Untuk perhatian Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan, Y.B. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim dan seluruh kementeriannya.
Saya yakin sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memegang portfolio Menteri Penerangan Malaysia, pasti keadilan pada media televisyen akan diamalkan. Perkara-perkara yang baik lagi bermanfa'at yang dijalan oleh sesiapa sahaja termasuk walaupun ia dari wakil rakyat parti komponen yang tidak memenangi kerajaan persekutuan. PR begitu adil, berintegriti dan berkebajikan.
Tuntutan terhadap Kementerian Penerangan Malaysia sekarang (2010 - PrU13)
Televisyen yang adil menyiarkan berita - iaitu tidak hanya menyiarkan berita aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan kerjaan UMNO/BN tetapi stesen-stesen utama televesyen Malaysia ini wajib menyiarkan juga aktiviti yang telah dijalankan oleh Kerajaan PR. Stesen televesyen utama Malaysia pada masa ini secara jelas berat sebelah kepada UMNO/BN manakala berita-berita yang disiarkan tentang PR kebanyakannya hanya yang mahu diburuk-burukkan dan diputar-belit maklumat. Kami rakyat tidak berpuas hati terhadap monopoli dan kezaliman media televesyen arus perdana yang dilakukan pada masa kini.
Sekiranya ini berterusan, rakyat akan bertambah tidak percaya terhadap pemerintahan UMNO/BN dan rakyat akan beralih arah kepada kerajaan Malaysia baru yang akan dipimpin dan diperintah oleh PR. Justeriu itu Kementerian.
Kemeterian Penerangan Malaysia kini wajib mengambil contoh daripada demokrasi media setesen televesyen yang diamalkan di Indonesia. Calon pilihanraya umum pembangkang boleh mempunyai slot untuk berkempen didalam stesen televesyen Indonesia. Maka rakyat memandang perkara seperti ini tidak mustahil. Rakyat menuntut keadilan dan demokrasi dalam media televesyen negara Malaysia. Tindakan Kementerian Penerangan yang tidak mahu melaksanakan keadilan dalam penyiaran di televesyen Malaysia dan bertindak berat sebelah kepada parti pemerintah kerajaan persekutun, ini menunjukkan sikap pentingkan diri sendiri dan bukan pentingkan rakyat.
Allah Ta'ala berfirman dalam Surah Al-Maidah: ayat ke-8
"...Dan jangan atas sebab kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak bertindak adil. Bertindak adilah! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan....”
Wallaahu'alam.
Khabir
7.52am
29 Mac 2010, 13 Rabi'ul-akhir 1431H
Tronoh
0 comments:
Post a Comment