Al-Amier Syakib Arsalan adalah salah seorang daripada alih politik yang terkenal, beliau merupakan seorang ahli intelektual Islam yang terkenal dan merupakan mujahid Islam terulung yang dapat membela kepentingan Islam dengan menggunakan akal fikiran beliau yang cerdik, beliau juga merupakan pengarang atau penulis. Beliau fasih dalam bahasa Arab, Perancis, Turki dan Jerman.
Kitab-kitab karangan beliau penuh dengan kata-kata semangat dan seruan kepada umat Islam supaya mereka sedar daripada kelalaian kemudian bergerak dan bangkit membela serta mempertahankan umat Islam yang ditindas oleh pihak yang memusuhi Islam.
Kitab karangan beliau yang yang bertajuk لـمـاذا تـأخـر الـمـسـلـمـون ( mengapa kaum muslimin mundur) adalah sebuah kitab yang masyhur dikalangan ulama’, dimana kitab ini banyak membincangkan tentang ideologi pemikiran Arsalan mengenai sebab-sebab kemunduran umat Islam masakini dan sebab-sebab kemajunan umat Islam terdahulu serta tentang kemajuan bangsa Eropah.
Terdapat beberapa Ideologi Syakib Arsalan dalam buku beliau antaranya ialah:
Sebab-sebab kemajuan umat Islam terdahulu
Sebab-sebab kemunduran umat Islam hari ini
Sebab-sebab kemajuan bangsa Eropah
to read more... please click here.
Labels: Selebriti
"Human beings...cannot do anything alone...
They draw on their surroundings to live..."
"Manusia... tidak boleh melakukan sesuatu sendirian...
Mereka bergantung kepada sekeliling mereka untuk hidup"
Labels: Live Value, Motivation
Bismillahi-rrohmaani-rroheem.
Hendaklah kita sentiasa memohon pertolongan Allah dalam segenap hal dan bertawakal kepada Allah. Dari Abdullah Bin Mas”ud RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang selalu ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah dia membaca:
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak abdi-Mu, dan anak-anak-Mu, dan (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas (diri) ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dia di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku”.
Tidak seorang hamba pun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan.
Hadith Rasulullah SAW,Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil: Maksudnya:
"Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah."
Satu kunci untuk tidak terlalu kecewa atas sesuatu ialah, tidak terlalu mengharap atau menyayangi sesuatu, imbangi dengan usaha dan doa.
Walhamdulillahi-robbil-'alamaeen.
Labels: Motivation
مَنْ جَدَّ وَجَدَ - Man jadda wajada
Sesiapa yang berusaha akan mendapat.
مَنْ زَرَعَ حَصَدَ - Man zara'a hasada
Sesiapa yang bercucuk tanam akan menuai hasilnya.
مَنْ يَجْتَهِدْ يَنْجَحْ - Man yajtahid yanjah
Sesiapa yang berusaha akan berjaya.
Labels: Motivation
Akan Datang! Filem "Ketika Cinta Bertasbih" - Habibu-Rahman El-Syirazi
Posted by Khabir Shuhaimi at 4:09 PMBismillah.
Alhamdulillah.
Selawat dan Salam kepada Rasulullah SAW, keluarganya, sahabat2nya dan sesiapa yang mengikutnya hingga hari akhir.
Assalaamu'alaikum wrm wbt.
Buat Golongan Islami sekalian.
Disaat banyak novel2 dan filem2 korup hasilan barat, bollywood dan lain-lain atas agenda iblis. Telah lahir insan2 yang merasa perlu untuk menerbitkan novel2 dan filem2 Islami bagi menggantikan novel2 dan filem sekular kini. Novel2 dan filem2 Islami adalah dalam agenda untuk mentarbiyah dan mengembalikan manusia kepada pengamalan ajaran Islam. Khususnya dalam agenda meng-Islahkan manusia yang sudah sedia Muslim untuk kembali berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam kehidupan. Trailernya sudahpun berada di YouTube. Selamat menonton.
Filem "Ketika Cinta Bertasbih"
coming soon..
Novel kedua Habiburrahman El-Shirazy yang difilemkan selepas Novel Ayat-Ayat Cinta.
Arahan Habiburrahman El-Shirazy.
Difilemkan di Mesir.
Laman web rasmi:
http://www.
SINOPSIS
KETIKA CINTA BERTASBIH
(copy & paste from laman web rasmi).
Seperti beberapa novel garapan sebelumnya oleh penulis yang sama, Habiburahman El Shirazy berhasil mengaduk-aduk emosi pembaca melalui novel yang terbit dalam dua jilid ini. Meskipun di jilid pertama ini ceritanya agak loncat-loncat, namun tidak mengurangi keruntutan jalan cerita yang dibangun oleh penulis. Karya dwilogi ini masih bercerita dengan latar belakang Mesir. Watak utama dimainkan oleh Abdullah Khairul Azzam, seorang mahasiswa Indonesia yang datang jauh-jauh dari pelosok desa di pulau jawa untuk melanjutkan studinya di Mesir. Azzam, demikian nama panggilan pemuda itu, adalah seorang pekerja keras. Ia memiliki beberapa adik yang harus dibiayainya, hingga dengan kekhlasan hati ia harus berkorban dengan menjadi penjual bakso dan pembuat tempe. Ceritanya penuh dengan romantika yang sarat dengan hikmah. Isinya bagus serta dapat mengajari kita soal hidup, cinta dan bagaimana mengatur skala prioritas dalam mengambil tindakan. Tersebutlah bahwa Azzam adalah mahasiswa Indonesia di Al Azhar, yang belajar disana karena berhasil memperebutkan beasiswa dari Departemen Agama. Ia adalah prototype anak yang pintar, cerdas, dan bersahaja, namun lahir dari kalangan keluarga pas-pasan.
