Tulisan dibawah ini adaptasi sepenuhnya daripada: http://syurgadidunia.blogspot.com/
Semoga bermanfaat.
Tidak perlu kajian sains faedah sembahyang bagi yang beriman kerana itu perintah Allah, tetapi sembahyang yang diterima hanyalah yang khusyuk, jadi tidakkah sia-sia sembahyang mereka yang tidak khusyuk? Adakah mereka juga sama dengan golongan yang tidak sembahyang? Sembahyang yang diterima iaitu yang khusyuk atau fokus dapat mencegah manusia dari kemungkaran, tetapi bagaimana kekhusyukan itu mengubah sikap manusia dari kemungkaran? Apakah proses didalam diri manusia itu sendiri dari sudut sains? Saya terjumpa kajian mengenai otak oleh Dr. Daniel Amen, pakar brain scan dr USA. Didalam websitenya ada beberapa photo imbasan otak dari pelbagai individu dengan pelbagai masaalah didalam otak yang mencorak minda mereka.
Perhatikan imbasan otak mereka yang bersyukur dan mereka yang tidak? Mereka yang selalu bersyukur otaknya aktif hampir secara menyeluruh berbanding dengan yang tidak (biru mewakili kawasan yang aktif manakala yang merah adalah kurang aktif). Otak yang aktif keseluruhannya, cara individu itu berfikir sudah semestinya lebih berbeza berbanding otak yang kurang aktif. Kepandaian, nilai moral, daya ingatan, tahap creativiti, prestasi akademik, kepekaan, nilai moral, kecergasan, kestabilan dan kawalan emosi yang baik, kematangan dan sebagainya adalah hasil dari otak yang berfungsi secara keseluruhannya. Jika kita kaitkan dengan sembahyang, bukankah sembahyang itu cara kita mengucapkan kesyukuran kita kepada Allah? Hampir keseluruhan bacaan didalam sembahyang itu lebih kepada puji-pujian kepadaNya. Buktinya juga dapat dilihat dari majoriti individu yang cemerlang didalam peperiksaan adalah mereka yang menjaga sembahyangnya.
Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/
Imbasan Imej Otak bagi Orang yang Bersyukur dan Tidak Bersyukur
Posted by Khabir Shuhaimi at 11:24 PM(Gambar: telah diambil pada 20hb Nov 2008, malam, di perpustakaan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), yang dikenali dengan nama Information Resource Center (IRC), semasa saya dan rakan2 berstudy group untuk kertas terakhir saya, sem Julai 2008).
Bismillah..
Pada bulan November tahun 2008, bermula 10hb hingga 21hb, saya telah melalui tempoh final exam dengan izin Allah.. saya telah mengambil tujuh(7) course buat semester Julai 2008 ini.. bersamaan 21 credit hour.. semoga keputusan yang keluar adalah lulus dengan cemerlang! insyaAllah..
Labels: Academic, Campus, Ibadat, Universities
"Segala Puji Bagi Allah Yang Masih Menghidupkan Aku, Selepas Dimatikan (mati kecil=tidur)."
Labels: Campus, Du'a, Ibadat, Kuliah Subuh, Muslim Affairs, Smart Group, Solat, Universities
Rafiqul '
Tuhan terimalah
Ibadahku yang tidak sempurna
Ia serba kekurangan
Banyak cacat celanya
Tapi apakan daya
Ini yang kumampu
Mempersembahkannya kepadaMu
Telah kucuba sepenuh hati
Tapi masih tidak mampu sempurna
Aku harap dengan Rahmat Mu
Terimalah jua ibadahku
Aku tetap tidak jemu
Kuteruskan walau tidak meningkat
Aku tetap istiqomah
Kasihanilah aku wahai Tuhan
HambaMu yang lemah ini
PengampunanMu yang kuharapkan
Siapa lagi yang akan membelaku
Kalau engkau tidak membelanya
Aku
Aku ciptaanMu jua
Kalau Engkau selamatkan
Engkau tidak akan rugi
KebesaranMu akan tetap sempurna
Ampunilah aku wahai Tuhan
Segala dosa-dosaku
Labels: Akhlak, An-Nasyeedul Islami, Du'a, Ibadat, Motivation, Muslim Affairs, Qiamullail, Solat, Tasauf, Ummah Issues
Muqoddimah - Beberapa hal berkenaan Du’a:
1- ALLAH SWT berfirman; Dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu mengenai AKU, maka (beritahu kepada mereka); Sesungguhnya AKU (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka), AKU perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU. [Al Baqarah ayat 186]
2- Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya ALLAH berfirman;
Sesungguhnya Aku berada di dalam sangkaan hambaKU
(AKU akan bermuamalah dengannya sebagaimana yang dia sangkakan terhadapKU) dan
AKU bersama dengannya ketika dia berdoa kepadaKU.
[Hadis riwayat Muslim]
3- Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda;
Berdoalah kamu kepada ALLAH dengan penuh yakin bahawa doa kamu diterima. Ketahuilah! Bahawasanya ALLAH tidak akan menerima doa seseorang yang hatinya lalai (ketika berdoa). Mengingati yang lain selain ALLAH.
[Hadis riwayat Tirmizi]
4- Dari Ali RA meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda; Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi. [Hadis riwayat Hakim]
5- Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda; Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan, hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam keadaan kesenangan [Hadis Riwayat Tirmizi]
Isi - Du’a Rasul Tercinta Dalam Syahru(Bulan) RAMADHON:
1- Doa Rasulullah saw di Malam Pertama Ramadhan
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya
Segala puji bagi Allah yang telah memuliakan aku denganmu wahai bulan
yang penuh berkah. Ya Allah, karuniakan pada kami kekuatan untuk
melaksanakan puasa dan melakukan qiyamul layl, kuatkan kaki kami, dan
bantulah terhadap kaum yang kafir. Ya Allah, Engkau Maha Esa maka
tiada anak bagi-Mu, Engkau Tempat berlindung maka tiada serupa bagi-
Mu, Engkau Maha Mulia maka tiada sesuatupun yang memuliakan-Mu, Engkau
Maha Kaya dan aku fakir, Engkau Maulaku dan aku adalah hamba-Mu,
Engkau Maha Pengampun dan aku adalah pedosa, Engkau Maha Pengasih dan
aku pelaku kesalahan, Engkau Khaliq dan aku makhluk, Engkau Hidup dan
aku mati. Aku mohon pada-Mu dengan rahmat-Mu agar Kau ampuni daku,
kasihi daku, dan maafkan daku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas
segala sesuatu.
(Mafâtihul Jinân: bab 2, pasal 3)
2- Salah satu doa yang Rasulullah ajarkan adalah, ”Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari hati yang tidak khusyuk, dari doa yang tidak didengar, dari jiwa yang tidak puas, dan dari ilmu yang tidak bermanfaat. Dan, aku berlindung kepada-Mu dari golongan mereka yang empat macam itu.” (HR Tirmidzi dari Ibnu Umar).
3- Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa yang beribadah pada malam lailatul qadar dengan penih keimanan dan harapan, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah ia lakukan." Seperti kita ketahui, bahwa ibadah pada malam ini sama nilainya dengan kita beribadah seribu bulan lamanya. Dan doa yang paling afdhol (paling utama) diucapkan pada malam itu adalah: "Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun dan Pemurah serta sangat suka memaafkan. Maka ampunilah kesalahan-kesalahan kami, ya Allah. (Allaahumma innaka 'afuwwun kariim, tuhibbu al-'afwa fa'fu 'annaa yaa kariim).
Wallaahu-Ta’ala A‘alam.
-End of post-

Membahaskan berkenaan Tafsir Ayat Surah Al-Baqarah.
