu puncak. Malah langkah ini dapat mengurangkan masalah ganguan seksual kepada penumpang wanita. Langkah ini menepati syariat Islam yang meletakan wanita ditempat paling istimewa yang perlu dilindungi dan dilayani dengan sebaiknya. Kemudahan KTM ini walaupun baru namun diyakini akan mendapat sambutan meluas berikutan jumlah penumpang komuter setiap hari yang ramai. Perkara ini sudah lama diadakan diluar negara seperti di Jepun dan beberapa negara Eropah. PAS mencadangkan agar selepas ini diwujudkan juga gerabak khas untuk mereka yang bekeluarga dan juga warga emas termasuk golongan OKU bagi memudahkan mereka mendapat perkhidmatan yang lebih baik. PAS berharap inisiatif ini juga diambil oleh pengusaha pengangkutan awam yang lain agar masalah-masalah penindasan atau pencabulan wanita ditempat awam dapat dikurangkan disamping meningkatkan imej perkhidmatan awam dimata masyarakat. Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusatsumber: http://www.pas.org.my/ktmb--pas-ucap-tahniah-dengan-wujudnya-gerabak-khas-wanita |
Labels: Ciri-ciri Negara Islam
Labels: Baca at LRT, Love to Read Books =)
Aktiviti Baca@LRT tanpa perhimpunan |Foto untuk sebaran blog dan FB anda. Pada tarikh 25 April 2010, jam 11.30 pagi, selepas membaca dari dalam LRT ke KLCC, kita seorang demi seorang akan masuk ke Kinokuniya dan memasukkan hanya senaskah buku ke dalam kotak buku UNICEF ini. Kemudian keluar dalam keadaan tenang dan natural bertemu rakan lain bertukar buku. Tidak ada perhimpunan dan ucapan penutup kerana kita adalah natural.
Labels: Baca at LRT, Love to Read Books =)
Baca@LRT versi April pada hari Ahad 25 April 2010 tepat jam 11.30 pagi bertemakan "Beri" akan berlangsung di kedai buku Kinokuniya KLCC. Semua pencinta buku, mari kita turun beramai-ramai dan bertukar-tukar buku. Jumpa di sana!
Labels: Baca at LRT
Zamri Mohamad sent a message to the members of BACA@LRT.
Zamri MohamadApril 25, 2010 at 2:52pmSubject: Informasi terkini | Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said bersama Baca@LRTInformasi terkini
Tuan dan Puan yang dimuliakan gelombang Baca@LRT hari ini menerima sokongan daripada rakan-rakan kita.
Kejutan sebentar tadi telah berlaku! Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said sudi bersama para pembaca Baca@LRT dari Gombak ke KLCC dari jam 11 sehingga 1 tengah hari tadi.
Klik di sini bagi melihat foto http://www.facebook.com/l/ bbbce;bit.ly/cjGVzV
Zamri MohamadApril 25, 2010 at 2:52pm Subject: Informasi terkini | Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said bersama Baca@LRT Informasi terkini Tuan dan Puan yang dimuliakan gelombang Baca@LRT hari ini menerima sokongan daripada rakan-rakan kita. Kejutan sebentar tadi telah berlaku! Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said sudi bersama para pembaca Baca@LRT dari Gombak ke KLCC dari jam 11 sehingga 1 tengah hari tadi. Klik di sini bagi melihat foto http://www.facebook.com/l/ |
Photos from BACA@LRT
Photo 2 of 506 Back to Group · See All Photos
Labels: Love to Read Books =)
Ada no yang boleh dihubungi ada yang dah kena potong so boleh lah try and error..
