Bismillah.
Assalaamu'alaikum wrm wbt.

Sebuah persatuan mahasiswa dengan kerjasama kumpulan nasyeed Rabbani akan mengadakan Konsert Antara Dunia pada 1 Ogos 2009 bertempat di Stadium Melawati, Selangor.

Konsert Antara Dunia akan dihadiri oleh kumpulan nasyid terkenal Indonesia iaitu Soutul Harakah, kumpulan Ungu dan Meet Uncle Hussin serta Rabbani turut akan memberikan persembahan.

Konsert ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana beliau dilihat sebagai ikon kepada artis kini. Timbalan pengarah konsert mengakatan Tuan Guru dijemput bukan atas dasar politik tetapi atas kapasiti beliau sebagai ikon ummat Islam masa kini dan sebagai Ulama' yang disegani. Ramai sudah tahu bahawa artis tanah air seperti Siti Nurhaliza, Amy Search dan Renggo telah bertemu dengan Tuan Guru baru-baru ini.

Semoga usaha-usaha mengembalikan kegemilangan ummat Islam begini dapat terus tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan di seluruh dunia agar kalimah Allahlah yang tertinggi dimana jua kita berada.

~:: SEMUA DIJEMPUT HADIR ::~

Sekian.
Wallaahu-'alam.
Wassalaam.

0 comments:

Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.