Rakan Masjid UTP mengadakan temuduga merekrut AJK baru.



Tronoh, 22 Januari 09 -
Telah diadakan suatu sesi temuduga untuk merekrut AJK-AJK baru Badan Rakan Masjid (RM) Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) (RMUTP). Sesi ini berlangsung dua hari, iaitu pada 20 Januari 2009 yakni Selasa lalu dan kemudiannya pada hari ini.

Badan Rakan Masjid UTP ini bernaung dibawah Unit Pentadbiran Masjid An-Nur UTP. Ia telah ditubuhkan pada beberapa tahun yang lalu. Ia berfungsi sebagai badan pelajar yang bertanggungjawab mengimarahkan masjid seperti melakukan aktiviti-aktiviti seperti iftar, sukan, ceramah dan banyak lagi. Maklumat lanjut berkenaan badan pelajar ini boleh didapati di www.rakanmasjid.com.

Pada malam 22 januari 2009 lalu, temuduga untuk merekrut AJK-AJK baru telah diadakan dengan jayanya di sebuah dewan di UTP yang bernama Multi Purpose Hall (MPH). Semua departmen atau Lajnah dalam RMUTP terlibat dengan sesi ini. Antaranya termasuk, HELWI, Lajnah Rekreasi, Kesenian dan Kebudayaan dan banyak lagi. Sambutan terhadap sesi interview itu sungguh memberangsangkan, hampir 150 pelajar telah hadir ke sesi itu untuk membuktikan mereka layak untuk mendokong Risalah Islam yang dibawa oleh Rakan Masjid.



Sehubungan dengan itu seorang pelajar UTP, Saudara Mohd Hakim Mohd Nor selaku Presiden Rakan Masjid bagi saff kepimpinan sessi 08/09 ini berkata “Alhamdulillah, pelajar-pelajar yang hadir ke sesi temuduga ini mampu memberi hujjah berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah”. “Sesi interview kali ini, kita menerima sambutan yang memberangsangkan dari pelajar-pelajar internasional” ujar beliau lagi. Selain itu beliau juga melihat “pada sesi temuduga kali ini, pihak Rakan Masjid menerima kehadiran daripada pelajar UTP yang mempunyai pelbagai latarbelakang, hatta ada yang tidak tahu solat sekalipun, kami menerima sesiapa sahaja asalkan individu tersebut beragama Islam dan bergelar seorang pelajar UTP”. Beliau berkata lagi, “soalan-soalan interview kali ini lebih kepada bersifat mendidik, agar AJK-AJK yang baru masuk nanti adalah mereka yang dapat berfikir dengan bijak”.

Selain daripada itu, satu sayap baru khas bagi mahasiswi di UTP, telah diwujudkan pada tenure kepimpinan kali ini, Hal Ehwal Siswi yang dikenali dengan singktan nama HELWI. Pengerusinya Saudari Nur Sa'adiah Yusof, seorang pelajar UTP, kini berada di tahun akhir, semester akhir, berpendapat “Alhamdulillah, HELWI mendapat sambutan yang baik” ujar beliau, walaupun HELWI baru sahaja diwujudkan pada sesi kepimpinan RMUTP kali ini. “Para mahasiswi yang hadir ditapis dengan tapisan Allah, mereka yang hadir terdiri daripada pelbagai kebolehan, ada yang pandai berpidato, memasak, sukan, perkomputeran dan banyak lagi” katanya lagi.



Saudari Nur Saadiah, Pengerusi HELWI RMUTP juga menyatakan harapannya terhadap HELWI ini dan terhadap mahasiswi Islam di kampus UTP tercinta bahawa “Saya berharap HELWI akan terus membawa dengan jayanya agenda Membina Bi’ah Solehah. HELWI selepas ini akan mengadakan suatu program yang melibatkan banyak lagi kampus-kampus luar didalam program-programnya. Saya juga berharap kepada sekalian mahasiswi di UTP agar berubah menjadi lebih baik dari pelbagai segi, contohnya, pergaulan, pemakaian dan lain-lain. Saya juga berharap agar mahasiswi Islam akan menjadi salah seorang yang akan menerima, sama ada Chanselor Award atau Rector Award menjelang hari konvokesyen Ogos nanti”, ujar beliau dengan cukup bersemangat.

