Tahniah Kelab Poligami Ikhwan (KPI)


KELUARGA BESAR... Hatijah (duduk kiri sekali), Noraziah (duduk dua dari kiri) bersama anak serta sebahagian cucu hasil poligami.

Oleh NAZARALI SAERIL dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN

KUALA LUMPUR: “Kita buka tawaran kepada pelacur. Datanglah ke kelab kami untuk berpoligami. Nasib kamu (pelacur) akan jadi sangat indah (jika berpoligami) . “Jika jadi pelacur, belumpun tua, kamu sudah tiada nilai,” kata Penasihat Kelab Poligami Ikhwan (KPI), Hatijah Aam, 54. KPI dilancarkan secara rasmi minggu lalu dengan matlamat utama ingin ‘menyuburkan’ amalan poligami di kalangan umat Islam negara ini. Menurut Hatijah yang juga isteri kedua pengasas ajaran Al-Arqam, Ashaari Muhammad, poligami antara jalan keluar untuk golongan berkenaan kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan lebih baik.
Ketika ditemui di pejabat Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), Bandar Country Homes, Rawang, Selangor, Hatijah berkata, jika sudi berpoligami dan menjadi ahli KPI, golongan pelacur akan diberi bantuan dan dipulihkan
Menurutnya, pelacur antara sasaran KPI untuk diajak berpoligami kerana ia sebahagian usaha memperbetulkan kepincangan masyarakat dan memperjuangkan poligami yang indah serta halal. “Kita tiada tujuan apa-apa. Kita kasihan dengan nasib masyarakat kita hari ini, semua orang boleh cerita tetapi apa jalan keluarnya,” kata Hatijah. Beliau berkata, selain pelacur, dua lagi golongan wanita yang turut dialu-alukan menyertai KPI untuk melaksanakan poligami ialah ibu tunggal dan anak dara lewat usia. KPI kini mempunyai 646 ahli membabitkan 222 suami dan 524 isteri. Ketika ini semua ahli kelab berkenaan adalah anggota GISB. Menurut Hatijah, KPI turut dibuka kepada masyarakat luar dan beliau mengakui reaksi diterima sangat menggalakkan. Begitupun, katanya, kelab berkenaan bukan boleh disertai dengan sewenang-wenangnya kerana ada syarat perlu dipatuhi. “Syarat utama, suami perlu membawa isteri kerana kita tidak buat di belakang isteri (secara rahsia). Wanita semestinya menentang poligami. “Sebab itu kita akan beri pemahaman berbentuk kursus dan motivasi untuk tempoh tiga bulan sebelum keputusan dibuat tanpa paksaan. “Yang penting, mereka diberi pemahaman, nanti disiplinnya boleh diikuti dan kerana itu perlu jadi ahli dulu, perlu ikut kursus,” katanya. Hatijah berkata, satu lagi matlamat penubuhan KPI ialah membantu suami isteri yang bermasalah, terutama dalam usaha melaksanakan poligami. “Ramai yang ada isteri satu lagi tetapi tidak tahu jalan keluar bagaimana hendak buat isteri pertama terima. Kita beri pemahaman kepada mereka,” katanya. Hatijah berkata, bagi memastikan tiada yang mengambil kesempatan selain penganiayaan, KPI mempunyai badan pengawasan dan pemantauan. “Selama ini kami memantau ahli kami. Jika ada yang melakukan perkara tidak betul, kita tentang. Takkan kita hendak biarkan mereka buat perkara tidak betul. “Kita turut menjaga kebajikan ahli. Contohnya, jika ada ibu kehabisan susu anak, mereka boleh pergi mendapatkannya di kedai milik GISB tanpa bayaran,” katanya sambil memaklumkan, GISB mempunyai 1,000 premis perniagaan di seluruh negara. Menurut Hatijah, GISB tiada kaitan dengan pergerakan Al-Arqam kerana ia diharamkan dan GISB bermula dari bawah hinggalah kepada apa yang ada sekarang. “Penubuhan KPI juga bukan bertujuan menambah ahli kami, sebaliknya membantu golongan yang kami sasarkan,” katanya yang tidak menetapkan sasaran untuk jumlah ahli KPI. Berkaitan tanggapan negatif yang sering dikaitkan dengan poligami, Hatijah berkata, KPI mampu menangkisnya hasil kejayaan ahli GISB melaksanakan poligami, selain dirinya yang berpengalaman bermadu kira-kira 30 tahun. “Poligami yang kami katakan ini dibuktikan di kalangan kami sendiri, termasuk ahli KPI. Banyak kebaikan sebenarnya yang ada dalam poligami, tetapi ramai yang berprasangka negatif. “Kerana itu kami jadikan poligami di kalangan kami sebagai bukti. Penubuhan KPI pasti akan mencetuskan kontroversi besar, tetapi kami sudah bersedia dengan jawapan. “Kami juga sanggup bersemuka dengan sesiapa saja untuk melakukan perbincangan ilmiah,” katanya yang hadir bersama madunya, Noraziah Ibrahim, 51, yang juga isteri ketiga Ashaari serta sebahagian daripada 38 anak serta kira-kira 200 cucu.

4 comments:

Anonymous said...

salam..
ana ada terbaca ttg KPI ni di metro beberapa hari yg lalu
mm..apa pendapat anta? adkh anda setuju? dan apa hujahnye?
jzkk

Setetes Embun said...

sila daftarkan diri anda dalam kelab poligami ikhwan ini.
http://poligamiikhwan.org/daftar-ahli.html

Blog Owner said...

To Anonymous,From blog owner.

Pendapat saya, saya setuju kerana ia membawa rahmat dan menyelesaikan banyak masalah manusia seperti pelacur dan andartu juga ibu tunggal dan banyak lagi.

Islam datang menghadkan bilangan poligami kepada had 4 sahaja, kerana pada zaman dahulu melebihi 4.

Blog Owner said...

To Setetes Embun,From Blog Owner.

Terima KAsih kerana memberi link tersebut.
Jazakallah/Jazakillah.

Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.