Gambar 1: Poster Filem "Kun Fayakun" (firman Allah dalam Al-Quran, di akhir surah Yasin, bahasa 'Arab yang membawa maksud "Jadilah maka jadilah" kerana Allah berkuasa keatas segala sesuatu).

Bismillahirrohmaanirroheem

Assalaamu’alaikum wrm wbt

Segala puji-pujian bagi Allah tuhan sekalian ‘Alam, selawat dan salam keatas Rasulullah Sollollohu’alaihiwasallam, keluarga, para sahabat dan sesiapa sahaja yang mengikut jalannya hingga hari akhir. Ampuni dosa ku ya Allah. Ampuni dosa ku ya Allah. Ampuni dosa ku ya Allah.

Salam ukhuwah fillah buat pejuang2 Allah, dan salam penuh sejahtera kepada pembaca sekalian, moga kita sama-sama dirahmati Allah yang maha pengasih maha penyayang.

Semoga penulisan ini diredhoi Allah yang berkuasa keatas segala sesuatu.

Pada kali ini suka sekali saya menukilkan berkenaan filem religus baru daripada Indonesia yang Alhamdulillah diberi tajuk “Kun faya kun” yang bermaksud “jadilah, maka jadilah”.

Mengapa saya begitu tertarik sekali untuk menulis bekenaannya, nah, ia adalah kerana ia adalah antara beberapa sebahagian kecil filem-filem religus yang membangun jiwa buat ummat ini. Ia amat sukar didapati. File mini mula dikeluarkan pada bulan April tahun 2008 . Saya cuma mendapat tahu berkenaan adanya filem ini pada bulan Januari tahun 2009



Gambar 2 : Ustaz Yusuf Mansyur (Kiri) bersalaman dengan Presiden Republik Indonesia,
pada April 2008, ketika majlis pelancaran filem tersebut. (Lampiran 1)

Ustaz Yusuf Mansyur da’ie (penda’wah) muda, pengasas filem ini, beliau menjadi tunggak kepada terlaksananya filem ini, mengatakan, dia telah mendapatkan padangan dari para pak kiai dan para ustazdh bekenaan masuk ke bidang pembikinan filem untuk memberi sinar baru kepada ummat buat manfaat iman ummat islam, ia dikatakan suatu kancah yang syubhat, namun akan tetapi telah disokong dn direstui oleh sekalian pak kiai dan para ustazdh, dan ustaz itu yakin inilah akan menjadi sinar baru buat ummat islam kini.

Dengan izin Allah, masya-Allah, file mini hanya dishoot selama dua minggu sahaja. Namun hasilnya Allahu-Akbar, sunnguh menyentuh hati. Ini menunjukkan besar kemungkinan filem ini disertai doa dan usaha yang tidakputus2 dan hasilnya ia mendapat keberkatan dan redho Allah pemilik sekalian hati manusia, Allahu-robbi!



Gambar 3: Watak utama lelaki (sebagai : si bapak bekerja sebagai "tukang kaca").

Sedikit berkenaan filem ini, ia menceritakan kisah hidup sebuah keluarga muslim yang cukup sederhana, tetapi di setahun akhir ini, perniagaan sebagai tukang cermin si bapak kurang memberansangkan. Makan dan minum mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Aduh, sungguh sebak pabila ditonton, hingga bias menitis air mata begitu deras. Allah-sahajalah yang tahu kesusahan mereka sehari-hari.

Walau susah begitu si bapak terus –menerus berusaha dan kuat doanya kepada Allah, termasuk isterinya, dan dua orang anak lelakinya. Mereka sekeluarga meningkatkan ikhtiar dan kebergantungan kepad Allah, mereka sekeluarga banyak sekali ‘ibadat bagun malamnya, dari adik kecil hingga si isteri. Mereka menangis penuh harap kepada Allah Maha memberi rezeki yang turun ke langit pada satu per tiga malam untuk mengkabulkan doa hamba-hambanya yang meminta kepadaNya.. Allah memang Maha Pemurah dan Maha Pengasih Penyayang..

