Mempersendakan seseorang muslim kerana Islamnya adalah perbuatan kufur, kerana pada hakikatnya perbuatan ini adalah mempersendakan Islam itu sendiri dan mempersendakan Islam bererti mencela Allah yang telah mensyariatkan Islam.
Allah telah menerangkan inilah sifat dan amalan orang-orang kafir terhadap orang-orang mukmin.
Firman Allah, maksudnya:
""Sesungguhnya orang-orang yang berdusta adalah mereka yang dahulunya mentertawakan orang-orang yang beriman, dan apabila orang-orang beriman lalu di hadapan mereka, mereka saling mengedip mata mereka dan apabila orang-orang yang berdusta itu kembali kepada kaumnya, mereka kembali dengan gembira dan apabila mereka melihat orang-orang mukmin, mereka mengatakan; "Sesungguhnya mereka itu benar-benar orang yang sesat, padahal orang-orang yang berdusta itu tidak dikirim sebagai penjaga bagi orang-orang mukmin."(Al-Mutaffifin:29-33)
Berdasarkan kepada ayat ini sesiapa sahaja dikalangan manusia yang mempersendakan seseorang muslim kerana kuatnya ia berpegang dengan amalan Islam serta berjuang untuk menegakkan seluruh sistemnya, maka ini adalah kafir yang nyata. Ini adalah kerana ia tidak lagi mempersendakan muslim itu sebagai seorang individu(1), tetapi sebenarnya ia mempersendakan Islam yang didukungi oleh individu tadi. Mempersendakan Islam atau mana-mana dari sudut ajaran
Penerangan:
(1) Perbuatan mempersenda seorang muslim kerana sifat-sifat semulajadinya, akhlaknya atau tindak tanduknya, kesemua itu adalah perbuatan maksiat dan bukan kufur. Rujuk Firman Allah (Al-Hujurat:11).
Sumber: Buku bertajuk "KONSEP-KONSEP UMUM ISLAM" mukasurat 73-75.
Sumber: Buku bertajuk "KONSEP-KONSEP UMUM ISLAM" mukasurat 73-75.
0 comments:
Post a Comment