Sebagai konklusi, secara keseluruhan sesi temuduga untuk merekrut AJK-AJK baru RMUTP ini berjalan dengan lancar dan harmoni dengan keizinan dariNya. Diharapkan RMUTP akan terus maju mengorak langkah dalam membantu Unit Pentadbiran Masjid An-Nur UTP dan dalam menyampaikan Risalah Islam dibumi UTP sebagai salah satu kewajipan atau antara fungsi utama sesebuah institusi masjid dimana jua ia berada di dunia ini. Wallohu’alam – aks_
--
Penulis : Sdr. Ahmad Khabir Bin Shuhaimi (019-4610970; ahmadkhabir@gmail.com)
Editor : Sdr. Amir Zairi

Jumaat | 23 Jan 09 | 2.38am Malaysia

SUMBER: DIPETIK DARI KITAB AL-QURAN, DALAM SURAH AL-MULK: AYAT KE-6
HINGGA KE-10
.

Aku berlindung dengan Allah, daripada Syaitan yang direjam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


[6]
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

[7]
Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.

[8]
Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"

[9]
Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! "

[10]
Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".

# # #
"Sodaqolloahul-'azim"
Benarlah Firman(Kata-kata) ALLAH, Tuhan Yang Maha Agung, Tiada yang layak disembah melainkan ALLAH Tuhan Sekalin 'Alam Yang Maha Esa(Tunggal)(Tiada tolok banding)(Tiada sekutu)(Tiada suatu pun seperti-Nya).

"JANGAN TAKUT..., JANGAN BIMBANG...,
MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH, SESUNGGUHNYA, ALLAH MAHA PENGAMPUN".


*Pesanan: Jika ingin mendapat penerangan yang lebih lanjut berkenaan isi kandung Islam, boleh hubungi saya, saya akan bantu demi kebaikkan anda.

Hubungi saya di:
no.tel. : 019-4610970
email: ahmadkhabir88@gmail.com

Surat AHMADINEJAD kepada OBAMA

Mengutus Surat: Salah Satu Sunnah, Cara, Method Rasulullah Menyampaikan Risalah Islam Kepada Pemerintah, Penguasa Sesebuah Negara Yang Belum Berada Dibawah Naungan Pemerintahan/Perundangan Islam Rahmat Untuk Seluruh 'Alam.


VERSI BAHASA MELAYU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

("Sebagaimana yang Tuan tahu, peluang yang diberikan oleh Allah swt kepada hambaNya bergerak deras. Peluang itu boleh digunakan untuk kebaikan manusia sejagat dan manfaat negara-negara lain atau, pohon dijauhkanNya, untuk kemusnahan dunia").

("Negara Iran yang merupakan negara pembina tamadun dan pencetus keadilan akan mengalu-alukan sebarang perubahan yang besar dan adil terutama dalam dasar dan pelaksanaan terhadap rantau sebelah sini").

("Sekiranya langkah-langkah ini diambil menuju ke arah yang hak, ke arah pelaksanaan apa yang diajar oleh para Rasul, adalah diharapkan Allah Yang Maha Berkuasa akan membantu kita dan segala pergeseran yang lampau akan akhirnya berjaya diatasi").

("Saya memohon agar Allah mengurniakan kepada semua negara dan bangsa kesihatan dan kebahagian, penghormatan dan kesejahteraan serta mengurniakan kepada semua pemimpin dan para pegawai mereka kemampuan untuk belajar dari peristiwa yang lepas dan agar menggunakan setiap peluang memerintah yang diberi untuk menyebarkan kasih sayang dan kebaikan, menghapuskan penindasan dan memberikan keadilan serta mengikuti garis panduan yang Mahasuci yang telah ditetapkan").

