Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidaklah seorang hamba yang mengerjakan puasa satu hari kerana Allah, melainkan Allah menjaga dirinya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun kerana puasanya yang sehari itu.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ramai mempunyai persepsi bahawa puasa minimum 3 hari setiap bulan itu adalah berpuasa dengan memilih pada mana-mana 3 hari isnin atau khamis dalam satu bulan.
Yang disebut-sebut dengan berpuasa 3 hari pada satu bulan adalah berpuasa 3 hari di pertengahan bulan hijriah. Manakala puasa isnin khamis adalah tetap isnin dan khamis.
Cuma ramai yang memandang cukuplah berpuasa minimum 3 hari per bulan dan pilihan harinya adalah pada mana-mana hari isnin atau khamis bagi memenuhi tuntutan puasa sunat dalam amal fardhinya.
Kaum Muslimin khasnya para du’at tidak seharusnya mengambil persepsi cukuplah minimum berpuasa 3 hari per bulan ini, kerana orang yang ingin melakukan kerja-kerja da’wah Islam ini harus menjalani tarbiyah puasa yang lebih kerap dan secara konsisten agar dapat memelihara hati, ruhiyyah, kecergasan jasmani, dan kecerdasan ‘aqal.
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Berpuasalah nescaya kamu akan sihat.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Surah al-Baqarah: ayat 183
“Wahai orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa seperti diwajibkan atas orang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa.”
Puasa dapat merapatkan hubungan sang da’ie dengan Rabb yang sangat dicintainya. Puasa sunat maksima yang dapat diamalkan adalah berpuasa selang sehari, khasnya para du’at fisabilillah.
Rasulullah SAW menegaskan dengan sabdanya yang bermaksud:
“Tiga orang yang doanya tidak akan ditolak; pemimpin adil, orang berpuasa sehingga dia berbuka dan orang yang teraniaya.” (Riwayat Ahmad, al-Nasai, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Pengakhiran,
Surah as-Sajdah: ayat 15
Sesungguhnya Yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang Yang apabila diberi peringatan dan pengajaran Dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah Dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur."Mari Bersama Kita Meraih Redha dan SyurgaNya"
"Makananku daripada sisa makanan yang dibuang berterabur diatas lantai kotor..."
"Antara hikmah puasa adalah supaya kita merasai kelaparan yang dialami manusia lain kerana ketiadaan makanan yang memerlukan kita menyumbang untuk membantu mereka yang susah disekeliling kita"
0 comments:
Post a Comment