Antara Isinya:
Ada empat jenis Seruan "YA AYYUHAL":
1-" ... INSAN"=di tuju kepada semua manusia.
2-"YA-AYYUHALLAZI NA-AMANU"=di tuju kepada sebahagian kaum, yakni yang berIman.
Antara Kalimah Arahan "Kewajiban":
1- "KUTIBA"= kewajiban sekali sekala, cth: kewjiban berperang, hanya bila diserang.
ada 99 tempat dalam Al-Quran.(jika tidak salah)
2-"FURIDHO"=kewajiban selalu, cth: Solat farhdu.
ada 10-12 tempat dalam Al-Quran.(jika tidak salah)
Wallaahu'alam.
Labels: Adab, Akhlak, Campus, Ibadat, Kuliah Subuh, Muslim Affairs, Solat
Labels: Adab, Akhlak, Ibadat, Muslim Affairs, Tasauf
28 Sya'aban 1429H; Apabila Menemui Kesukaran Atau Kesulitan, Bacalah:
Posted by Khabir Shuhaimi at 3:03 PMLabels: Adab, Akhlak, Ibadat, Motivation, Muslim Affairs, Qiamullail, Tasauf
Labels: Adab, Akhlak, Ibadat, Muslim Affairs, Tasauf
'IKHTILAT'
Hukum dan Dalil
Permasalahan 'ikhtilat' kalangan lelaki dan perempuan sering menjadi topik hangat dalam perbualan harian kita. Ada yang mengatakan 'ikhtilat' dibolehkan, dan sebahagian yang lain pula mengatakan tidak boleh. Ini kerana tidak ramai di kalangan umat Islam yang betul-betul memahami apa itu 'ikhtilat' dari segi hukum dan syariat, adakah ianya dibenarkan atau tidak.
Tulisan ini akan cuba mengupas serba sedikit tentang permasalahan 'ikhtilat' dari segi takrif, hukum-hakam dan dalil-dalil yang berkaitan 'ikhtilat' serta beberapa jenis 'ikhtilat' yang dibenarkan di dalam Islam.
TAKRIF
'Ikhtilat' berasal dari kalimah arab . Dari segi bahasa, ia bermaksud percampuran unta dan manusia serta binatang ternakan.
Adapun dari segi istilah pula, ia bererti percampuran atau pergaulan wanita bersama lelaki pada suatu tempat yang pada kebiasaannya akan membawa kepada saling berjumpa, melihat, dan berinteraksi sesama mereka.
Melalui takrif tadi, timbul persoalan, adakah 'ikhtilat' ini dibolehkan oleh Islam atau tidak?
Terdapat 2 pendapat kalangan para Ulama di dalam permasalahan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita.
1. Pendapat pertama mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yang dilarang .
2. Manakala pendapat kedua mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yang diharuskan.
1) DALIL-DALIL LARANGAN IKHTILAT
Dalil Pertama
Larangan terhadap wanita yang bermusafir seorang diri dengan tanpa ditemani oleh mahramnya dan larangan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.
Maksud dari sabda nabi:
Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan ia ditemani oleh mahramnya, dan tidak boleh seseorang lelaki berdua-duaan bersama perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.
Maksud dari sabda nabi:
Tidak boleh seseorang lelaki berkhalwat (berdua-duaan) bersama seorang perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.
Dalil Kedua
Wanita tidak diwajibkan keluar menyertai jihad.
Dari Aisyah RA katanya: "Aku telah meminta izin daripada Rasulullah untuk
berjihad, lalu Nabi menjawab: "Jihad kamu (kaum wanita) adalah menunaikan haji".
Dalil Ketiga
Wanita tidak diwajibkan menghadiri solat jamaah di masjid seperti yang telah disepakati oleh para ulama Fekah.