# # #

ENGLISH VERSION

“In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful”

"As you know, the chances that God gives to his subjects pass swiftly. They can be used for the perfection of humanity and to the benefit of nations or, God forbid, to the detriment of nations."

"The great civilization-building and justice-seeking nation of Iran would welcome major, fair and real changes, in policies and actions, especially in this region."

"If steps are taken in the path of righteousness, toward the goal of carrying out the teachings of the holy prophets, it is hoped that almighty God will help and that the enormous damage done in the past will be somewhat diminished."


"I ask the high God to grant all of humanity and all nations health and happiness, honor and prosperity, and to grant rulers and officials the ability to learn from the past and to use every chance to serve, to spread love and kindness, to eradicate oppression, to do justice and to follow the holy guidelines."

# # #

ALLAHU-AKBAR

Kiai Muhammad Ali Qaribun ulama Selangor berjiwa besar

TOKOH ulama Selangor

pelopor institusi pendidikan pondok di negeri Selangor.

Perbicaraan mengenai tokoh ini adalah hasil kajian Ustaz Ahmad Shukri Ghazali, yang dibentangkan pada Seminar Tokoh Ulama Selangor 2008

anjuran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada 22 November yang lalu, dengan judul Kiai Muhammad Ali Qaribun: Pengasas Awal Pondok di Selangor.

perkara yang akan difokuskan kali ini pula membicarakan sejarah pendirian pondok di Sijangkang serta kitab-kitab pengajian yang diajar, keperibadian dan kewafatan beliau.

Mendirikan pondok di Sijangkang

Setelah berada di Sijangkang sekitar 1917 atau sebelum dari itu, Kiai Muhammad Ali diberikan sebidang tanah untuk membangunkan pondok pesantren dengan bergotong-royong. Bermula dengan pengajian di masjid, akhirnya murid Kiai Muhammad Ali bertambah ramai di antaranya dari Batu Pahat, Johor yang mengikutinya semasa berhijrah ke Klang, kemudian dari Perak, Melaka, Selangor termasuk Sabak Bernam, Sungai Air Tawar dan seorang dari Kelantan sehingga dianggarkan kira-kira 100 orang dari seluruh Tanah Melayu.

Apabila murid beliau bertambah ramai sekitar 400 orang, pondok-pondok kecil mula didirikan sekitar kawasan masjid secara bergotong-royong. Sementara adiknya Kiai Abbas (Abdullah Kahfi) sebagai pembantu. Bermula dengan tertubuhnya pondok Kiai Haji Muhammad Ali, maka muncullah pondok-pondok lain disekitar Klang. Antaranya pondok Masyhudi di Sungai Pinang, Pondok Kiai Haji Muhammad Khalil al-Jawi (1940), Pondok Kiai Hairawi (1960) dan banyak lagi. Pondok yang terawal di Selangor ialah Pondok Kiai Haji Muhammad Ali di Sijangkang dan pondok Kiai Mashudi di Sungai Pinang, Klang.

Sejak pesantren tersebut didirikan, penuntut Kiai Haji Muhammad Ali semakin bertambah. Kebanyakan mereka tertarik dengan kewibawaan dan ketinggian ilmu Kiai Haji Muhammad Ali yang mengajar tanpa menggunakan kitab. Di antara kitab yang digunakan semasa mengajar ialah Safinatun Naja, Fathul Mu'in, Matan al-Jurumiyah, Ihya 'Ulumuddin, Khazinah al-Asrar yang diperoleh dari Singapura dan Pulau Pinang. Kebanyakan murid lama dan berpengalaman pula akan mempelajari Tafsir al-Munir karya Imam Nawawi al-Bantani dan Tafsir Jalalain pada setiap hari Jumaat pukul 10 pagi.

