Kebebasan bersuara, berhimpun, berpersatuan sepatutnya digalakkan dalam kalangan warga Universiti kerana ia adalah wajah sebenar demokrasi kampus; asalkan segala tindakan warga Universiti tersebut atas prinsip ilmu dan keadilan sejagat.
Baginya(Yang DiPertua MPMUM; Sdr. Mohammad Ridzuan Mohammad), dengan berbuat sedemikian akan menggalakkan perkembangan intelektual dan pembinaan jatidiri mahasiswa yang genuine; yang bakal mengisi tampuk kepemimpinan negara kelak.
Perkara 10(1) PU (Perlembagaan Persekutuan) menyatakan bahawa “(a)tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bersuara; (b)semua warga negara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata; (c)semua warganegara berhak untuk membentuk Persatuan…”
Artikel 10(1) UDHR (Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat) menyatakan bahawa “Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan…“
sumber: mahasiswakini.com; petaling jaya, 10 Februari 2009.