Pendakwah Telephone No:
Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) 88864000
Ustaz Shihabudin Alang Mat Piah 88864157 (013-3424237) (Fax: 88892041) - Jakim
Ustaz Hafizan bin Abdullah 88864088 (012-3138511) (016-3846002 – Wife) (Jakim)
Ustaz Hj.Abu Bakar Hj.Abdul Aziz 019-3588695 (WG 572) – (ex-Jakim)
Ustaz Dr.Azhar Yaakob (IKM) 012 - 399 8496 (H/P)
Ustaz Hamzah Jaafar 688 3690 (R)
Dato Ustaz Ismail Kamus 019-6369649
Ustaz Najib Ali 41052342 (R) – H/P: 019-2330646
Ustaz Omar Jaafar 019-2330735 (H/P) / 4024 6766 & 421 1408 (R)
Ustaz Roslan Mohd (UM) 012 - 383 1963 / 79676064 / WHB 61
Ustaz Sobree Arshad 687 5985 (R)
Ustaz Sobree Mat 6186 1780 (R)
Ustaz/Pak Yazid Jaafar 298 8912 (R)
Ustazah Saniah Bardi 282 9007 (R)
Ustazah Sarijah Bejo 22749333 (Jawi) Ext. 282 (O) 019-3570056
Ustazah Zauyiah Ismail 687 5985 (R)
Ustaz Hussin Yee Abdullah 019-2235811 / 77264149
Ustaz Daud Che Ngah 89269989 (Hse) / 019-3102500 (Fax:89262811) WDA 110
Ustaz Abdullah Mahmud 012-6379926 (Dr. Homoparthy) (WLS 2352) – Selasa tak boleh
Ustaz Hassan Mahmod Al-Hafiz 20950139 (hse.) 61388042 (Off) – Fax No. 61388042 (Ustazah Hasmah Ahmad (013-3527190)
Ustaz Dr.Badrul Amin 019-681 4040
Ustaz Salahuddin Mohd.Nasir 019-2514779/019-6344332/61879214(off) (Seerah) – BCR1223 H/A
Ustaz Johari Mat (UM) Kelantan
Ustaz Dr.Azhar Yaacob 012-3998469
Dr.Bakhir Abdullah 012-3797515 / 684147 (R)
Ustaz Mohd.Zain 40228552
Ustaz Zawawi Yusof (UIA) 019-3292757– MAG151
Ustaz Dr.Fauzi Deraman (UM) 79676060 / 79677022 (Gen)/012-6726038
Ustaz Mohd.Saqhir (Masjid Negara) 013-3935797 / 26937784
Ustaz Safwan Badri 012-2177234
Ustaz Abdul Rahim Mohd.Nasir 019-2127476 / 61869367 (PER 7476)
Ustaz Hj.Akil Hai (019-6450814) – Puan Maiza (Ipoh)
Ustaz Amran Sharif 61878954 / 016-3696433
Ustaz Abd.Hai bin Hj.Abas 92844455 (IKM) / 41425844
Ustazah Khatijah Din 67332896 (Hse) / 019-3454214 (Ustazah Zaiton –012-3967675)
Ustaz Ahmad Shukri Yusof 26936699 / 013-3807886 (Fax:26939355) (Pusat Zakat, WP)
Ustaz Nur Salam 012-3179177 / 91737459 (Wife – Rohayati)
Ustaz Ahmad Dasuki 013-3213775 / 33247758 (Off) (Fax:51617992)(WHK 5607)
Ustaz Saari 019-4121314 (UIA)
Ustaz Wan Sohor Bani bin Leman 012-3910310 (Puan Enesah - Wife)/ 012-2299350 (UIA) Fax No-49228442 (WDE 3919)
Ustaz Sanusi 013-3469193
Ustaz Mohd.Hadi Talhah 019-4112194 & 61890660 (ILHAM)
Ustaz Afnan Abdul Rahman 016-2754056
Ustaz Abdul Malik 019-2862475
Ustaz Asri Zainal Abidin 019-6104180 (UIA)
Ustaz Ismail Abas 61867015 (Hse) – 019-2190615 / 26924044 – Off. (LKIM)
Ustaz Ismail Mahmud 019-3422247
Ustaz Capt.Zulkarnain Hamzah 016-2782275 (Puan Junaidah) / 017-3700135
Ustaz Dr.Abdul Latiff 012-3684007 & 018-2215670 (UM)
Ustaz Shauqi Othman 019-3241364 & 89468735 (UPM)
Ustaz Jais Kamus 013-3404596 (JAIS)
Ustazah Samsiah 013-3380839 (Maktab Perguruan Islam Bangi)
Ustaz Dr.Mohammad Akram Laldin 019-3289202 & 20564118 & 20564529 (UIA)
Ustaz Dato Mohd.Mokhtar Shafie 012-3980809/41428736/41413433/82/79564948 (Hse)
