Demokrasi di UTP sangat tidak tertegak di mana pada pemilihan MPP yang terakhir, MPP telah disekat oleh pihak pengurusan di mana pihak pengurusan telah meletakkan beberapa syarat tanpa berbincang dahulu dengan pelajar. Dalam syarat-syarat pemilihan MPP yang terakhir, seorang pelajar yang ingin menjadi MPP semestinya berada sepenuh masa selama setahun di UTP semasa sesi pimpinan.
Pada pendapat saya, tindakan pihak pengurusan seolah-olah mereka yang memilih cabinet yang mewakili pelajar bukan pelajar yang diberi kuasa memilih pemimpin mereka. Dalam suasana UTP yang mempunyai kerja latihan industri (praktikal) selama 8 bulan, mana mungkin dapat di elak untuk menjadi MPP pada keseluruhan penggal pimpinan. Syarat yang digubal pada tahun lepas sangat tidak relevan dan impak dari itu hanya 2 batch dari 10 batch di UTP boleh bertanding dan 2 batch ini adalah dari kalangan tahun ke-2. Di manakah demokrasi di UTP?
IPTS mungkin tidak mempunyai kerancakan berpencak di arena politik seperti IPTA dan pilihanraya nya adalah sekadar untuk memenuhi kerusi MPP itu sendiri. Tetapi dalam rangka untuk melahirkan graduan yang well-rounded yang mempunyai 7 attributes iaitu Technical Competency, Solution Synthesis Ability, Communication and Behaviour Skills, Business Accument, Critical Thinking, Practical Aptitude and Lifetime Learning Capacity; kepimpinan dikalangan mahasiswa di UTP masih di peringkat yang lemah. Mahasiswa tidak berani tampil ke hadapan untuk berlawan dengan pihak pengurusan dalam menegakkan hak mereka untuk memilih pimpinan mereka. Maka amatlah susah untuk mencapai mission statement UTP yang ke-2 iaitu
Our objective is to produce well-rounded graduates who are
creative and innovative with the potential to become leaders
of industry and the nation.
Mungkin pandangan dari pihak pengurusan yang mengatakan bahawa adalah tidak adil bagi mereka yang menjadi MPP untuk satu penggal jika dibandingkan dengan mereka yang bekerja untuk sepenuh penggal pimpinan MPP, tapi ini adalah hak pelajar. Selagi mana mereka terima perwakilan mereka dan demokrasi itu terjamin; pihak pengurusan tidak seharusnya menjadi rigid malah come out dengan modus operandi lain untuk menangani masalah kekosongan dalam MPP jika ada MPP yang hanya berkhidmat untuk separuh penggal seperti merangka pilihanraya kecil dan sebagainya.
Kelesuan dikalangan mahasiswa dapat dirasai diseluruh negara. Perjuangan mahasiswa yang tidak bersifat Politik Nilai dan kekangan dari pihak tertentu memperlumpuhkan mahasiswa. Bukan sahaja di UTP tetapi di serata Malaysia tidak kira sama ada IPTA atau IPTS. Mahasiswa kelihatan terikat dengan pihak-pihak tertentu dan tidak bebas untuk melahirkan pendapat mereka.
Dengan ini diharapkan semua pejar UTP bangkit untuk menyuarakan pendapat mereka agar pihak pengurusan tidak secara sewenang-wenangnya mengambil keputusan mengikut pandangan mereka tanpa mendengar suara mahasiswa terlebih dahulu. Semoga pengalaman hitam dalam pilihanraya kampus UTP 2007 lalu tidak akan berulang.
sumber: http://www.ibnuinsan.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment