Hari-Hari Berkenaan Kesihatan Sedunia



HARI KUSTA SEDUNIA PADA 27 JANUARI 

****************
HARI KANSER SEDUNIA PADA 04 FEBRUARI 

****************
HARI HEPATITIS SEDUNIA PADA 22 MAC -- terdekat

****************
HARI TIBI SEDUNIA PADA 24 MAC -- terdekat

****************
HARI KESIHATAN SEDUNIA 07 APRIL 

****************
HARI THALASSEMIA SEDUNIA 08 MEI 

****************
HARI JURURAWAT SEDUNIA 12 MEI 

****************
MINGGU TANPA TEMBAKAU 31 MEI HINGGA 05 JUN 

****************
HARI KESEDARAN STROK 08 JUN 

****************
MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 01 HINGGA 07 OGOS

****************
HARI JANTUNG SEDUNIA 25 SEPTEMBER 

****************
HARI WARGA TUA 01 OKTOBER 

****************
HARI KESIHATAN MENTAL 10 OKTOBER 

****************
HARI DIABETES SEDUNIA 14 NOVEMBER 

****************
HARI AIDS SEDUNIA 01 DISEMBER 

****************

Tentang Bercakap


Bahaya banyak BERCAKAP tanpa berfikir terlebih dahulu...

Boleh bercakap hanya bila PERLU dan bermanfa'at...

Banyak bercakap tanpa fikir, bimbang banyak DOSA secara tidak perasan...

Banyakkan bertindak melangsaikan senarai AMANAH yang begitu banyak sebenarnya...

Muhasabah diri selalu, Istighfar Taubat kehadrat Allah s.w.t, BERTINDAK baiki diri... 


Buatlah yang Terbaik


Buatlah yang terbaik kerana sesungguhnya faedah amalan perbuatan kita akan kembali kepada diri kita.

Jika kita buat sesuatu amalan dengan tidak baik kerana kita mengangap ia bukan untuk kita...
maka kita silap... kerana kitalah yang akan mendapat ia semula..

Jadi ia umpama sebuah rumah yang kita bina... binalah rumah (amal perbuatan) yang terbaik dan berkualiti kerana sesungguhnya itu semua untuk kita tuai suatu hari nanti...


Buatlah yang terbaik agar kita senyum dikemudian hari... :)

Analogi Dalam Memahami Tuntutan Ikhlas




“Mari aku ajarkan kamu tentang ikhlas,” kata seorang guru kepada muridnya.
“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”
“Tak payah, bawa sahaja karung guni.”
“Karung guni?” soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
“Mari kita ke pasar!”
Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,” kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
“Cukup?”
“Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
“Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”
“Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”
“Ya, ya…” kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan. 
“Banyak beli barang,” tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
“Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli,” bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
“Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,” kata orang yang lain.
Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
“Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”
“Tak buat apa-apa.”
“Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,” balas anak murid.
“Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
“Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.
“Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”
“Dengan memikul batu-batu ini?”
“Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”
“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”
“Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”
“Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.
Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.
kredit to: Pahrol Mohamad Juoi

Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.