Bersempena dengan bermulanya semester baru, ingin penulis memuhasabah diri dan mahasiswa/siswi sekalian akan kewajiban kita, beradab dalam berguru.
Untuk mendapat keberkatan ilmu, kita harus tahu adab-adab berilmu kerana disepakati para alim ulama bahawa mengetahui adab-adabnya berilmu lebih penting dari ilmu itu sendiri.
Adab-adab Berilmu / Berguru :
1. Menunjukkan tanda penghormatan pada guru dengan pertuturan , percakapan dan bahasa.
2. Bermuka manis dengan guru. Sabda Nabi Muhammad SAW : “Senyuman itu satu sedekah”
3. Berikan perhatian penuh pada guru dalam mempelajari ilmu yang diajarkan.
4. Datang awal, sambil menunggu guru.
5. Beri salam dan bersalaman (jika boleh).
6. Tanya guru dengan adab dan bukan niat menyindir.
7. Menjaga adab-adab dalam agama seperti ihtirom (hormat), khusyuk (konsentrasi), sabar dan lain-lain. Jika yang mengajar dan belajar berlawanan jenis, maka harus menjaga adab komunikasi dan sebagainya.
8. Ikhlas, iaitu seorang murid atau peserta harus mengikhlaskan niatnya dalam belajar hanya kerana Allah sahaja. Bukan untuk mencari populariti, dunia dan motivasi-motivasi yang lain yang cenderung kepada sikap ingin menunjuk-nunjuk dan sebagainya.
9. Sebarang kemusykilan atau inginkan sebarang pertolongan, tanyalah di kala dan waktu yang sepatutnya dan bukannya di waktu-waktu yang memungkinkan ketidaksesuaian masa kerana sebagai seorang guru akan tetap sedaya upaya ingin membantu , memberi dan mengajar tak kira masa. Maka haruslah lebih peka dan bertimbangrasa.
Begitulah seadanya dan mungkin saudara saudari di luar ada tambahannya. Pokok pangkal, patuhilah adab-adab dan tatacara berilmu dan hormatilah guru anda sebaiknya demi memperolehi keberkatan dariNya
Pesan ku untuk mu.
0 comments:
Post a Comment