--
Wallahu-ta'ala-a'alam.
Sekian. Syukran.
Waassalaam.
Labels: Filem Islami
"Kita tidak boleh mencintai orang lain, sebelum mencintai diri sendiri, dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum mencintai Allah"
Cinta kalau bahasanya hati... itulah cinta hakiki
Kasih jika dasarnya Rabbi... itulah kasih sejati
Cinta ini pasti diuji kerana itu sudah tradisi janji...
Labels: Buku Tentang CINTA
Labels: KARISMA
Assalamu'alaikum wrm wbt. Mulai dari selepas ini, insya-Allah saya akan post sedikit sebanyak isi buku dibawah ini, beserta sedikit gambar yang bermanfaat untuk bacaan & tatapan bersama.
Tajuk Buku: "Tentang CINTA"
Pernerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
BAB KANDUNGAN
001 Titanic Yang Tenggelam
002 Salahkah Bercinta?
003 Cinta Berperaturan
004 Nak Ber'couple' Boleh Tapi...
005 Cinta vs CINTA
006 Cinta Tanpa Perantara
007 Hubaya-Hubaya Cinta 'Pra-Baligh'
008 Sirna Cita-Cita Dek Kelam Cinta
009 Cinta, Tudung dan...
010 Cari Yang Cantik
011 Siapa Soleh Dapat Solehah
012 Cepat Kahwin
013 Perigi Cari Timba Pun OK!
014 Cinta Indah Selepas Nikah
015 Cinta Mesti Ada 'Class'
016 Ubat Frust Cinta
017 Cintailah CINTA
018 Putus Cinta Kerana CINTA
Bersambung...
Labels: Buku Tentang CINTA
It will never be perfect.
There will always be challenges,
obstacles and less than perfect conditions.
So what. Get started now.
With each step you take,
you will grow stronger and stronger,
more and more skilled,
more and more self-confident
and more and more successful.”
Labels: Motivation
Rayuan kepada sahabat2 agar tidak hadiri Euphonious 2009 semata2 kerana Islamnya kalian...
Posted by Khabir Shuhaimi at 8:42 AMAku merayu kepada sahabat2 ku sekalian agar tidak hadiri Euphonious 2009 semata2 kerana Islamnya kalian...
kerana kita tidak dapat pastikan bahawa 100% kita tidak akan dicabut nyawa oleh malaikat maut ketika kita didalam majlis itu.
'Ulama menyampaikan, Malaikat maut setiap hari menjenguk kita tidak kurang 365 kali sehari, dia melihat pada titik antara dua mata kita, kerana disitu tertulis ajal kita, dan lain2 spt jodoh, rezeki dan lain2.
Ini antara beberapa perkara dapat aku lakukan.. sesungguhnya aku berbuat ini sebagai tanggungjawab ku menyampaikan apa yang aku tahu itu betul.. kerana aku akan dipersoal diakhirat nanti
"wahai khabir, apa telah kau perbuat terhadap rakan2 kau yang telah pergi ke-Euphonious?"
Jari ku menjawab, "dia(khabir) telah menaip rayuan kepada sahabat2nya di blognya",
mata ku, laptop ku, pakaian ku, malaikat rokib dan 'atid menjadi saksi kpd perbuatan ku ini.
Jika aku tidak menyampaikan apa-apa kepada kalian, kalian akan menarik ku diakhirat kelak,
"wahai khabir nanti dulu! tidak akan kau masuk syurga selagi kau tak menanggung akibat kerana tidak menyampaikan kepada ku untuk tidak pergi ke Euphonious ketika didunia dulu!
haha.. mari kita sama-sama terima balasan daripada ALLAH yang Maha Adil."
Aku tidak ingin merana di akhirat.. aku ingin bergembira di kehidupan abadi nanti
dunia hanya persinggahan sementara. Dunia ini lebih murah daripada sebelah sayap nyamuk (dalil naqli).
aku bukan nak menyibuk hal kalian, aku bukan cuba utk mengajar kalian, tetapi hanya peringatan buat diriku sendiri, ini hal kubur, kubur kita lain2... sama2 lah kita menyediakan keadaan terbaik dikubur kita nanti dan selanjutnya akhirat..
Allah lebih mengetahui segalanya.
Wassalaam.
Labels: buat sahabat tersayang
Dr. A : "There is no oustanding surgeon here"
Labels: Medical
Assalaamu'alaikum wrm wbt.
Salam pecinta ilmu.
Dapatkan buku-buku yang bermanfaat dengan harga yang lebih murah pada hari-hari lain, semoga kita bertambah dekat dengan Allah dengan bertambah ma'arifat (pengetahuan) tentang hebatnya Allah.
Khususnya..nantikan dua buku terbaru..Ust Hasrizal :)
Selamat membeli dan membaca! =)
"Kearah Cinta Allah No.1"
Labels: Love to Read Books =)