Bismillah.
Assalaamu'alaikum wrm wbt
Pengenalan
Perkongsian catatan di kuliah pengajian kitab tasauf bertajuk Sirus Salikin (Jalan menuju Allah) sebuah kitab ringkasan daripada kitab ihya' ulumuddin karangan Imam Al-Ghozali.
Kuliah disampaikan oleh Ustaz Mokhtar Senik, Timbalan ketua Dewan Ulama' Negeri Pahang.
Beliau mengadakan kelas pengajian dipondok beliau yang bernama Ponok An-Nur di Penor, Pahang.
------
Beberapa isi yang dapat dicatat..
Imam Al-Ghazali menyatakan didalam kitabnya bertajuk ihya' 'ulumuddin bahawa ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu yang memberi manfaat kepada akhirat.
------
Seorang tokoh Ikhwanul-Muslimin, Said Hawwa berkata ketika beliau mensyarahkan kitab Hikam, "Kita ini perlu ada terikat dengan majlis mingguan supaya kita tahu sekiranya kita ada melakukan kesalahan yang kita tidak tahu/sedar bahawa perbuatan itu salah".
"Barang siapa yang tidak menyibukkan diri dengan ilmu tasauf, bimbangnya dia mati dalam berdosa besar"..
sebagai contoh dengki, mengikut ilmu tasauf, dengki itu bermaksud tidak redha dengan pengagihan Allah..
------
"Orang yang belajar perlu mengajar kembali, sekiranya tidak, maka ilmunya akan hilang"
"Sekiranya ilmu itu 100%
maka belajar daripada guru itu adalah 50%
dan mengajar itu 30%
manakala mengamalkan ilmu itu 20%
maka penuhlah ia menjadi 100%"
------
Penutup:
Perhatian: Catatan ana diatas adalah tidak 100% dhobit, tetapi maksud yang cuba disampaikan adalah insya-Allah dapat difahami.
Wallahu-ta'ala 'alam.
0 comments:
Post a Comment