Ulama berselisih pendapat pada hukum penyertaan wanita di dalam solat jemaah di masjid:
1. Sebahagian ulama berpendapat bahawa makruh ke atas wanita-wanita muda untuk hadir solat berjemaah di masjid.
2. Sebahagian lagi mengatakan ianya adalah harus ke atas wanita-wanita yang sudah berumur (tua).
Namun, pendapat yang paling kuat adalah kaum wanita diharuskan menunaikan solat berjemaah di masjid dengan keizinan dari suami atau walinya dengan syarat:
· Tidak boleh memakai bau-bauan wangi.
· Tidak berlaku percampuran (ikhtilat) antara wanita dan lelaki ketika menuju ke masjid.
Bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' ketika menunaikan solat, kaum wanita diwajibkan bersembahyang di belakang kaum lelaki.
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya:
Janganlah kamu menghalang wanita kamu untuk hadir ke masjid, namun
rumah-rumah mereka lebih baik untuk mereka.
Dalil Keempat
Beberapa hukum-hakam yang dikhususkan untuk kaum wanita
Islam telah mengkhususkan beberapa hukum-hakam untuk kaum wanita ketika menunaikan ibadat haji bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita. Di antaranya, mereka tidak digalakkan menghampiri Ka'abah sewaktu kaum lelaki sedang melakukan tawaf supaya tidak berlakunya 'ikhtilat'. Selain itu, kaum wanita juga diberi rukhsah (keringanan) untuk melontar jamrah pada Hari Nahar (hari penyembelihan) sebelum terbit fajar bagi mengelakkan kesibukan dan 'ikhtilat' bersama lelaki.
Dalil Kelima
Larangan wanita berjalan bersama kaum lelaki di satu jalan yang boleh menyebabkan percampuran (ikhtilat).
Di sana terdapat hadis Rasulullah SAW yang menerangkan bahawa baginda telah melihat percampuran di antara lelaki dan wanita di jalanan, lantas baginda SAW menyuruh para wanita supaya berjalan di tepi jalan bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' di antara mereka.
Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan tentang larangan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita, lebih-lebih lagi 'ikhtilat' yang boleh menimbulkan fitnah.
2) 'IKHTILAT' YANG DIBOLEHKAN
Di sana terdapat beberapa jenis 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita yang dibenarkan oleh Islam, terutamanya yang jika ianya berkaitan dengan tuntutan Syara`, keperluan atau yang seumpama dengannya.
'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah
'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah yang dibenarkan oleh Syara` seperti urusan jual beli, urusan penghakiman, atau keadaan-keadaan yang memerlukan seseorang wanita itu menjadi saksi dalam sesuatu permasalahan seperti masalah berkaitan harta atau perkara yang berkaitan dengan urusan wanita walaupun pada kebiasaannya urusan-urusan tersebut akan membawa kepada 'ikhtilat'.
Firman Allah maksudnya:
Persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu. Jika tiada dua orang lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi- saksi yang kamu redhai.
'Ikhtilat' yang berlaku sewaktu menjadi saksi
Seseorang wanita boleh menjadi saksi di dalam kes-kes tertentu yang walaupun berlakunya percampuran sewaktu proses penyaksian sedang berjalan. Dan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa harus bagi kaum wanita menjadi saksi dalam sesuatu kes.
'Ikhtilat' bertujuan melayani tetamu.
Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.
'Ikhtilat' sewaktu peperangan jihad fisabilillah
Para wanita di zaman Rasulullah SAW dan zaman para sahabat turut serta bersama- sama kaum lelaki pergi berjihad di medan peperangan. Mereka membantu para pejuang seperti memberi minum, merawat kecederaan serta meniupkan semangat jihad kepada para lelaki untuk terus berjuang. Begitu juga diharuskan juga 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita dalam satu perhimpunan mendengar tazkirah serta peringatan yang berkaitan dengan agama.