Ustaz Hj.Nazri Hj.Zainal Al-Hafiz 019-3776679 / 91737085 / 06-5235710 (Hse)
Ustaz Mohd.Pisol Mat Isa 019-5116205 / 013-9838513 / 05-3721524 (U.Petronas)
Ustaz Fauzi Mustafa 013-3422342 / 26933211 ext.450 (Takaful)
Ustaz Nurazan A.Rahman 013-3729089
Ustaz Tuan Zamani 019-3932261
Ustaz Mohd Farhan Al-Hafiz 012-661 3555 (ex-Paderi)
Ustaz Azrul Hakim bin Suradi 012-3313964 (wife) / 019-2715765 (Shah Alam)
Ustaz Hj.Abd.Rafek Mohd.Saleh 019-3809652 / 85251143 (MAS)
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman 012-2927298 (RHB Islamic Bank)
Ustaz Ramadhan Fitri bin Elyas 012-2357441 (UIA)
Ustaz Malek Mohammad (ref:Asnizam) 013-237 3354
Ustaz Razali Zahari (ref:Mohd.Ezanee) 019- 2769972
Ustaz Khairuddin 013-3621236
Ustaz Riduan Rahmat 012-6753165
Ustaz Ahmad bin Arum 017-6260387
Ustaz Halim Din 012-2701066 (Pusat Zakat Selangor)
Ustaz Sapi Din 012-2776404 (S/Alam – Ustaz Azrul)
Ustaz Rashid Salleh 012-2825584 ( “)
Ustaz Rashid Ghani 019-2345980 ( “ )
Ustaz Yusof 019-3839859 ( “ )
Ustaz Farhan (BMI) 013-3944360
Ustaz Zamri bin Zainal Abidin 019-3324655
Ustaz Datuk Ismail Kamus 019-6369649
Ustaz Khalid 019-2635305
Ustaz Kamal Ashaari 019-2681824
Ustaz Zul Kasim 017-3700135
Ustaz Abdullah (Iraq) 012-4990668
Ustaz Azman (Seremban) 016-9769283
Ustaz Nizam 013-2042419
Ustaz Mohd.Sapidin Hj.Amran 012-2776404
Labels: Ustaz
TV Selangor: Channel Berita, Animasi, Bincang-bincang, Majalah, Persidangan DUN & Parlimen, At-Tarbiyyah,
Posted by Khabir Shuhaimi at 7:08 PMLabels: TV Selangor
Check out this SlideShare Presentation:
Check out this SlideShare Presentation:
Check out this SlideShare Presentation:
Check out this SlideShare Presentation:
Check out this SlideShare Presentation:
Check out this SlideShare Presentation:
Check out this SlideShare Presentation:
Check out this SlideShare Presentation:
What Is The Role Of Cloud Computing, Web 2 0, And Web 3 0 Semantic Technologies In an Era of Connected Governance
Posted by Khabir Shuhaimi at 6:31 PMCheck out this SlideShare Presentation:
Check out this SlideShare Presentation:
Check out this SlideShare Presentation:
Check out this SlideShare Presentation:
Check out this SlideShare Presentation:
Labels: Tagging
Labels: Tagging
19 April 2010 - Picnic (Pekelahan/Rehlah) at Tanjung Tualang, Perak
Posted by Khabir Shuhaimi at 11:22 AMLabels: Rehlah Tarbawi
Dunia Baru Islam
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi
Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan
Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah
Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam
Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah
Agar terbangun.....
Dunia Baru Islam
Lagu : The Zikr
Lirik : Pahrol Mohd Juoi
Labels: Lirik Nasyid
Nabi kata (bersabda), "agama seseorang itu mengikut agama kawannya" (bahasa 'arabnya: "al-mar'u 'ala dini kholili") oleh itu setiap orang perlu perhati molek siapa kita nak berkawan.