Di antara murid Kiai Muhammad Ali yang mahir Awamil Jurjani ialah Kiai Basri, Sijangkang, manakala di antara murid yang menghafal Matan Alfiyah adalah Kiai Yunus dan Kiai Parjo.

Murid-murid yang layak untuk mengajar biasanya akan disemak oleh Kiai Haji Muhammad Ali, setelah itu barulah dibenarkan mengajar. Beliau juga mengajar beberapa kitab lain seperti Tafsir Yasin dan ilmu hikmah seperti Mujarobat dan sebagainya.

Di antara pembantu-pembantu beliau pula ialah Kiai Bukhari dari Sungai Simon Perak, Kiai Rubai', Kiai Mansor dan Kiai Tahir. Salah seorang murid Kiai Haji Muhammad Ali yang bijak ialah Kiai Ghafur dari Temoh, Perak, merupakan seorang murid yang mahir berbahasa Inggeris. Semasa tinggal di pondok, beliau memberi tunjuk ajar kepada murid yang kurang mahir berbahasa Inggeris.

Murid-murid Kiai Muhammad Ali diberi kebebasan dalam berpakaian. Hal ini berbeza dengan pondok Kiai Hussin bin Kiai Abbas, yang tegas dan melarang murid-muridnya memakai topi dan seluar kerana menurutnya menyerupai orang-orang Barat.

Pernah terjadi satu ketika Kiai Hussin menyarankan agar Kiai Muhammad Ali mendisiplinkan murid-muridnya untuk berpakaian, akan tetapi beliau enggan memaksa. Katanya: "Asalkan menutup aurat sudah dan orang muda jangan dipaksa."

Oleh itu, dalam berpakaian Kiai Haji Muhammad Ali memberi kebebasan untuk berpakaian, sama ada hendak memakai seluar, kain atau jubah. Keterbukaan beliau untuk berpakaian menarik ramai muda-mudi untuk mengaji agama di pondok pesantrennya.

Keperibadian Kiai Muhammad Ali

Pada kebiasaannya setiap lepas solat, beliau akan masuk ke bilik suluk untuk berzikir di sebelah rumahnya dengan berjalan kaki di petak-petak batu yang berjumlah 83 biji. Jikalau ada yang mengekorinya, beliau akan berhenti dan duduk bertanya.

Pada Subuh hari Jumaat beliau sentiasa membaca surah As-Sajadah dan surah Al-Insan, meskipun usianya sudah menjangkau hampir 100 tahun. Beliau menyatakan siapa yang baca dengan ikhlas pahalanya seperti mendapat malam Lailatul Qadar.

Selepas itu beliau akan mengadakan syarahan agama berbahasa Jawa dan menasihati muridnya agar mendirikan solat, menuntut ilmu dengan ikhlas dan beramal. Apabila masuk waktu Subuh, Kiai Haji Muhammad Ali akan memukul tin-tin kecil mengelilingi pondok untuk mengejutkan muridnya.

Begitulah rutin harian yang dilalui oleh seorang tokoh ulama yang tidak pernah merasa jemu. Setelah itu beliau akan menunggu muridnya di pintu masuk dan mendenda murid-murid yang lambat solat Subuh.

Kiai Haji Muhammad Ali adalah seorang yang mahir ilmu falak. Semasa beliau berhijrah dari Tanah Jawa ke Tanah Melayu, beliau akan berpandukan ilmu falak untuk menentukan arah kiblat dan waktu solat, begitu juga semasa di dalam hutan dan pelayaran.

Setiap kali beliau melangkah masuk ke dalam masjid, pasti tepat dengan laungan azan. Beliau pernah berpuasa terlebih dahulu daripada orang lain. Pernah satu ketika Pejabat Agama Islam Selangor mengunjungi beliau dan bertanya: "Mengapa berpuasa terlebih dahulu?" Lalu beliau menjawab: "Ini mengikut kiraan hisab, dan beliau juga berkata pada waktu sekian, jam sekian, di tempat sekian, sila lihat anak bulan Syawal. Akhirnya firasat beliau benar sehingga dicalonkan sebagai mufti, tetapi beliau menolaknya.