'Ikhtilat' di dalam kenderaan awam
Adapun wanita terdedah kepada 'ikhtilat' sewaktu menaiki kenderaan awam untuk menyelesaikan sesuatu urusan seperti menziarahi ibu-bapa, sahabat- handai, pesakit, atau membeli keperluan harian, maka 'ikhtilat' seperti ini adalah dibenarkan di dalam syarak.
Perlu diingatkan bahawa bentuk-bentuk keizinan 'ikhtilat' yang telah disebutkan tadi tidak bermakna wanita boleh bebas bercampur gaul dengan kaum lelaki. Ini kerana hukum asal ikhtilat itu sendiri sudah jelas. Oleh para wanita wajib menjaga segala adab-adab dan hukum syara` yang berkaitan dengannya. Para wanita juga perlu ditemani suami atau mahramnya ketika menjalankan urusannya.
Hukum-hukum di atas juga merangkumi hubungan dan pergaulan seseorang wanita dengan kaum kerabat yang bukan mahram seperti sepupu, ipar duai dan seumpamanya. Ramai wanita memandang enteng perkara ini. Contohnya membuka aurat di hadapan sepupu serta tidak menjaga adab-adab wanita Islam dengan berhujah bahawa mereka adalah kaum kerabat dan hubungan kekeluargaan yang amat rapat.
KONKLUSI
Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.
Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.
Wallahua'lam.
sumber: http://thabatboyzs.multiply.com/journal/item/8
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
BINALAH GOL. Binalah matlamat YANG JELAS dalam hidup. Dalam bahasa mudah, pastikan dalam hidup ini anda tahu hendak ke mana. Jangan lupa, Nabi Muhammad diutus dengan matlamat yang jelas. Dalam surah An-Nahl ayat 36 Allah berfirman, “Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul bagi setiap umat (untuk menyeru), ‘Sembahlah Allah dan jauhilah kesesatan (taghut)’.” Jangan lupa, nabi telah menyatakan kepada sahabat baginda awal-awal lagi bahawa “pada suatu hari nanti kamu akan menguasai istana maharaja Parsi.” Semua ini adalah GOL. Kemuncaknya ialah kita mahukan keredaaan Allah.
.
USAHA, USAHA DAN USAHA. Jika tidak dipecahkan ruyung bagaimana kan dapat sagunya. Dalam berusaha pasti ada cabaran. Lihatlah kepada GOL selalu agar rangsangan sentiasa diperolehi. Dalam berusaha hendaklah ditentukan jadual dan hendaklah ditingkatkan disiplin. Berkawanlah dengan mereka yang pentingkan USAHA, USAHA DAN USAHA agar dapat saling bantu-membantu.
.
IBADAH DAN DOA. Siapalah kita tanpa bantuan Allah. Justeru ibadah dan doa tidak boleh diperkecilkan sedikit pun. Jagalah solat dan bacalah Quran SETIAP HARI dan fahamilah maksudnya. Saya yakin dengan ini, insya Allah, hidup anda akan berubah dan terus berubah dan terus berubah ke arah kejayaan.
.
Semoga berjaya.
Labels: Academic, Adab, Campus, Ibadat, Motivation, Muslim Affairs, Tasauf, Universities
Bersempena dengan bermulanya semester baru, ingin penulis memuhasabah diri dan mahasiswa/siswi sekalian akan kewajiban kita, beradab dalam berguru.
Untuk mendapat keberkatan ilmu, kita harus tahu adab-adab berilmu kerana disepakati para alim ulama bahawa mengetahui adab-adabnya berilmu lebih penting dari ilmu itu sendiri.
Adab-adab Berilmu / Berguru :
1. Menunjukkan tanda penghormatan pada guru dengan pertuturan , percakapan dan bahasa.
2. Bermuka manis dengan guru. Sabda Nabi Muhammad SAW : “Senyuman itu satu sedekah”
3. Berikan perhatian penuh pada guru dalam mempelajari ilmu yang diajarkan.
4. Datang awal, sambil menunggu guru.
5. Beri salam dan bersalaman (jika boleh).
6. Tanya guru dengan adab dan bukan niat menyindir.
7. Menjaga adab-adab dalam agama seperti ihtirom (hormat), khusyuk (konsentrasi), sabar dan lain-lain. Jika yang mengajar dan belajar berlawanan jenis, maka harus menjaga adab komunikasi dan sebagainya.