Seterusnya, pelbagai peristiwa yang begitu menyentuh hati sampai bias buat kita menitis air mata.. Allah…

Saya tidak pasti dimana filem ini boleh didapati di Malaysia ini. Akan tetapi saya menjumpai filem ini pada suatu hari dalam bulan Januari 2009, saya menziarah rumah senior saya lalu penglihatan saya terlihat bekas cakera padat file mini..lalu aku terus berasa ter’uja kerana sekali lagi aku di pertemukan Allah dengan filem pembangun jiwa yang amat2 aku butuhkan kerana aku seorang yang visual, maka aku sangat suka menonton filem, akan tetapi filem2 hari ini banyaknya tidak sesuai bahkan mungkin haram untuk ditonton oleh seorang muslim, lalu aku juga sekalian muslim-muslimah perlu mengekang diri daripada menonton sekalian filem yang lagha (sia-sia, tidak bermanfaat buat kehidupan akhirat), tetapi apabila datangnya filem2 pembangun jiwa seperti yang pertama aku ketemuin ‘Ayat-ayat Cinta’, kedua ‘Sang Murobbi’, dan yang ketiga adalah filem ini..tidak lupa juga kepada filem ‘Kiamat Sudah Dekat’ terima kasih kepada Allah, kerana telah menggerakkan hamba2 pilihannya untuk menerbitkan filem nan indah dan penuh bermanfa’at buat membangun iman sekalian ummat Islam.

Akhir kalam semoga Allah meredhoi pembikin2 filem religus pembangun jiwa seperti ini. Semoga filem-filem seperti ini yang ditonton oleh sekalian ummat Islam dan semoga ummat meninggalkan menonton filem-filem lain yang tidak mengikut nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah.

Juga saya mohon doa pembaca yang dirahmati Allah sekalian dan yang saya kasihi kerana Allah, untuk mendoakan agar saya suatu hari nanti bisa menerbitkan filem2 religus pembangun jiwa seperti ini dan seperti beberapa filem –filem riligus pembagun jiwa dan iman yang saya telah sebut sebelum ini, buat ummat di Malaysia bumi ku berpijak.

Jazakumullahu-khoiron-jaza’. Syukran jazilan katheero.

Segala yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang dari saya, hakikatnya kedua-dua datang daripada datang daripada Allah ‘Azza-wajalla.

Walhamdulillaahi-robbil-‘aalameen.

Semoga ku ikhlash,

Hamba Allah.

http://matlamat-akhirat.blogspot.com/

Hari Isnin, 25 Rabi’ul Awwal 1430 Hijriah (23 Mac 2009 Masihi),

Rawang, Selangor.

--


Lampiran Link Web Page yang berbicara tentang filem “Kun Fayakun”:

1- http://www.presidensby.info/index.php/fokus/2008/04/21/2972.html

2- http://mbhgaleri.blogspot.com/2008/09/kun-faya-kun-tidakkah-industri-filem.html

3- http://smsplus.blogspot.com/2008/04/setelah-aac-kini-kun-fayakun.html

4- http://www.kapanlagi.com/h/0000182578.html

5- http://www.antara.co.id/arc/2008/4/10/pemutaran-film-kun-fayakun-di-batam-tertunda/

6- http://id.wikipedia.org/wiki/Kun_Fayakun


Tonton Filem ini:

Assalaamu’alaikum wrm wbt. Setelah pembaca sekalian tahu tentang filem ini mungkin para pembaca Malaysia berhajat untuk menonton filem ini. Saya tidak tahu dimana boleh didapatkan CD/DVD original filem ini. Saya boleh copykan kedalam CD/DVD dan poskan ke alamat kalian, dengan sedikit bayaran, kos pos, kos CD/DVD, royalty hak orang2 yang terlibat menjayakan filem ini. Satu ringgit akan saya asingkan untuk royalty hak mereka yang terlibat dgn file mini, akan saya sedekahkan kejalan Allah, atau jika saya dapat hubungi syarikat filem ini atau mereka menghubungi saya, akan saya serahkan kepada mereka wang tersebut. Untuk urusan pembelian boleh hubungi saya di 019-5153494(saya) atau ke email saya ahmadkhabir@gmail.com. Semoga usaha-usaha filem seperti ini terus membanyak. Wassalaam.

1 comments:

Alumni SAMBestari SPM 2005 said...

Assalaamu'alaikum wrm wbt.
Semoga Filem2 seperti memberi sinar cahaya harapan untuk ummat kembali memahami dan berusaha mengamalkan ISLAM disegenap aspek kehidupan dengan penuh harap akan redho dan
meletakkan diri sebagai hamba Allah yang amat memerlukan kasih sayang daripadaNya.

Selalulah kita mengadu kepadaNya.
Allah sangat suka kepada hambanya yang suka meminta kepadanya, khasnya waktu satu per tiga di akhir malam, kerana Allag turun untuk menerima doa permintaan hamba2 nya.

Allahu-Robbi!
Allahu-Akbar!
Walhamdulillah
Wassalaam :)

Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.