Keperibadian beliau pula adalah seorang yang sentiasa berjubah, bertongkat dan berserban. Tubuhnya tidak terlalu tinggi dan agak sedikit gempal dan kelihatan sihat. Meskipun sudah terlalu tua tetapi giginya masih elok dan matanya masih terang.

Beliau banyak bermujahadah, bersuluk, berzikir, bertahajud, berpuasa mutih (berbuka dan bersahur hanya dengan sekepal nasi putih dan secawan air putih). Apabila beliau membuang air besar, najisnya sangat kecil seumpama sebutir kurma lalu dibersihkan oleh anak muridnya.

Begitulah penghormatan yang diberikan oleh murid-muridnya sebagai seorang yang tinggi darjatnya, bertaraf wali Allah. Hal-hal yang sedemikian menyebabkan ramai murid beliau tidak berpindah guru lain sehinggalah pemergian beliau.

Kiai Haji Muhammad Ali mengajar hampir 50 kitab dan senarai kitab tersebut diperoleh daripada murid beliau Kiai Haji Muhammad Dahlan, berdasarkan dhabit dan catatan. Ada sebahagian kitab diajar secara berkumpulan atau beramai-ramai yang disebut orang Jawa sebagai bandungan, iaitu guru membacakan dan menjelaskan isi kitab yang dikaji manakala murid mendengarkannya.

Terdapat juga sebahagian kitab hanya didengar oleh Kiai Haji Muhammad Ali melalui pembacaan muridnya. Kitab-kitab yang tertinggi hanya dikhususkan untuk murid-murid yang mahir sahaja. Pengajian asas akan diajar secara berkumpulan sehingga khatam, sementara pengajian khusus untuk murid yang ingin mendalami ilmu dengan lebih meluas.

Kewafatan

Setelah hampir 40 tahun menabur bakti di negeri Selangor, Kiai Muhammad Ali ditakdirkan kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, bertarikh 28 Januari 1955 bersamaan 5 Jamadilakhir 1374H sebagaimana yang tercatat pada batu nisannya.

Sebelum wafatnya, beliau berwasiat agar dimakamkan bersebelahan mimbar Masjid Sijangkang bersama isterinya.

Murid-murid beliau juga memohon agar jenazahnya dimakamkan di tempat yang sama. Maka permintaan tersebut diperkenankan oleh Sultan Selangor sebagai mengenang jasanya yang gigih mendirikan pondok pesantren. Kewafatan beliau disiarkan di corong radio sebagai mengenang seorang ulama yang sangat gigih berjuang dalam agama dan mendidik anak bangsa.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Muslimat Berjiwa Muslimin-Ustz Syakir

Gambar atas: UIAM, 2nd Jan09, Jumaat
Gambar atas: UIAM, 2nd Jan 09, Jumaat

Gmabar atas: Muslimat UM, 2nd Jan 09, Jumaat
Gambar atas: Muslimat UTM Skudai, 2nd Jan 09

Gambar atas: Muslimat UM, 2nd Jan 09

"MUSLIMAT BERJIWA MUSLIMIN"

"Kita mahukan lebih ramai Muslimat-muslimat yang berjiwa muslimin!", itu lah kata-kata bekas naqib usrah ku (Al-Fadhil Al-Ustaz Syakir Zaini), setahun yang lalu.
"Picture means thousand words", kata pepatah cina.

Gambar ini diambil, sewaktu demonstrasi atau himpunan aman yg telah diadakan pada 2 Januari 2009 selepas selesai solat jumaat bertempat di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya, juga di UTM Skudai, Johor, untuk menyatakan & menyuarakan BANTAHAN Mahasiswa & Mahasiswi Islam, kepada ISRAEL berhubungan dengan isu kezaliman keatas Ummat Islam di GAZA.

- Wallaahu-ta'ala-'alam -

Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.