Labels: Baitul-Muslim
Alangkah baik kamu mencari sebab untuk bernikah-Imam al-Ghazali
Posted by Khabir Shuhaimi at 4:04 AMImam al-Ghazali berkata: “Alangkah baiknya kamu mencari sebab untuk berkahwin, menjaga adab-adab perkahwinan dan jelas dengan tujuan perkahwinan”
Surah an-Nur: (24: 32): “Dan kahwinkanlah orang yang sendirian(bujang) antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
Mafhum Hadith: “Setelah anak perempuan berusia 16 tahun maka nikahkanlah ia dan ketika itu seorang bapak memegang tangannya sambil berkata : “Anakku, engkau telah kudidik, kuajar, dan ku nikahkan, semoga aku dilindungi oleh Allah dari bencana dunia dan akhirat.”
Rasulullah SAW bersabda: “Wahai para pemuda, sesiapa yang sudah bersedia berkahwin, hendaklah dia segera berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu boleh menghalang pandangan (kepada yang dilarang oleh agama) dan memlihara kehormatan. Dan barangsiapa yang tidak sanggup, hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu adalah perisai baginya”. (H.R Bukhari & Muslim).
Nasihat Rasulullah SAW kepada ummatnya khususnya ibu bapa selaku wali, “Sekiranya datang kepadamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Jika tidak, akan muncul bahaya dan kerosakan” (H.R. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Perkahwinan adalah amanah Allah SWT. Untuk menyempurnakan amanah Allah itu ia memerlukan lima rukun iaitu:
- Calon suami
- Calon isteri
- Wali
- Dua orang saksi
- Sighah ijab qabul
Jika kekurangan salah satu rukun itu maka perkahwinan itu tidak sah.
Menurut Seksyen 8, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 menyatakan:
“Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas(18) tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam bela(16)s tahun kecuali jika Hakim Syariah telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu”.
Para Fuqaha sependapat bahawa wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya, tidak boleh menyakitinya atau melarangnya berkahwin walhal pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak.
Diriwayatkan dari Ma’qil bin Yasar, ia berkata: “Saya mempunyai saudara perempuan . Ia dipinang ole seorang pemuda yang mempunyai pertalian darah dengan saya. Saya kahwinkan perempuan itu dengan pemuda tersebut, kemudian diceraikan dengan talak yang boleh dirujuk. Perempuan itu ditinggalkan sampai habis eddahnya. Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu datang lagi untuk meminang, maka saya jawab:”Demi Allah, saya tidak akan mengahwinkan engkau dengan dia selama-lamanya”. Peristiwa ini disampaikan kepda Nabi saw. Berhubung dengan peristiwa ini, Allah swt menurunkan ayat Al-Quran :
“Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis masa eddahnya, maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin dengan bakal suaminya”.
(Al-Baqarah : 232)
Kemudian Ma’qil berkata: “Kemudian saya membayar kifarah sumpah dan perempuan itu saya kahwinkan dengan lelaki berkenaan”.
(Riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud)
Dalam sebuah hadith yang lain dinyatakan:
“Ada tiga perkara yang tidak boleh ditanggungkan iaitu: solat bila telah datang waktunya, jenazah bila telah terlantar dan wanita janda yang telah bertemu jodohnya”.
(Riwayat At-Tirmizi dan Hakim)
5 PERKARA YANG PERLU DISEGERAKAN DALAM ISLAM SEKIRANYA BERLAKU
1- Menyediakan makanan pada tetamu yang datang dengan segera.
2- Penyempurnaan jenazah setelah meninggal dunia.
3- Perkahwinan perlu disegerakan sekiranya seseorang itu perempuan yang cukup umur..
4- Pelangsaian hutang..
5- Bertaubat setelah melakukan dosa..
Oleh yang demikian, perbuatan wali menghalang atau enggan menikahkan wanita tanpa ada alasan syarak adalah dilarang dan dianggap satu tindakan yang zalim kepada wanita itu.
Menurut Jumhur Fuqaha (Syafi’e, Maliki dan Hambali) apabila wali aqrab enggan menikahkan pengantin perempuan, maka wali hakimlah yang menikahkannya. Rasulullah saw bersabda:
“Kalau wali-wali itu enggan maka Sultan atau hakim menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali”.
(Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
Dalam kes Azizah bte Mat lawan Mat bin Salleh (1976, Jld. II, I JH) mengenai wali enggan di Mahkamah Kadhi Perlis, Yang Arif Kadhi Mahmood bin Lebai Man (pada masa itu) memutuskan, perempuan itu berhak mendapat wali Raja atau hakim untuk berkahwin dengan Mansor bin Isa dengan mas kahwin dan belanja yang tidak ditetapkan.
