Tokoh: Makam Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Burhanuddin al-Helmy bin Hj.Mohammad Nor dilahirkan 
pada 29 November 1911 di kampung Changkat Tualang, 
mukim Kota Bharu, Taiping, Perak. 

Sepanjang hayatnya, Dr Burhanuddin tidak pernah berhenti 
memikirkan langkah untuk meletakkan Islam ke tahap tertinggi.

Sifat-sifat keperibadian yang dimiliki oleh Dr Burhanuddin itu telah menonjolkan beliau sebagai seorang yang istimewa kesabaran dan ketekunannya dalam memperjuangkan cita-cita politiknya iaitu kemerdekaan tanah air, kebangsaan Melayu dan Islam.

Dr Burhanuddin menggunakan Al Hulaimi di hujung namanya dan kemudian dipopularkan umum menjadi Al Helmi, yang bermakna “orang yang tidak marah”. Pilihan kata asal Al Hulaimi itu benar-benar melambangkan keperibadian Dr Burhanuddin yang lemah-lembut, santun, tenang, sabar dan pendiam. Istilah Al Hulaimi menurut hukum tatabahasa Arab mempunyai makna yang sama dengan Al Helmi tetapi dalam bentuk yang merendah atau lebih kecil (Saliha Hj. Hassan 1997:20).

Dr Burhanuddin seorang ahli sufi walaupun beliau tidak pernah mengatakan bahawa beliau seorang ahli sufi. Hal ini dinyatakan oleh seorang rakan seperjuangan beliau dengan menyebut:

Sepanjang hayat saya, saya belum pernah lagi berjumpa sengan orang-orang yang berkebolehan seperti Dr Burhanuddin. Ramai yang sufi tetapi tidak pula alim bahasa, ramai pula orang alim bahasa tetapi bukan pula ahli politik, ramai orang ahli politik tetapi bukannya orang sufi, ada juga agaknya orang yang ahli bahasa merangkap ahli politik tetapi bukannya seorang doctor perubatan, dan doctor jiwa atau, mungkin ada memiliki segala-galanya yang dimiliki oleh Dr Burhanuddin umpamanya tetapi tidak serendah hati beliau terhadap semua manusia (Majid Saleh, 1991:5-6)

Dr Burhanuddin mengisi masa lapangnya dengan membaca, menulis dan mendengar radio sehingga jauh-jauh malam atau dengan beribadat. Dari segi amalan peribadinya, beliau bersungguh-sungguh mengerjakan kewajipan sebagai seorang Islam, banyak berzikir dan kerap mengalirkan air mata apabila beliau menginsafi kekerdilan manusia dalam hubungan dengan Penciptanya. Beliau gemar mengamalkan sembahyang tahajud di waktu dinihari dan pengikut setia Tariqat Nayabandiah (Saliha 1997:22).

Kepimpinannya menggerakkan 
KMM (1945), 
Presiden KRIS (1945), 
Presiden PKMM (1946), 
Pengerusi PUTERA (1947), 
Penasihat PKMM (1947) dan 
Presiden PAS (1956) tetap unggul dan karismatik.

Pada penghujung tahun 1947, Dr Burhanuddin mengetuai perwakilan Malaya ke Inter-Asian Relations Conference di New Delhi (Kamarudin 1980: 7). Persidangan ini membuka peluang baginya berkenalan dan berbincang tentang gerakan-gerakan menentang penjajahan bersama-sama pemimpin kemerdekaan negara-negara Asia.


Dalam perdampingan saya dengan Dr Burhanuddin, saya dapati bahawa beliau seorang yang rajin, amat berjiwa rakyat, tulus dan ikhlas. Ilmu agama yang dipelajarinya di Sumatera dan India telah digunakan sepenuhnya untuk perjuangan rakyat  (Insun Sony Mustapha 1999:493)

Kamarudin Jaafar merumuskan 
Dr Burhanuddin mempunyai tiga ciri utama iaitu:
 (i) Merdeka, 
(ii) Kebangsaan Melayu dan
 (iii) Islam 
(Kamarudin 1980: 9).

W. Mohd Azam Mohd Amin yang merumuskan
 idealisme politik Dr Burhanuddin menjurus 
kepada tiga dasar yang utama: 
(i) Semangat keIslaman, 
(ii) Semangat kebangsaan yang luas dan 
(iii) Penentangan terhadap penjajah 
(W. Mohd Azam 1997: 75).]


Dr Burhanuddin dikatakan mengkritik UMNO dan Parti Negara (pemimpin Dato’ Onn Jaafar) dan menyatakan keraguan terhadap pilihan raya pertama tersebut (Means 1976: 154-5) tetapi Means tidak pula menyatakan sebabnya.

Pada Januari 1965, Dr Burhanuddin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa terbabit menyokong Indonesia dalam konfrontasi Malaysia-Indonesia. Dr Burhanuddin jatuh sakit semasa di dalam tahanan dan penyakitnya tidak baik setelah dibebaskan pada bulan Mac 1966.

Pada 25 Oktober 1969 Dr Burhanuddin meninggal dunia kerana keuzuran 
ketika masih lagi menjadi Yang Dipertua Agung PAS.

Dato' Seri Nizar ziarah Makam Almarhum Dr Burhanuddin Alhelmi




YB Nizar memimpin tahlil 
untuk Almarhum Dr Burhanuddin Al Helmi.

Taiping- 31 Januari.2010
YB Nizar telah melawat 
makam Almarhum Dr Burhanuddin yang 
meninggal dunia pada 14 Oktober 1969.

"Dr Burhanuddin meninggal dunia 
selepas peristiwa 13 Mei 1969 Mei" 
Menurut sejarah Dr Burhanuddin merupakan salah seorang 
yang telah disiksa semasa di tahan di bawah ISA.

al fatihah untuk Almarhum Dr Burhanudin AlHelmi.




Bergambar di Makam Dr Burhanuddin al-Helmy 
di Masjid Melayu, Bandar Taiping, Perak, Malaysia, Asia Tenggara, Asia.

credit to:

Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.