Maulidur-Rosul... KITA?

Bismillah.. Assalaamu'alaikum warohmatullaahi-wabarokaatuh.


Kita menyambut Maulidur-Rosul (yakni hari lahir Rosulullah), 12 Rabi'ul Awal setiap tahun Hijiriah,
kerana kita Muslim,

Kita juga menyambut Awal Muharam, Ma'al hijrah pada setiap awal tahun Hijriah,
juga kerana kita muslim,

kita juga menyambut beberapa lagi hari-hari penting dalam Islam mengikut tarikh
Hijriah, dan bukan mengikut tarikh Masehi...

Namun begitu.. kita masih 'Muslim'.. tetapi MENGAPA kebanyakan Muslim masih menyambut "HARI LAHIR DIRI MEREKA SENDIRI" mengikut tarikh Masehi ???


Suatu lontaran persoalan buat sekalian ummat Islam..
semoga dirohmati Allah S.W.T.

Susah sangatkah nak conver to birthday gregorian kepada hijiriah?
Malu/segan takdapat terima sangatkah untuk hanya sambut hari lahir kita guna tarikh hijri?
Pelik sangatkah sambut hari lahir kita guna tarikh dan kalendar hijiri?
Rigid sangatkah guna tarikh hijri untuk sambut hari lahir kita sendiri?


Mengapa kita tidak sambut hari lahir Rasulullah mengikut tarikh Masehi baginda lahir???
Mengapa?

Rasulullah is a Muslim?
Are we not a Muslim?

*P/S: Bagi yang ingin mula menyambut hari lahir mengikut tarikh Hijriah, anda boleh dapatkan tarikh lahir anda yang mengikut kalendar Hijriah dengan menggunakan date converter yang boleh didapati secara meluas di internet. just google it . for example: "date converter masehi-hijri". Berikut adalah gambar contoh:


Tambahan lagi,


Terdapat seorang 'Ulama' mu'tabar di Malaysia yang ingin menggidupkan kepentingan menghargai kalendar hijriah ini, yang telah diperkenalkan oleh Umar Al-Khattob R.A. dengan cara beliau tidak akan sekali-kali menandatangani mana-mana dokumen yang memerlukan tandatangan beliau sekiranya tidak disertakan TARIKH HIJRIAH...


Dimana ke'izzahan kita sebagai Muslim?


'Ulama Feqoh
juga mengatakan, waktu "sampai baligh" seseorang manusia itu adalah pada umur sekian-sekian... MENGIKUT SUKATAN kalendar Hijriah.. dan bukan mengikut kalendar Masehi...
seperti ramai ummat Islam anggap hari ini.. sebagai contoh.. "seseorang itu dikira sudah sepatutnya baligh pada umur 15 tahun mengikut kalendar/tarikh lahir Masehi.."

--

Link Web Page untuk menukar tarikh Masehi/Gregorian kepada tarikh Hijriah:
http://www.muslimphilosophy.com/ip/hijri.htm

ini mungkin sebahagian daripada usaha-usaha untuk menuju
'Kearah Membina Bi'ah Solehah'.
Walhamdulillah, Wassaalaamu'alaikum warohmatullaahi-wabarokaatuh.

2 comments:

5y4k1rz said...

Kempen yg sgt baik... mabruk 'alaik..

Ahmad Khabir Bin Shuhaimi said...

Alhamdulillah.. Allahu-Akbar

Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.