About LOVE & CINTA

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

"Cinta & CINTA"

Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.(5:54)
--
Cinta Alam:

Rehlah Tarbawi Semester Facee Smart Group. di Sungai Gopeng, Perak
.

"Soffan ka'annahum Bunyaanun Marsus"
[Al-Quran:As-Saff,61:4]
"..seperti suatu bagunan yang tersusun kukuh"

--
CINTA
Allah:

Menghadap Sang Pencipta, Facee Smart Group Jan06/Julai06/07, Liqo' Ukhuwah di Ulu Cepor.

"Kearah Kematangan"

--
Cinta Insani:

Sepupuku, Alhamdulillah, telah berjaya mendirikan
Baitul Muslim pada umur 21 tahun.

--
Cinta Bainal-Mu'minin:
Liqo' Ukhuwah & Fikri, Facee Smart Group July06/07,


"Caknalah Sahabatmu, guane mu Cakna dirimu" (^_^)

--
Cinta Ukhuwah-Fillah:


Liqo' Ukhuwah & Fikri, Facee Smart Group July06/07.
di rumah Ummi angkat, Akh Aminuddin, Kg.Bali, Perak.

"Ana ntum/ntunna, ntum/ntunna ana, nahhu ruuhi fil-badan"

--
Cinta itu kurniaan daripada Allah kedalam Hati-hati Manusia.

Allah berfirman didalam Al-Quran:
"Innamal-mu'minuuna ikhwah" [Al-Hujurots, 49: 10]
"Sesungguhnya orang-orang Mu'min itu bersaudara".

Wallahu-ta'ala-a'alam.
###


Allah Mewahkan/Berjayakan Siapa Dia Kehendak, Orang Yang Kufur Ni'mat Tidak Akan Berjaya.

Aku berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang direjam.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

..buat orang yang tak berjaya (akhirat), (umumnya) nerakalah balasanya..

...contoh kufur ni'mat..hiburan yang tidak mengikut syari'at..

"Ya Allah, Ya Tuhanku, ampunilah mereka, sesungguhnya mereka orang-orang yang tidak mengetahui"
"namun Engkau anugerahkanlah taufiq dan hidayah kepada mereka agar mengikut jalan redha Mu"


..contoh cabang rezeki yang mewah..



Al-Qasas,Surah No.28: Ayat ke-[82]
Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun - mulai sedar sambil berkata: "Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!"{82}

Benarlah kata-kata Allah yang Maha Agung.

walloahu-ta'ala-'alam.
wassalaam.

Why is that very strict, CANNOT BRING BAGS into IRC reading place?


*Note: I've asked a staff to post this message..and the staff said... yup, go on..


There were cases or problems where:

1- Unknown person had tear (koyak) the books' cover (kulit buku) to get rid of the tag and the sticker that can be detected by the scanner at the main entrance of the IRC.

2-Coloured water, sweet water may accidentally spilled (tertumpah) on the books pages, and also on the carpet and so on.

3-THE MAIN CONCERN OF THE IRC STAFF IS FOOD!!! -said the staff..

*Note: What i've written is according to my interview with the akak at the IRC info circulation on Khamisday , 11 Februari 2008, +-12.00 tgh hari.

Conclusion:

- NO FOOD !!! into UTP IRC -
TQ

Demonstrasi Aman, Hipunan Aman, Kebebasan Bersuara

Kebebasan bersuara, berhimpun, berpersatuan sepatutnya digalakkan dalam kalangan warga Universiti kerana ia adalah wajah sebenar demokrasi kampus; asalkan segala tindakan warga Universiti tersebut atas prinsip ilmu dan keadilan sejagat.

Baginya(Yang DiPertua MPMUM; Sdr. Mohammad Ridzuan Mohammad), dengan berbuat sedemikian akan menggalakkan perkembangan intelektual dan pembinaan jatidiri mahasiswa yang genuine; yang bakal mengisi tampuk kepemimpinan negara kelak.

Perkara 10(1) PU (Perlembagaan Persekutuan) menyatakan bahawa “(a)tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bersuara; (b)semua warga negara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata; (c)semua warganegara berhak untuk membentuk Persatuan…”

Artikel 10(1) UDHR (Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat) menyatakan bahawa “Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan…

sumber: mahasiswakini.com; petaling jaya, 10 Februari 2009.

Wasiat ke-5 al-Banna, kurangkanlah ketawa

Fahri Abdullah al-Masri
Wed | Feb 04, 09 | 11:57:13 pm MYT


Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) sangat tenang dan tenteram. - As-Syaheed Mujaddid Imam Hasan al-Banna.