Sumber: Kuliah kitab Bimbingan Mu'min (Imam al-Ghazali) penyampaian oleh Tuan Guru Nik Aziz.
Labels: Kawan
TIGA (3) Syarat untuk melakukan amar ma'ruf nahi mungkar
Imam Sufyan Al-Thauri berkata:
"(Seorang Da'ie) tidak mungkin dapat melakukan amar ma'ruf nahi mungkar kecuali ia mengamalkan 3 perkara; 1. lembut dalam menyuruh dan melarang, 2. sabar dalam menyuruh dan melarang, 3. mengetahui tentang apa yang disuruh dan dilarang"Sumber: Said Ali Al-Qathani,1994; (Buku Da'wah Islam Da'wah Bijak) @ UTP Islamic Resource Centre.
Sedikit latar belakangnya
Imam Sufyan Al-Thauri lahir di Kufah pd 719 CE. Setelah mendalami ilmu Hadith dan Fiqh beliau menjadi `alim fiqh di sana [1]. Studied first under his father, and later with many learned men, attaining high proficiency in Traditions and theology. In 158 (775) he collided with the authorities and was compelled to go into hiding in Makkah; he died in 161 (778) at Basra. He founded a school of jurisprudence which survived for about two centuries; living a strictly ascetic life [2].
Satu watak Imam Al-Thauri, beliau tegas dan berani dgn pandangannya. Cthnya beliau enggan menyokong dasar negara yg bercanggah dgn syariah, menyebabkan beliau tak popular di kalangan pembesar. Khalifah Al-Mansur pernah menghantar surat tawaran kpd Al-Thauri utk menjadi qadi di Kufah, dgn syarat dia tidak mengeluarkan fatwa yg bertentangan dgn dasar negara. Terima shj surat tu, Imam Al-Thauri mengoyakkan surat tersebut dan dibuangnya ke Sungai Tigris, dan peristiwa ni menyebabkan beliau terpaksa lari utk menyelamatkan diri, lalu hidup dlm persembunyian sehingga meninggal pd 777 CE. [1]
Kenapa mazhabnya lenyap? Sebab pertama adalah yg di atas, bila beliau hidup dlm persembunyian maka tak dptlah menarik murid yg ramai, yg dpt mengembangkan ajarannya. Yg kedua, beliau sendiri meminta agar hasil tulisan dan ajarannya dilupuskan. Anak muridnya yg utama, `Ammar bin Sayf pun melakukannya dgn ketaatan. Wbgmanapun banyak idea dan pandangan Imam Al-Thauri yg direkodkan oleh murid Imam-imam yg lain, maka ada yg kekal hingga ke hari ni walaupun tak dlm bentuk tersusun. [1]
Sumber:
[1] http://bicaramuslim.com/
[2] http://naqshbandia-sardaria.net/
Labels: Amar Ma'ruf Nahi Mungkar
Sumber: Blog Presiden Rakan Masjid: http://akramismail. blogspot.com/2010/04/ kenyataan-rasmi-presiden- rakan-masjid.html
Kenyataan Rasmi Presiden Rakan Masjid : Konsert Euphonius
"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya, Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk"
Banyak persoalan timbul dari pelbagai pihak tentang apa tindakan daripada pihak Rakan Masjid terhadap penganjuran konsert Euphonius yang akan berlangsung pada 24 April 2010. Saya menerima banyak emel, malah ada juga yang menuduh Rakan Masjid (RM) tanpa asas yang kukuh.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberi reaksi dan saya raikan setiap pendapat yang diberikan.Saya mengambil ruang dan peluang ini untuk memberi sedikit penjelasan.
Sebelum itu, bagi saya, reaksi ‘ingin tahu’ daripada pelbagai pihak adalah satu petanda positif. Ia menunjukkan mahasiswa peka dengan apa yang terjadi disekitar mereka. Ia menunjukkan RM masih relevan pada pandangan mahasiswa kerana mahasiswa menanti-nanti apa ‘stand’ ataupun tindakan daripada RM terhadap penganjuran program Euphonius yang dilihat seolah-olah musuh tradisi RM sebelum ini.
