Maklumat Himpunan Dunia Media Baru seperti berikut:

Tarikh: 15 January 2011 bersamaan 10 Safar 1432 [hari sabtu]

Masa:  09.00 am - 02.00 petang

Tempat: Hotel Green Park Temerloh Pahang Darul Makmur



1. Media Baru kini sedang membina empayarnya tersendiri malah berkeupayaan tinggi menandingi media cetak dan media elektronik yang lain. Inilah revolusi media di era langit terbuka. Persaingan informasi menjadi kian sengit serta pantas, terbuka, kreatif dan kritis menjadi sebahagian dari elemen penting dalam revolusi media ini.

2. Fenomena ini kian meluas dan sedang menakluki dunia dengan informasi tanpa sempadan. Berkemampuan pula membentuk minda masyarakat dan membina menara persepsi berketinggian melepasi awan. Terdedah kepada situasi yang positif dan juga negatif bergantung kepada bagaimana pengamalnya melestarikan revolusi ini.

3. Dewan Pemuda PAS Malaysia menyedari malah benar - benar memahami kepentingan dan keupayaan kuasa media baru menakluki dunia maklumat. Justeru itu, sebagai sayap penting kepada sebuah gerakan Islam [ PAS ] di Malaysia ini, Dewan Pemuda PAS  merasakan media baru yang kini sedang membina empayarnya mestilah dipimpin dan dibimbing agar lahir sebuah  dunia yang benar-benar boleh mendatangkan manafaat kepada ummah dan membina tamadun yang harmonis dan informatif.

4. Langit terbuka ini bila-bila masa sahaja boleh diceroboh dan dihuni oleh petualang media yang berperanan melampiaskan fitnah jahat untuk mengkucar kacirkan dunia, mencetus permusuhan, merosakkan kejernihan maklumat, mengeksploitasi realiti dan  mencemari persepsi.

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia kini mengambil langkah menganjurkan Himpunan Dunia Media Baru di atas tujuan berikut [objektif]:

a] Mengeratkan hubungan DPP dengan semua pengamal media baru [blogger, facebooker, websiter, dan twitter]



b] Menjernihkan kekeliruan dan memurnikan persepsi terhadap DPP [melalui dialog]



c] Memberi sokongan padu kepada pengamal dunia baru untuk berperanan membentuk minda ummah.



d] Membina  jejantas yang kukuh dan erat antara DPP dengan pengamal media baru.



e] Menyediakan kertas panduan kepada pengamal media untuk peranan mereka membantu DPP.



f] Membentuk task force media baru DPP.



6. Maklumat Himpunan Dunia Media Baru seperti berikut:

15 January 2011 bersamaan 10 Safar 1432 [hari sabtu]

09.00 am - 02.00 petang

Hotel Green Park Temerloh Pahang Darul Makmur




7. Tentatif :

08.00 am  -  09.00 am : Pendaftaran [Yuran RM 10.00 shj]

09.05 am  -  09.55 am : Perasmian oleh Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (naib Presiden PAS)

10.00 am  - 10.20 am : Rehat dan minum pagi 

10.25 am  - 11.05 am :
 Kertas 1: Media Baru dan Isu Semasa
oleh: cucu Mat Kilau

11.10 am  - 12.00 pm : Kertas 2: Peranan Media Baru dalam Gerakkan Islam
oleh: Ustaz Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz (Pengerusi Akademik Tarbiyah Pemuda)

12.05 pm  - 01.00 pm :
 Dialog (Pengamal Media Baru dengan EXCO DPP Malaysia)

01.00 pm  - 01.30 pm :
 Penutup oleh: Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi (Ketua DPP Malaysia)

01.30 pm  - 01.55 pm :
 Pelancaran Task Force Media Baru DPP Malaysia dan solat Dzuhur berjamaah

02.00 pm                    : Bersurai


sumber: http://episodeperjuangan.blogspot.com   

0 comments:

Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.