ilham: cita-citaku, target-targetku untuk islam (pas)

1. Mengaudiokan buku2 fikrah-hasilkan cd

2. Membuat program berterusan roadshow penerangan 1. hukum hudud, 2. hukum jinayat,
consult dgn pum dll. dibawa sekali penolong pendaftar pemilih untuk meningkatkan jumlah pengundi pro-pr.

3. Menerjemah tv series 'arab/kartun arab tentang islam ke bahasa melayu (sepeti kartun kisah ghulam, kartun sultan muhammad al-faateh, drama hasan al-banna, dll)

4. Menerjemah buku2 fikrah yang utama ke bahasa melayu

5. Berkerja menuju menghasilkan filem wajah daulah islam yang sebenarnya jika tertubuh pada abad ke-21

6. Mempopularkan saranan perjalanan pendidiakan seorang anak muslim. iaitu menghafaz al-qur'an sejak umur 12 tahun kebawah. menerangkan bahawa tahfiz bukan tempat mencampakkan anak2 yang bermasalah, tetapi sebenarnya ia merupakan jalan ulama' besar terdahulu bahkan kini seperti imam syafi'e dll. menghasilkan buku mini tentang projek ini.

7. Membantu lajnah dakwah pas2 kawasan menganjurkan program InFUD

8. Membuat pilot projek kursus/daurah/ta'lim tersusun untuk ahli2 pas berdaftar. ia perlu. menyediakan bahan asas  modul2 untuk kurus2 ini. dan mengadakan upacara ikrar/bai'ah pada akhir kursus pertama atau lain2 mencontohi sirah bai'atul aqobah dan bai'atur-ridhwaan.

9. Membuka rumah2 kebajikan anak yatim-orang tua-orang kurang upaya-remaja terlanjur dengan kerjasama lanjah kebajikan pas pusat, negeri dan kawasan.

10. Mengadakan program pendidikan ekonomi kepada masyarakat, anjuran lanjah ekonomi pas negeri/kawasan/cawangan.

11. Menulis buku tentang kepelbagaian latarbelakang ahli-ahli pas dan sumbangan mereka. masukkan juga bahagian, kisah-kisah benar pengorbanan ahli-ahli peringkat cawangan/kawasan/negeri/pusat untuk islam melalui pas (dapatkan kisah2 ini melalui interview bersama senior2 pas). pas kini dilihat sebagai gerakan islam yang terkehadapan dalam cara gerakanya dalam menyesuaikan diri dengan keadaan/waqi' semasa, sehinggakan presiden hamas, khaled mishaal berkata hamas akan belajar daripada pas berkenaan penubuhan dan kewujudan dewan himpunan penyokong pas.

12. Membuat e-kedai menjual produk islami dan pas. bekerja sama dengan lajnah ekonomi pas.

0 comments:

Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.