Fakta kes itu adalah seperti berikut: Seorang perempuan telah menuntut di Mahkamah Kadhi supaya ia dikahwinkan dengan Mansor bin Isa secara wali hakim kerana bapanya enggan mewalikannya dalam perkahwinan itu dengan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan hantaran RM202.00 tunai.
Pihak bakal suami telah mencuba beberapa kali untuk meminang perempuan tetapi dihalang oleh bapa dengan alasan “Tunggulah dulu sehingga anak perempuannya mendapat pekerjaan”. Bakal suami itu bekerja sebagai Pembantu Audit.
Kadhi ketika memutuskan kes itu menyatakan :
“Berdasarkan kepada hukum syarak, apabila seseorang wali itu tidak mahu mewalikan nikah anaknya kerana enggan atau berselisihfaham, maka bolehlah dinikahkan perempuan itu dengan wali hakim atau wali Raja dengan alasan:
Pertama: Daripada Aisyah r.a. Nabi saw bersabda:
“Jika mereka berselisih , maka Sultan atau Rajalah wali bagi orang yang tidak ada wali”.
(Riwayat Abu Daud, Ahmad dan At-Tirmizi)
Kedua: Rasulullah saw bersabda:
“Kalau datang kepadamu lelaki beragama dan berakhlak baik, maka nikahkanlah ia. Jika kamu tidak melakukannya nescaya akan terjadi fitnah dan kerosakan yang besar”.
(Riwayat At-Tirmizi)
Ini bermakna wali yang enggan menikahkan seseorang perempuan tanpa alasan munasabah mengikut syarak, maka hak wali itu berpindah kepada wali hakim.
“ Barangsiapa yang dikurniai seorang isteri(atau suami) yang solehah,bererti dia telah menyempurnakan setengah dari ad-Dinnya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah setengah lainnya”.(Hadith riwayat ath-Thabrani,al-hakim dan al-Baihaqi dari Anas bin Malik)
Kalau seandainya kita mengungkap kembali sirah, kemiskinan tidak sedikit pun membuat Ali bin Abi Talib takut untuk menikahi puteri Rasulullah, Fatimah, sehinggakan baju besi Ali sendiri dijadikan mas kahwin kerana beliau tidak punya apa-apa selain itu. Melihatkan daripada kisah sahabat tersebut, tentunya dalam kondisi kita sekarang ini semakin panasaran mengapa sahabat yang semiskin itu tetap bersemangat untuk menikah, kita bagaimana? Yang perlu kita fahami adalah mereka adalah pemuda-pemuda Islam yang mampu bekerja untuk memenuhi kewajipan keluarga dan tidak perlu mengumpulkan ekonomi yang mapan baru berani untuk menyunting bunga. Mereka mempunyai azam dan matlamat yang jelas dalam pernikahan, iaitu bagi menyempurnakan sebahagian agamanya dan kemudian itu lahirlah generasi-generasi mujahid yang tegar untuk membela Islam. Mereka mendambakan sebuah keluarga Islami yang mampu melahirkan geneasi mujahid untuk akan datang.
--
Rujukan:
1- Laman web rasmi JAKIM: BIDANG KUASA WALI DALAM PERNIKAHAN : http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=97
2- Buku: Bunga Kebahagiaan : TG Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat & Hasmariza Md Hashim: 2008
3- Halaqah online.com: Kuliah kerja dan nikah..mungkinkah???:
Labels: Baitul-Muslim
Aku Ingin Menyampaikan Dakwah Ini Hingga Kepada Janin Di Perut Ibunya
Posted by Khabir Shuhaimi at 11:26 PMTajuk Subjek posting diatas adalah daripada kata-kata As-Syaheed Imam Hassan Al-Banna.
Saya perolehi daripada Sebuah buku yang berjudul "CINTA DI RUMAH HASSAN AL-BANNA".
Labels: Baitul-Muslim
| Fahri Abdullah al-Masri Mon | Feb 02, 09 | 11:58:07 pm MYT | |||||||
| Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."
Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain. Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama? Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka. Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama. Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki. Berharta Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula. Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu. Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu? Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu? Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga. Keturunannya Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunan yang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina. Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itu telah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi? Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubat itu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadi daripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahi mereka. Kecantikannya Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan. Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu. Agama Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah jenayah. Mereka yang terjebak dalam disa-dosa kecil tidaklah boleh dianggap sebagai orang yang tidak beragama. Ini kerana, tiada manusia yang terbebas daripada silap dan salah. Memadailah kita sebutkan di sini bahawa orang yang beragama itu adalah mereka yang berdosa dan sentiasa memperbaharui taubatnya. 11:56 p.m, 2 Januari Jika ada beberapa syor hadis lain yang mungkin boleh dimuatkan dalam 40 Hadis Kepada Pemuda, boleh kemukakan kepada ibnuamir@yahoo.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya _ sumber: harakahdaily.net | |||||||
Labels: Baitul-Muslim


