24,25,26 Nov 08: Pengajian Kitab Intensif fi Kataha.

(Gambar: Beliau merupakan guru kepada al Kitab Matan Bina' (yang membicarakan ilmu Feqah)).

Bismillah...
Pada 24,25, dan 26hb November 2008, saya telah ke Kedah untuk menghadiri satu pengajian kitab intensif. Jadual pembelajaran yang disusun oleh pihak penganjur adalah sehingga 3hb Disember 2008, akan tetapi saya terpaksa pulang awal, iaitu pada 26hb malam, kerana ada perkara awlawiyyat lain di KL pada siang 27hb November. Antara kitab yang sempat saya pelajari secara pondok, adalah antaranya Matan 'Izzi (ilmu sorof bahasa 'Arab), Matan Ujrumiyah(ilmu tauhid), Matan Bina'(ilmu Feqah) dan lain2..

10nov-21nov : My Final Exam Papers

(Gambar: telah diambil pada 20hb Nov 2008, malam, di perpustakaan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), yang dikenali dengan nama Information Resource Center (IRC), semasa saya dan rakan2 berstudy group untuk kertas terakhir saya, sem Julai 2008).

Bismillah..
Pada bulan November tahun 2008, bermula 10hb hingga 21hb, saya telah melalui tempoh final exam dengan izin Allah.. saya telah mengambil tujuh(7) course buat semester Julai 2008 ini.. bersamaan 21 credit hour.. semoga keputusan yang keluar adalah lulus dengan cemerlang! insyaAllah..

13 oktober : Pilihanraya Kampus UTP Sem Julai 2008


Bismillah.. 13 oktober, 8 malam, calon2 kerusi program menyampaikan manifesto mereka di dewan chanselor utp..

Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.