Selebirti: Shakib Arsalan

Al-Amier Syakib Arsalan adalah salah seorang daripada alih politik yang terkenal, beliau merupakan seorang ahli intelektual Islam yang terkenal dan merupakan mujahid Islam terulung yang dapat membela kepentingan Islam dengan menggunakan akal fikiran beliau yang cerdik, beliau juga merupakan pengarang atau penulis. Beliau fasih dalam bahasa Arab, Perancis, Turki dan Jerman.

Kitab-kitab karangan beliau penuh dengan kata-kata semangat dan seruan kepada umat Islam supaya mereka sedar daripada kelalaian kemudian bergerak dan bangkit membela serta mempertahankan umat Islam yang ditindas oleh pihak yang memusuhi Islam.

Kitab karangan beliau yang yang bertajuk لـمـاذا تـأخـر الـمـسـلـمـون ( mengapa kaum muslimin mundur) adalah sebuah kitab yang masyhur dikalangan ulama’, dimana kitab ini banyak membincangkan tentang ideologi pemikiran Arsalan mengenai sebab-sebab kemunduran umat Islam masakini dan sebab-sebab kemajunan umat Islam terdahulu serta tentang kemajuan bangsa Eropah.

Terdapat beberapa Ideologi Syakib Arsalan dalam buku beliau antaranya ialah:

Sebab-sebab kemajuan umat Islam terdahulu
Sebab-sebab kemunduran umat Islam hari ini
Sebab-sebab kemajuan bangsa Eropah

to read more... please click here.

4 comments:

KorbanDemokrasi said...

Salam, maaf !.

Saya terbaca agak lama dahulu yg Shakib Arsalan adalah seorang Bahai atau mungkin Qadyani. Mungkin boleh dikaji dengan lebih mendalam tentang beliau ini.

Beliau bukan pejuang agama tetapi pejuang nasionalis Arab. Mungkin boleh diselidiki lagi.

Salam,
TokPakirKD

KorbanDemokrasi said...

Ok, dia Duruze. Sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Shakib_Arslan

Salam,
TokPakirKD

Alumni SAMBestari SPM 2005 said...

Wa'alaikumussalaam wrm. wbt.

Terima Kasih!

Saya akan kaji lebih lagi tentang beliau.
Saya pun ada kemusykilan mengenai penampilan
beliau yang tidak jelas 'izzah Islam.

Sama-ada beliau cuba menyembunyikan atau
sememangnya bukan Mujahid fi-sabilillah.

Terima kasih sekali lagi :)

Salam,
Cinta Allah No.1

Alumni SAMBestari SPM 2005 said...

Tambahan,

saya ada baca tentang beliau di wiki sebelum saya post tentang beliau di blod saya ini.

setelah membaca, isinya menerangkan beliau ini seorang yang memperjuangkan Islam.

Saya mula mengetahui nama beliau sebagai pejuang Islam daripda akhbar online Harakahdaily pada artikel tentang Labibah sebagai ketua Muslimat pertama Ikhwanul-Muslimin, Mesir.

Wallahu'alam. Hanya Allah yang mengetahui.
Pada pembacaan zahir, beliau nampak memperjuangkan Islam menentang gangguan British keatas Empayar Islam Othman.

Wallahu'alam.

Tapi mengapa beliau begitu menulis Buku tentang Kejatuhan Ummat Islam.

Mungkian ia agenda musuh Islam? untuk mengaburkan mata ummat Islam seperti Kamal At-Tartuk? Wallaahu'alam.

Semoga Allah merahmati sesiapa yang memperjuangkan agar Kalimah Nya berada pada tempat terAtas.

Allahu-Akbar.

Wallaahu-'alam.

Wassalaam,
Cinta Allah No.1

Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.