diceritakan oleh yb salehuddin ayob bahawa pada suatu hari ketika beliau dizaman pemuda beliau telah hadir ke suatu kampung untuk menyampaikan ceramah. seorang ahli telah menjemputnya untuk menikmati sedikit jamuan dirumahnya. apabila sampai dirumah si ahli ini, yb salehudin berkata rumah itu kelihatan uzur, lalu beliau ternampak ada tiga keping getah disidai di hadapan rumah dan tiga keping getah lagi disidai di belakang rumah.
yb salehudin pun bertanya kepada ahli tersebut, mengapa ada tiga kepingan getah yang disidai di depan dan ada yang disidai dibelakang rumah pula? ahli tersebut menjawab, "yang dihadapan ini untuk saya jual untuk makan minum kami sekeluarga isteri dan anak-anak saya, manakala yang dibelakang itu adalah untuk infaq sumbangan kepada perjuangan PAS".
YB Salehudin Ayob
yb salehudin begitu terharu dengan pengorbanan yang sebegitu rupa oleh ahli. oleh yang demikian beliau berpesan kepada pimpinan dan pemuda yang akan menjadi pimpinan untuk sentiasa menghargai ahli-ahli. ini kerana tanpa ahli, tiadalah pimpinan, tiada pimpinan maka tiadalah jemaah.
0 comments:
Post a Comment