RM sebagai sebuah badan pelajar Islam, tetap komited dengan gerak kerja dakwah amar makruf nahi mungkar. 2 elemen itu tidak dapat dipisahkan sama sekali. Misi kami adalah ke arah membina bi’ah solehah.
Perlu dijelaskan disini, RM bukanlah penghukum. Kami akan cuba menggunakan pelbagai alternatif dan metode dakwah dalam menyampaikan keindahan Islam. RM sangat menghormati dan meraikan populasi mahasiswa UTP yang pelbagai latar belakang. Malahan, kami sangat terbuka menerima teguran dan kritikan daripada semua pihak bagi memastikan gerak kerja kami diperbaiki dari semasa ke semasa.
Jika dilihat, bukan penganjuran Konsert Euphonius sahaja, malahan pada semester ini sahaja, terdapat 7 penganjuran program berbentuk hiburan yang tidak melambangkan kebudayaan intelektual dan nilai-nilai Islam. Saya agak terkilan dengan penglibatan mahasiswa Islam yang tidak kurang ramainya dalam program seumpama ini.
Ringkasnya, berkenaan dengan Konsert Euphonius, setelah melihat dari sudut pandang intelektual dan agama, ia adalah satu penganjuran program yang banyak memberi mudharat kepada mahasiswa UTP, khususnya kepada yang muslim.
Justeru itu, saya mewakili pihak RM telah mengambil inisiatif bertemu dan menyampaikan memorandum menyuarakan rasa keberatan dengan penganjuran konsert Euphonius ke-10 kepada Tuan Haji Mohamed Noor Rosli bin Baharom, Director Student Services.
Pertemuan ini dibuat pada 13 April 2010 pada jam 12.00 tengah hari dibiliknya. Memorandum ini saya lampirkan dibawah. Memorandum ini akan disampaikan kepada Tuan Rektor, Dato’ Dr Zainal Abidin bin Hj Kasim melalui Tuan Haji Mohd Noor Rosli sendiri.
Alhamdulillah, memorandum ini diterima dengan baik dan mendapat respon positif daripada Tuan Haji. Diharapkan memorandum ini mendapat perhatian yang kritikal daripada pihak pengurusan UTP.
Saya yakin dan percaya, suara seperti ini bukanlah datang daripada RM semata-mata. Sepatutnya itu yang berlaku. Bebanan dakwah bukan terletak pada RM sahaja, malah kepada setiap individu muslim. Saya agak terkilan dengan beberapa pihak yang cuba mengambil jalan tengah, berdiam diri malah lebih teruk bersuara mengkritik RM.
Selain daripada memorandum ini, RM dan beberapa orang sukarelawan daripada pelajar tahun akhir akan berusaha membuat inisiatif lain seperti Roadshow Café dan XPDC Dakwah dalam memberi kefahaman kepada orang ramai konsep sebenar hiburan dalam Islam. Kemungkinan, saya juga akan membuat sekali lagi perjumpaan dengan jawatankuasa penganjur Euphonius dan pesertanya seperti mana dibuat pada semester lepas bertemu dengan jawatankuasa penganjur Talent Search.
Sebelum akhir kalam, saya ingin menjelaskan satu lagi perkara berkenaan dengan Konsert Kembara Sufi. Ya, RM mempromosikan Konsert Kembara Sufi habis-habisan bukan bermakna melawan promosi Konsert Euphonius. Tarikh kedua-dua konsert ini berdekatan, bukan bertembung. Mahasiswa berhak memilih untuk hadir yang mana, malah memilih untuk hadirkan diri kedua-dua konsert pun boleh, tiada salahnya, itu hak anda.
Tetapi, kami di pihak RM, berharap agar mahasiswa dapat berfikir dan membuka minda perihal alternatif hiburan yang disediakan. Konsert mana yang mengikuti kriteria yang digariskan dalam Islam. Kami sangat menghormati hak semua orang yang meminati hiburan. Hiburan itu tidak salah. Di dalam Islam ia dibenarkan tetapi dengan syarat-syarat tertentu seperti dalam lampiran yang saya lampirkan juga sekali.
Sudah sampai masanya untuk kita wujudkan budaya intelektual yang kritikal di kampus. Penerapan budaya hiburan seperti ini tidak memberi nilai tambah kepada pihak universiti. RM melihat ini sebagai satu agenda tersembunyi daripada pihak tertentu untuk menyerap masuk ke kampus bagi merosakkan nilai intelektualitas mahasiswa UTP yang dilabel ‘cream of the cream’. Agenda ini dilihat selari dengan agenda pihak zionis dalam melemahkan umat Islam. Fikirkanlah.
Satu lagi, saya optimis, desakan seperti ini mampu memberi perubahan pada masa hadapan. Lihat sahaja penganjuran Konsert Jom Heboh TV3, berjaya dilaksanakan di negeri Kelantan, dengan mengikut syarat yang telah ditetapkan. Jelas di depan mata, model yang sepatutnya dicontohi oleh penganjur program hiburan di kampus ini.
KOTA BHARU, 28 Mac – Penganjur Konsert Jom Heboh yang berlangsung di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, di sini malam tadi mengotakan janji untuk mematuhi syarat dikenakan kerajaan negeri, antaranya pengasingan tempat duduk antara penonton lelaki dan perempuan.
Selain itu hanya artis lelaki – tiada artis perempuan sebagaimana lazimnya – yang membuat persembahan pada konsert Jom Heboh pertama selepas pelancaran di Stadium Bukit Jalil hujung Februari lalu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima, Dato’ Sri Ahmad Farid Ridzuan, pihaknya bercadang untuk menjadikan konsert Jom Heboh di Kota Bharu sebagai model bagi konsert seterusnya di negeri-negeri lain bermula di Johor Bahru selepas ini.
Sambil melahirkan rasa kagumnya di atas sambutan amat menggalakkan Ahmad Farid secara jujur mengakui Kelantan adalah negeri yang begitu berjaya bagi penganjuran program Jom Heboh selama dua hari bermula 26 hingga 27 Mac.
“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz serta kakitangan kerajaan negeri yang begitu mesra dalam memberi kerjasama kepada kami dalam menjayakan program ini untuk kali pertama di Kelantan dan Insya-Allah ia akan diadakan pada setiap tahun di sini sekiranya mendapat kelulusan pihak kerajaan negeri,” katanya.
Menurut beliau, TV3 selaku penganjur program Jom Heboh tiada masalah untuk memenuhi syarat dikenakan kerajaan negeri mengikut Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan 1998 termasuk pengasingan tempat duduk lelaki dan wanita serta tiada persembahan melibatkan artis wanita.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. kita akur akan syarat dikenakan.. begitu juga Baginda Tengku Mahkota Kelantan yang berangkat pada hari pertama program (Jumaat).. Baginda sangat gembira melihat rakyat negeri ini mengambil kesempatan membawa bersama keluarga masing-masing khasnya bagi mengikuti program Al-Kulliyyah.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada kerajaan Kelantan sekiranya selama dua hari Jom Heboh berada di Kelantan ada sedikit sebanyak kekurangan yang berlaku dan ia akan ditingkatkan pada masa akan datang.
“Saya lihat penonton begitu gembira hadir ke konsert ini walaupun mereka di bahagikan kepada tiga tempat yang dihalang dengan pagar besi di antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui sejurus konsert berakhir malam tadi.
Dianggarkan lebih 50,000 penonton, kebanyakannya golongan muda mudi membanjiri segenap ruang Stadium Sultan Mohd Ke-IV untuk mengikuti konsert Jom Heboh yang pertama kali berlangsung di negeri ini.
Antara artis yang mengadakan persembahan malam tadi termasuk Kumpulan Raihan, Yassin (bekas anggota kumpulan nasyid Brothersa), Jamal Abdillah, Jay Jay dan artis dikir barat tersohor negeri ini, Megat Nordin.
