Mode Perubahan Fasa Kehidupan, Pelajar -> Pekerja

Tanggungjawab mencari nafkah sendiri mengikut garis panduan Islam

Tanggungjawab memimpin isteri dan anak-anak mengikut adab-adab Islam

Tangungjawab bermasyarakat mengikut tuntutan Islam

Tanggungjawab bernegara mengikut tuntutan Islam

21st November Tarikh Tamat sementara Pembelajaran Formal Kuliah, sebelum menyambung Master selepas mendapat Scroll Graduation December 2011.

Kisah Pengorbanan Ahli PAS 1 - diceritakan oleh YB Salehudin Ayob

diceritakan oleh yb salehuddin ayob bahawa pada suatu hari ketika beliau dizaman pemuda beliau telah hadir ke suatu kampung untuk menyampaikan ceramah. seorang ahli telah menjemputnya untuk menikmati sedikit jamuan dirumahnya. apabila sampai dirumah si ahli ini, yb salehudin berkata rumah itu kelihatan uzur, lalu beliau ternampak ada tiga keping getah disidai di hadapan rumah dan tiga keping getah lagi disidai di belakang rumah.



yb salehudin pun bertanya kepada ahli tersebut, mengapa ada tiga kepingan getah yang  disidai di depan dan ada yang disidai dibelakang rumah pula? ahli tersebut menjawab, "yang dihadapan ini untuk saya jual untuk makan minum kami sekeluarga isteri dan anak-anak saya, manakala yang dibelakang itu adalah untuk infaq sumbangan kepada perjuangan PAS".
 YB Salehudin Ayob

yb salehudin begitu terharu dengan pengorbanan yang sebegitu rupa oleh ahli. oleh yang demikian beliau berpesan kepada pimpinan dan pemuda yang akan menjadi pimpinan untuk sentiasa menghargai ahli-ahli. ini kerana tanpa ahli, tiadalah pimpinan, tiada pimpinan maka tiadalah jemaah.

Bagaimana saya dapat membantu usaha menuju Kerajaan Persekutuan PR?

1. Sentiasa Berdoa Khas Meminta kepada Allah agar dianugerahkan negara selamat: Mensolehkan diri sendiri dengan menjaga hubungan dengan Allah seperti istiqomah mendirikan solat sunat tahajud, solat sunat rowatib, puasa minimum 3 hari sebulan dan lain-lain yang mengikuti ciri-ciri pemimpian dan  tentera sultan Muhammad al-Fateh..

2. Berusaha: Bekerja menuju daulah islam melalui menambah kerusi pr didalam parlimen sehingga mencapai majoriti 2/3 agar pr dapat membentuk dasar negara.

3. Membantu kawasan-kawasan pas membuka kaunter aduan masalah penduduk di pasar-pasar. Memperkasa skuad bergerak pusat khidmat masyarakat pas-pas kawasan.

4. Bertawakkal kepada Allah: Setelah berusaha, berserah kepada Allah. Solat sunat hajat, bacaan yasin, munajat dikeheningan malam, qiamullail.

Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.