8. Ikhlas, iaitu seorang murid atau peserta harus mengikhlaskan niatnya dalam belajar hanya kerana Allah sahaja. Bukan untuk mencari populariti, dunia dan motivasi-motivasi yang lain yang cenderung kepada sikap ingin menunjuk-nunjuk dan sebagainya.
9. Sebarang kemusykilan atau inginkan sebarang pertolongan, tanyalah di kala dan waktu yang sepatutnya dan bukannya di waktu-waktu yang memungkinkan ketidaksesuaian masa kerana sebagai seorang guru akan tetap sedaya upaya ingin membantu , memberi dan mengajar tak kira masa. Maka haruslah lebih peka dan bertimbangrasa.
Begitulah seadanya dan mungkin saudara saudari di luar ada tambahannya. Pokok pangkal, patuhilah adab-adab dan tatacara berilmu dan hormatilah guru anda sebaiknya demi memperolehi keberkatan dariNya
Pesan ku untuk mu.
Labels: Academic, Adab, Akhlak, Campus, Ibadat, Muslim Affairs, Tasauf, Universities
Qiamullailnya Imam As-Syaheed Hassan Al-Banna & As-Syaheed Syed Quthb
Posted by Khabir Shuhaimi at 1:22 AMImam As-Syaheed Hassan Al-Banna
Imam Syahid menghadiri sebuah mu’tamar di Daqhaliah. Selesai sahaja mu’tamar, Imam Syahid bersama dengan Ustaz Umar Tilmisani bergegas ke sebuah bilik berisi dua tempat tidur. Masing-masing dari keduanya pun berbaring di atas tempat pembaringannya.
Beberapa minit kemudian, Imam Syahid bertanya:
“Wahai Umar, apakah kau sudah tidur?”
Ustaz Umar menjawab:
“Belum.”
Beberapa saat kemudian, Imam Syahid mengulangi pertanyaan dan dijawab dengan jawapan yang sama.
Akhirnya, akh umar berkata dalam hati:
“Jika Ustaz Hassan bertanya lagi kepada saya, akan saya diamkan sahaja.”
Setelah ditanya berkali-kali, disangka bahawa Ustaz Umar telah tidur.
Kemudian, Ustaz al Banna keluar terhendap-hendap perlahan dari kamar tidurnya dengan terinjut-injut kakinya. Perlahan-lahan beliau berjalan ke tempat mengambil wudhu’ tanpa alas kaki risau kemungkinan Ustaz Umar terjaga mendengar derap bunyi selipar. Lantas beliau berwudhu’ dan kembali ke bilik. Di ruang yang paling hujung, beliau lalu membentang kain sejadahnya dan mulai melaksanakan solat tahajjud.
As-Syaheed Syed Quthb
Sepertimana yang dinyatakan oleh Syed Qutb. Apabila ditanya oleh rakan sebilik dalam penjara mengapa beliau masih lagi sanggup untuk bangun solat malam walau telah seharian suntuk dipukul dan disiksa dengan dahsyat oleh regim zalim. Rakannya menasihatkan supaya berehat sahaja kerana hari-hari berikutnya pasti akan ditempuh seksaan-seksaan yang lebih dahsyat. Beliau dengan tenang menjawab:
“Jika aku tidak bangun untuk qiam pada malam hari, sudah pasti aku tidak mampu untuk bertahan seksaan di siang hari.”
Sekian.
Labels: Ibadat, Muslim Affairs, Qiamullail, Solat, Tasauf





