TAMRIN ALLAH

Seorang sahabatku al-murobbitun fi sabilillah, beliau telah melalui pelbagai peringkat tamrin ujian realiti daripada Allah SWT sang Pencipta dan Maha memberi Rezeki.

Saya mendapat tahu beliau pernah makan nasi berlaukkan magi kari belah dua dan makan berkongsi dengan zaujahnya (isteri).

Allahu-Akbar, beliau masih kekal sebagai murobbitun sehingga hari ini.

Cara Bersangka Baik


Oleh : Syeikh Abdulkadir Al Jailani

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :

"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku
tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam
hatimu) :

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Bertempat di: Surau Balok Jaya 2, Balok, Kuantan, Pahang, Malaysia, Asia Tenggara, Asia.

Assalaamu'alaikum wrm wbt.

MUQODDIMAH

1. Imam Syafi'e meninggal dunia pada akhir bulan Rejab.

2. Sejarah Imam Syafi'e:
-Lahir di Ghazza, Palestin
-kemudian ibunya bawanya ke Makkah dan membesarkannya di Makkah untuk memastikan anak nya membesar dalam suasana ke-ilmuan.
-kemudian berpindah ke Madinah.
-kemudian berpindah ke Yaman, dan dilantik sebagai Mufti pada umurnya 15 tahun.
-di Yaman, Imam Syafi'e difitnah cuba untuk menjatuhkan kerajaan Yaman.
-Dia dibawa ke Baghdad untuk dibicarakan. Sepanjang perjalanan dia dalam status banduan yakni dirantai tangan dan sebagainya.
-dengan izin Allah, dengan kebijaksaan Imam Syafi'e, beliau dapat lepas daripada tuduhan ingin menjatuhkan kerajaan Yaman.
-kemudian mula lah hidupnya, ketika beliau di Baghdad, beliau telah masuk ke suatu Masjid lalu terlihat seorang lelaki yang sedang solat, dan ia tidak sempurna.
-Lalu Imam Syafi'e terus menegur lelaki tersbut.
-lalu lelaki itu hairan, kerana setelah lama beliau solat disitu, tiada siapa yang tegur.
-

Gereja Lindung Muslim HIV Dewasa : Masjid (umum) Kunci tak beri orang tidur

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

24 Jun 09, jam 2.15 pagi
--

Inilah pertama kali dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz, tidak mampu

mengeluarkan apa-apa perkataan.



Hari ini 23 Jun jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif.

Pada hal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan

ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustaz

datang melawat mereka.



Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana mereka

pesakit HIV. Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah di

dalam sebuah gereja.



Tetapi inilah hakikatnya. Tempat perlindungan pesakit HIV bagi orang

dewasa adalah di gereja. Orang bukan Islam yang menaungi mereka, dan

sudah beberapa yang mati di sini.



Menurut Kak Liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindungan

yang dibuat oleh orang Islam.



Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapi

hingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan.



Saya malu pada diri saya saat ini. Seolah-olah, saya diberi tahu,



"apa lah kamu orang Islam ni, cakap aje pandai, saudara seIslam yang

sakit pun tidak dihiraukan".



Selesai taaruf, salah seorang dari mereka memberi tahu,



"Imam masjid sebelah selalu datang"



Hati saya menyapa:-



Kenapa tidak dibuat di masjid sahaja tempat perlindugan ini, bukannya

tak ada tanah..."



"Pihak MAIS ada jugalah jengok kami, tapi jarang-jarang. Dalam sebulan

sekali lah."



Hati saya menyapa:-



"Kena sampaikan ni, pada sahabat-sahabat dari MAIS. Kena buat sesuatu."



Saya masih kelu dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. Tajuk

apa yang saya nak sampaikan?



Tajuk Ukhuwah? Tajuk berkasih sayang sesama Islam? Tajuk "semua perkara

ada hikmah"? Tajuk apa? Tajuk apa yang sesuai?



"Aduhai Tuhan.. kenapa aku di sini hari ini.." rintih hati saya atau

lebih

tepat:-



"Kenapa sekarang baru dapat tahu, kenapa tidak peka, kenapa tidak dari

dulu lagi aku datang menjenguk sahabat-sahabat seIslam di sini.."



Akhirnya saya menyampaikan sedikit tazkirah, tak sampai dua minit. Saya

hanya membicarakan mengenai kasih sayang Allah pada manusia. Semakin

banyak saya berkata, semakin banyak hati saya berkata:-



"Ah.... pandai cakap aje, apa yang kamu buat hah..."



Tazkirah di akhiri dengan sedikit ucapan dari kak Liza.



Majlis berakhir dengan bersalaman. Salah seorang penghuni, dengan suara

yang rendah, berkata pada saya:-



"Ustaz.. terima kasih sebab datang ye.."



Nak menitik air mata saya melihat mereka. Dari mata mereka, mereka

seolah-olah memberi tahu saya,



"Ustaz, keluarkanlah kami dari gereja ini"



Saya melangkah keluar dari dewan kuliah. Di sebelahnya terdapat salib.

Yang masih boleh berjalan, menghantar saya hingga ke kereta.



Mereka melambai ke arah kami serombongan sambil berkata:-



"Nanti datang lagi ye.."



Van yang kami naiki menuruni cerun kawasan gereja. Hati saya tak

putus-putus berdoa:-



"Ya Allah, selamatkan iman mereka. Ya Allah, beri kami kemampuan, dalam

tahun ini insyaAllah, kami akan usaha mengeluarkan mereka dari gereja

ini Ya Allah."



Kami meninggalkan tempat ini. insyaAllah, selepas saya pulang dari Turki

nanti minggu depan, kita akan usahakan sesuatu, bisik hati saya.



Pada saya, mewujudkan tempat perlindungan ini dah taraf fardhu ain dah,

ini kerana tidak ada lagi tempat perlindungan bagi orang dewasa seperti

ini yang dibuat. Selagi ada orang Islam yang masih duduk di gereja ini,

selagi itulah tanggung jawab ini tidak terlepas dari setiap bahu orang

Islam.



Saya menyeru pada semua pembaca. Mari sama-sama kita usahakan. Jika ada

niat, maka, insyaAllah, pasti ada jalan.



InsyaAllah, saya akan mewar-warkan pada semua jika ia akan dimulakan.

InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan keluarkan mereka dari gereja

ini. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan usahakan rumah

penjagaan bagi orang Islam.



Semoga sedikti niat ini mendapat bantuan ilahi, amin...



"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"



Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

24 Jun 09, jam 2.15 pagi

Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.