Sabtu Pagi:
Agenda 1:
Selepas Subuh Bertolak ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) (Kolej Islam Klang (KIK))

Tengah hari tiba di KISAS, dan hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan ALKIS ke-5
Solat Zohor & Asar JamItalica' Taqdhim di Surau Asrama Putera KISAS (KIK)

Agenda 2:
Terus ke Sunway Piramid untuk membeli barang keperluan Rakan Masjid
Mengapa ke Sunway Piramid? Kerana diuwar-warkan oleh sahabat2 bahawa harganya
sangat murah..



Agenda 3:
Terus ke Universiti Malaya (UM), untuk menghadiri SIDANA 2009
Pertama sesi perasmian oleh YB Nurul 'Izzah Anwar Ibrahim
Kemudian diteruskan dengan FORUM bertajuk "Mahasiswa Tempatan Vs Mahasiswa Luar Negara"
Terdiri daripada 3 ahli panel, 1. Prof.Emeritus.Tan.Sri. Khoo Kay Kim (Ilmuan). 2. Ustaz Ramadhan (Bekas Mahasiswa Tempatan, Mantan YDP PMIUM) 3. Sdr Feriz, Prowaris (Bekas Mahasiswa Luar Negara).

Antara isi menarik & bernas yang dilontar ahli-ahli panel pada malam itu,

1-Masalah kebenyakan pelajar Malaysia takdapat kuasai Bahasa Inggeris ialah kerana apa?
Prof. Emeritus Khoo Kay Kim (KKK) kata beliau, "Saya salahkan sekolah..!"
"Guru dulu tak sama dengan guru sekarang"
(Apa makna Prof. Emeritus? = Profesor SEUMUR HIDUP, tidak terbatal dengan
kebersaraan.)

lagi berkenaan cara pengajaran di kampus pula, beliau mengatakan,
"dulu.. pensyarah berdialog dengan penuntut"
"sekarang.. pensyarah hanya menyampaikan sahaja maklumat.."

2- Ustaz Ramadhan juga ada mengatakan, Prof Khoo Kay Kim sering merungut, beliau sering bosan menanda kertas peperiksaan anak muridnya, kerana jawapan2 yang diberikan adalah seperti apa2 yang beliau pernah tulis dalam hasil tulisan beliau. Prof KKK mengatakan, tiada benda baru, tak berkembang.

Prof KKK selalu menekankan UM suatu masa dulu adalah sebuah universiti yang terbilang kerana keilmuannya.

beliau sering menyinkap kejayaan-kejayaan beliau mencabar para sarjana barat, dari segi keilmuan bidang beliau. Satu contoh, beliau telah berjaya menemui dan membuktikan satu peristiwa sejarah, yakni, SEBENARNYA,
Pulang Pinang telah dirampas oleh Francis Light..!

Prof KKK selalu menekankan agar kita perlu meletakkan azam untuk sentiasa mencabar para sarjana barat dalam bidang-bidang kita masing2..

3- Apa bila menyentuh bab sekolah, pasti kemnbali kepada kementerian. kementerian pula dipimpin oleh pemimpin2 negara kerajaan pusat..

Prof KKK juga menyatakan bahawa, "Pemimpin sekarang bukan pemikir..."
"mereka semua bersandiwara..."

4- Prof KKK juga ada menyatakan,
"Jangan percaya apa yang kita baca atau yang dicakap oleh orang lain"
Beliau juga mengulang apa yang beliau ingat gurunya dulu memberi nasihat,
"Dont be a slave to printed world"

tambahan, beliau juga mengatakan,
"Akhbar (negara) kita ni memang tak guna.."

beliau juga menasihatkan,
"Baca boleh, tapi secara kritis"

5- Sdr. Feriz.
ada engatakan, jangan biar kita di manipulasi oleh orang2 yang tak bertanggungjawab
disebabkan kekurangan ilmu kita..

6-Ustaz Ramadhan pula memberi 3 'C's atau 3 'K'

"Mahasiswa graduan mesti ada..."

"K-Karekter = Syakhsiyyah yang terpuji.
K-Kompeten = kuasai betul2/pakar/'arif dalam bidang masing2
K-Komitmen", ujar beliau.
---
Sesi soal-jawab:

1- Ada soalan berkenaan "kerajaan".
Prof KKK mengatakan
ada beza antara 'kerajaan' dan 'Government'
kerana kerajaan berdasarkan perkataan 'RAJA'

beliau tidak menghurai maksud Government pula, tetapi, saya terfikir,
Government = Pentadbiran

sah, bahawa Ke'RAJA'an TIDAK SAMA dengan Government(atau Pentadbiran).

2- Prof KKK juga membankitkan terma baru iaitu,
Sepatutnya Ministry of LESSON!
bukan, Ministry of Education.

3- berkenaan dengan "perlembagaan"
Prof KKK mengatakan "ia dibuat oleh rakyat untuk rakyat.."
Beliau menekankan perkataan "RAKYAT!", mungkin kerana
beliau sedar terdapat kepincangan dalam parlimen pada zaman hari
ini oleh sebahagian besar pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang mengenepikan
rakyat juga ada sebahagian yang banyak menipu rakyat.

Prof KKK ada menyatakan bahawa,"orang politik ni... bersandiwara sahaja.."

Apabila saya mendengar kenyataan itu, saya terfikir mungkin beliau terlupa satu hal,
iaitu ahli Politik yang menghayati dan mengamalkan prinsip2 dan nilai2 Islam, sangat
pasti bukan ahli politik yang bersandiwara... sebagai contoh kita lihat.. ketika kepimpinan
Khilafah Islamiyyah, pimpinan Amirul Mu'minin, Umar 'Abdul 'Aziz, sebaik sahaja beliau diamanahkan dengan jawatansebagai orang nombor satu dalam pemerintahan Empayar Islam ketika itu, beliau terus megedarkan harta-harta negara yang tersimpan sebelum ini... hingga semua yang berhak mendapat hak meraka... sehingga isterinya, beliau berkata lebih kurang begini, "nah.. aku beri kebebasan kepada engkau, sekiranya engkau sukakan harta2 ini, engkau pergi bersama harta2 ini, (aku tidak mahu engkau terseksa hidup susah bersamaku), atau bersama aku.." lalu isterinya menjawab, sudah tentu aku memilih engkau, wahai Amirul Mu'minin.."

nah.. inikah ahli politik yang bersandiwara? Sudah tentu jelas tidak.. Umar Abdul 'Aziz melaksanakan dengan jelas apa yang ISLAM anjurkan. Indahnya Islam. Indahnya jika dengan ISLAM Malaysia kita ini diperitah. Allahu-Akbar!

Wallaahu-ta'ala A'alam. :)

0 comments:

Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.