Showing posts with label Qiamullail. Show all posts
Showing posts with label Qiamullail. Show all posts

Qiamu-llail : Fadhilat & Tuntutan (1)


Apabila kamu berazam untuk mengIslamkan dengan tulin seluruh hati budi kamu maka kamu harus mengikut beberapa jalan dan cara orang-orang terdahulu yang telah pun mendapat kurnia dan keredhaan Allah. Salah satu dari cara yang dilakukan Rasulullah dalam membentuk diri dan sahabat beliau pada tahap-tahap awal ialah sembahnyang malam.


Maka kenyataan perenggan diatas secara jelas menidakkan sangkaan ramai Muslim pada hari ini bahawa kita perlu bermula amalan qiamu-llail ini sedikit demi sedikit dahulu kemudian barulah bertambah dari bulan ke bulan tahun ke tahun.


bersambung...

Nasyid JUNDULLAH: Taqorrub ilallaah: antaranya: Rafiqul 'Ala

Rafiqul 'Ala mempunyai lirik yang puitis seorang hamba yang bermunajat kepada Allah. Dibawah ni dikemukakan lirik lagu.

Tuhan terimalah
Ibadahku yang tidak sempurna
Ia serba kekurangan
Banyak cacat celanya

Tapi apakan daya

Ini yang kumampu

Mempersembahkannya kepadaMu

Telah kucuba sepenuh hati

Tapi masih tidak mampu sempurna

Aku harap dengan Rahmat Mu

Terimalah jua ibadahku

Aku tetap tidak jemu

Kuteruskan walau tidak meningkat

Aku tetap istiqomah

Kasihanilah aku wahai Tuhan

HambaMu yang lemah ini

PengampunanMu yang kuharapkan

Siapa lagi yang akan membelaku

Kalau engkau tidak membelanya

Aku kan hamba Mu jua

Aku ciptaanMu jua

Kalau Engkau selamatkan

Engkau tidak akan rugi

KebesaranMu akan tetap sempurna

Ampunilah aku wahai Tuhan

Segala dosa-dosaku

28 Sya'aban 1429H; Apabila Menemui Kesukaran Atau Kesulitan, Bacalah:


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

"Ya Allah, tiadalah yang mudah melainkan yang Engkau jadikanya mudah, dan Engkaulah yang menjadikan kesukarann itu mudah bila sahaja Engkau kehendaki"

Qiamullailnya Imam As-Syaheed Hassan Al-Banna & As-Syaheed Syed Quthb

Imam As-Syaheed Hassan Al-Banna

Imam Syahid menghadiri sebuah mu’tamar di Daqhaliah. Selesai sahaja mu’tamar, Imam Syahid bersama dengan Ustaz Umar Tilmisani bergegas ke sebuah bilik berisi dua tempat tidur. Masing-masing dari keduanya pun berbaring di atas tempat pembaringannya.
Beberapa minit kemudian, Imam Syahid bertanya:
“Wahai Umar, apakah kau sudah tidur?”
Ustaz Umar menjawab:
“Belum.”
Beberapa saat kemudian, Imam Syahid mengulangi pertanyaan dan dijawab dengan jawapan yang sama.
Akhirnya, akh umar berkata dalam hati:
“Jika Ustaz Hassan bertanya lagi kepada saya, akan saya diamkan sahaja.”
Setelah ditanya berkali-kali, disangka bahawa Ustaz Umar telah tidur.
Kemudian, Ustaz al Banna keluar terhendap-hendap perlahan dari kamar tidurnya dengan terinjut-injut kakinya. Perlahan-lahan beliau berjalan ke tempat mengambil wudhu’ tanpa alas kaki risau kemungkinan Ustaz Umar terjaga mendengar derap bunyi selipar. Lantas beliau berwudhu’ dan kembali ke bilik. Di ruang yang paling hujung, beliau lalu membentang kain sejadahnya dan mulai melaksanakan solat tahajjud.

As-Syaheed Syed Quthb

Sepertimana yang dinyatakan oleh Syed Qutb. Apabila ditanya oleh rakan sebilik dalam penjara mengapa beliau masih lagi sanggup untuk bangun solat malam walau telah seharian suntuk dipukul dan disiksa dengan dahsyat oleh regim zalim. Rakannya menasihatkan supaya berehat sahaja kerana hari-hari berikutnya pasti akan ditempuh seksaan-seksaan yang lebih dahsyat. Beliau dengan tenang menjawab:
“Jika aku tidak bangun untuk qiam pada malam hari, sudah pasti aku tidak mampu untuk bertahan seksaan di siang hari.”

Sekian.



Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.