Ada riwayat yang menunjukkan bahawa kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan apabila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebutkan bahawa ketawa Rasulullah tidak menunjukkan gigi.

Bagaimanapun, semua perlakuan itu cuma sekadar mengingatkan umat Islam selaku umat pendakwah bahawa gurauan, ketawa itu cuma amalan untuk mengurangi ketegangan jiwa.

Saidina Ali k.w juga menyebutkan bahawa sesekali kita perlu bergurau untuk menyebabkan jiwa rasa terhibur. Tetapi, ini tidak bererti kita perlu berhibur secara keterlaluan.

Maka, Hasan al-Banna telah menyusun dan merintis semula faham ini dengan meletakkan suatu pesanan yang sangat berguna kepada para dai'e dan Muslimin yang beriltizam dengan agama Islam ini.

Al-Banna tidaklah sampai mengharamkan gurauan dan ketawa. Namun, beliau seperti baginda Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali, telah menyeru dan memperbaharui seruan melalui wasiatnya supaya umat Islam ini kurangkan bergurau dan melebihkan amalan dan tindakan.

Ini kerana, gurauan dan gelak ketawa yang berlebihan boleh mamatikan hati dan fikiran daripada memikirkan nasib dan permasalahan umat Islam yang menderita akibat penjajahan yang berterusan.

Tetapi, jika kita berterusan hidup dalam ketegangan, hal ini akan menyebabkan kerungsingan, kerisauan yang akhirnya mengundang kesan kejiwaan yang parah pula.

Maka, sikap yang terbaik dalam hal ini ialah kita mewakafkan lebih banyak masa untuk memikirkan serta menyusun tindakan bagi menyelesaikan permasalahan umat Islam. Selebihnya, saki-baki waktu itu diluang untuk merehatkan jiwa, hati dan fikiran kita setelah penat bekerja dalam seharian.

sumber: harakahdaily.net

Aku Ingin Menyampaikan Dakwah Ini Hingga Kepada Janin Di Perut Ibunya

Tajuk Subjek posting diatas adalah daripada kata-kata As-Syaheed Imam Hassan Al-Banna.

Saya perolehi daripada Sebuah buku yang berjudul "CINTA DI RUMAH HASSAN AL-BANNA".


"Aku Ingin Menyampaikan Dakwah Ini Hingga Kepada Janin Di Perut Ibunya"

Carilah jodoh beragama, sabda Rasulullah s.a.w

Fahri Abdullah al-Masri
Mon | Feb 02, 09 | 11:58:07 pm MYT

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."





Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.

Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama?

Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka.

Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama.

Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.

Berharta
Syor supaya menikahi wanita berharta ini, jika tidak ditafsirkan dengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yang tidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Ini menyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta!

Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula.

Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu.

Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu?

Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu?

Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.

Keturunannya
Adapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan.

Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunan yang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina. Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itu telah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi?

Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubat itu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadi daripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahi mereka.

Kecantikannya
Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain.

Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan.

Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.

Agama
Akhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam pemilih calon pasangan itu. Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman.

Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah jenayah.

Mereka yang terjebak dalam disa-dosa kecil tidaklah boleh dianggap sebagai orang yang tidak beragama. Ini kerana, tiada manusia yang terbebas daripada silap dan salah.

Memadailah kita sebutkan di sini bahawa orang yang beragama itu adalah mereka yang berdosa dan sentiasa memperbaharui taubatnya.

11:56 p.m, 2 Januari
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Jika ada beberapa syor hadis lain yang mungkin boleh dimuatkan dalam 40 Hadis Kepada Pemuda, boleh kemukakan kepada ibnuamir@yahoo.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya _

sumber: harakahdaily.net

Iran Says It Has Launched Satellite


LONDON — Iran said Tuesday that it had launched what it described as its first domestically produced satellite as part of an effort to build a space industry.

The launch on Monday, coinciding with celebrations marking the 30th anniversary of the Islamic revolution, is likely to raise concern in the United States and other nations about Iran’s nuclear ambitions and its deployment of long-range ballistic missiles with potential military uses.

“Dear Iranian nation, your children have placed the first indigenous satellite into orbit,” Reuters quoted President Mahmoud Ahmadinejad as saying in a televised message.

“With God’s help and the desire for justice and peace, the official presence of the Islamic Republic was registered in space,” he said.

The Omid was designed to gather information and test equipment, according to Reuters, and will circle the earth 14 times a day.

source:
Published: February 3, 2009
http://www.nytimes.com/2009/02/04/world/middleeast/04iran.html?_r=1&hp

Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.