Saya rasa sekadar itu sahaja. Wallahuallam.
Muhammad Akram bin Ismail
Presiden
Rakan Masjid 2009/2010
Universiti Teknologi Petronas
15 April 2010
Labels: Hedonism, Hiburan, Rakan Masjid UTP
| ||
1. TUJUAN Garis Panduan Hiburan Dalam Islam ini disediakan untuk memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan merangkumi nyanyian, muzik, tarian dan lain-lain. Garis Panduan ini juga akan dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat awam yang menyertai persembahan rancangan hiburan. 2. PENDAHULUAN 2.1. Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: “Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat Ibnu Majah) Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273). 2.2 Dalam membincang isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat[1], tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah[2] adalah harus; b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram; c) Pancaragam yang melalaikan[3] hukumnya haram; d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan e) Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus. 3. KANDUNGAN GARIS PANDUAN 3.1 Garis panduan ini mengandungi perkara-perkara berikut: 3.1.1 Takrif 3.1.2 Program Hiburan 3.1.3 Persembahan Muzik 3.1.4 Lirik Lagu 3.1.5 Persembahan Artis 3.1.6 Persembahan Tarian 3.1.7 Tanggungjawab Penganjur 3.1.8 Kesimpulan 3.2 Takrif 3.2.1 Hiburan Maksud hiburan ialah sesuatu (perbuatan, benda dll) untuk menghiburkan (menyenangkan, mententeramkan) hati. (Kamus Dewan). 3.2.2 Nyanyian Maksud nyanyian ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. (Kamus Dewan). 3.2.3 Muzik Maksud muzik ialah gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan pernyataan perasaan. (Kamus Dewan). 3.2.4 Tarian Maksud tarian ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. (Kamus Dewan). 4. GARIS PANDUAN Garis panduan yang memisahkan sama ada hiburan itu boleh atau sebaliknya menurut Islam adalah sejauh mana hiburan tersebut mencapai maksud dan prinsip Islam yang menekankan ke arah kesejahteraan umat manusia. Antara garis panduan tersebut adalah seperti berikut; a) Program Hiburan i. Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan. ii. Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai. iii. Mengambilkira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam. iv. Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat. v. Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan. vi. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam. b) Persembahan Muzik i. Tidak menimbulkan gerakgeri liar. ii. Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat. iii. Tidak melalaikan. c) Lirik i. Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan. ii. Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak, dan memberi perangsang melakukan dosa. iii. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi. iv. Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam. v. Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam. vi. Tidak mengandungi unsur mengutuk nasib dan lucah. vii. Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya. viii. Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik. d) Persembahan Artis i. Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan. ii. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam. iii. Tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam. iv. Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam. e) Persembahan Tarian i. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam. ii. Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah. iii. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah. iv. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan. v. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan. f) Tanggungjawab Penganjur Penganjur hendaklah mempastikan acara hiburan yang dianjurkan menepati garis panduan yang telah disediakan. 5. Kesimpulan Garis Panduan ini diharap memberikan panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan. Ia juga dijadikan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang dapat mengamal dan menikmati hiburan berteraskan nilai-nilai akhlak dan syariat Islam. RUJUKAN 1. Mausu’ah al-Fiqhiyyah, Wizaratul Auqaf Wa al- Syu’un al-Islamiah,Cetakan Pertama, 1995, 2. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Syeikh Abdullah bin Mohamad Basmeih, Jabatan Kemajuan Islam 3. Al-Halal wa al- Haram fi al-Islam, Syeikh Yusuf al-Qardhawi, al-Maktab al-Islami, Cetakan ke-15, 4. Kamus Dewan, Edisi Baru, Dewan Bahasa dan Pustaka, 5. Garis Panduan Muzik, Nyanyian dan Seni Menurut Pandangan Islam, Bahagian Penyelidikan, JAKIM. 6. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam 7. Garis Panduan Penyiaran, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. | ||
Tarikh : 14 Januari 2009 Sumber : Pengarah Bahagian Editor : PRO JAKIM Hits : 15141 http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3710 |