Labels: Inspiration
Rasulullah s.a.w. memberikan contoh yang baik untuk tidur, lengkap dengan doa-doanya.
Abu Bakar Jabir al-Jaza’iri dalam Minhaj al-Islam telah menghimpunkan adab-adab tidur dalam Islam seperti berikut :
1. Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti bermuzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi s.a.w. membenci untuk tidur sebelum solat Isyak.
2. Berwuduk sebelum tidur. Sabda nabi s.a.w. jika kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat.
3. Mulakan tidur atau berbaring atas rusuk kanan sebagaimana sabda nabi s.a.w. kepada al-Barra’ Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan.
4. Jangan tidur dengan cara meniarap yang menekan perut kerana sabda nabi s.a.w. Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka.
5. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah s.a.w. seperti membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali atau membaca surah al-Fatihah dan awal surah al-Baqarah sampai al-muflihun, ayat Kursi dan akhir surah al-Baqarah daripada lillahi ma fis samawat…. hingga akhir dan sebagainya.
Ringkasnya pengajaran Islam dalam persoalan tidur memberi penekanan bahawa tidur itu sebagai satu nikmat daripada Allah dan Islam juga turut mengaitkannya dengan prinsip-prinsip kesihatan yang bersifat alami.
Demikianlah, ajaran-ajaran Islam sungguh sempurna bagi manusia menurutinya hatta merangkumi tentang persoalan-persoalan harian kita seperti tidur, makan dan yang seumpama dengannya.
SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2004&dt=0721&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=ba_01.htm&arc=hive, 3 Julai 2008
Labels: Kesihatan
Posisi tidur terbaik menurut Rasulullah lalu dibuktikan oleh sains adalah pada sisi kanan tubuh (menghadap kekanan). Fakta ini telah diuji melalui kajian medic (perubatan) modern yang panjang untuk membuktikan kebenaran ajaran Islam yang berkualitas wahyu, sebagaimana Rasulullah Muhammad SAW menganjurkan kepada para pengikut beliau untuk tidur berbaring pada sisi badan bagian kanan. Dalam posisi tidur diusahakan agar kepala menghadap ke Utara dan kaki mengarah ke Selatan, sehingga tubuh tidak menolak arus/medan magnet konstan mengaliri sekujur tubuh dari kutub magnetik Utara menuju ke Selatan dan 'terhubung' lancar ke sistem saraf kita.
sumber: http://www.alislam.org/indonesia/pustaka/articles/tidur_sehat.html
Labels: Kesihatan
Ingin Membeli/Mengedar/Menjual Kain Shawl? Dapatkan dari 013-3145198 (khabir)
Posted by Khabir Shuhaimi at 11:58 PMLabels: Dakwah Islam
|
Labels: Cars
Bermula 1 Oktober 2009, kerajaan akan mengeluarkan passport untuk tempoh 2 tahun pada harga RM100.
The journey of a thousand miles begins with a single step.
- Lao-tzu
Labels: Word of Wisdom