18 keluarga Rimba Templer dapat perhatian
Khaulah Azwar   
SELAYANG, 6 Jan: Lokasinya agak tersorok tetapi kawasan ini hanya banyak dikunjungi orang luar, menyebabkan ramai tidak menyangka terdapat 18 keluarga tinggal di pinggir kawasan rekreasi Taman Rimba Templer, di sini.
Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Husnal Azhari Sanusi berkata, mungkin ramai yang tidak tahu kawasan ini terdapat penduduk menyebabkan mereka tidak mendapat perhatian dan terasa dipinggirkan oleh masyarakat luar di situ.
 “Saya baru mengetahui terdapat penduduk yang tinggal di sini setelah dimaklumkan dalam satu program di sini. Difahamkan disebabkan bilangan mereka yang kecil, boleh dikatakan mereka langsung tidak terlibat dalam sebarang program kemasyarakatan di situ selama ini.
 “Permohonan mereka terhadap apa-apa masalah sebelum ini juga tidak dilayan oleh Kerajaan Umno BN dahulu dengan alasan bilangan penduduk yang sedikit. 
“Setelah mendengar masalah dan aduan penduduk di sini. Jadi kita mengambil inisiatif untuk mendekati mereka dengan mengadakan program seperti hari ini. Ini adalah bertujuan  agar penduduk di situ tidak merasakan diri mereka disisihkan oleh sesiapa,” katanya.  
Husnal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 1 berkata demikian dalam program Hari Keluarga Penduduk Taman Rimba Templer dan penyampaian 30 beg dan peralatan sekolah kepada anak-anak penduduk di situ, baru-baru ini.
“Insya Allah, kita akan adakan lebih banyak program seumpamanya untuk penduduk di situ, di antaranya termasuklah membantu menyediakan tenaga pengajar mengaji al-Quran.
“Kita akan bantu menempatkan tenaga pengajar dalam masa terdekat kerana difahamkan kebanyakan penduduk disini terpaksa menghantar anak mengaji hingga ke Bandar Baru Selayang dan kedudukannya agak jauh.  
“Jadi, kita harap hasrat murni kami untuk mengadakan program mengaji al-Quran setiap minggu terutama untuk kanak-kanak, wanita dan keluarga di sini dapat dilaksanakan tanpa sebarang halangan. Ini adalah penting untuk melahirkan generasi yang beriman agar mereka tidak ketinggalan dalam ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Melalui ilmu orang akan hormat kita dan tidak semudah itu diperlekehkan oleh sesiapa,” katanya.  
Menurut Husnal, selain daripada itu antara masalah penduduk yang telah disuarakan kepada pihak JKP seperti keretakan rumah akibat pembangunan yang berhampiran dan isu kemudahan awam yang sukar didapati.
“Insya Allah kita akan cuba perbaikikan keadaan ini dengan segera untuk keselesaan penduduk  di situ,” katanya.  
Sementara itu, Pengerusi Penduduk Taman Rimba Templer, Shamudin Mohd Khalid, 40, berharap program seperti itu dapat diadakan setiap tahun khususnya bagi merapatkan hubungan antara pimpinan, penduduk dan MPS.

JEMPUT LAYARI LAMAN WEB PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT (PKM)  DUN TAMAN TEMPLER
(Kawasan Tanggungjawab: Batu 16 hingga Kepong Utara)
Sebarang aduan masalah dan lain-lain urusan hubungi pegawai-pegawai seperti tercatat dalam laman web PKM DUN Taman Templer

0 comments:

Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.