Seminar Fiqh Al-Awlawiyyat – Dalam menangani isu semasa Ummat Islam


Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dengan kerjasama Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Perak (PUM Perak) akan mengajurkan satu majlis seminar yang akan mengupas tentang bagaimana menangani isu-isu semasa ummat Islam yang berlandaskan Fiqh Al-Awlawiyyat .



Empat Kertas Kerja akan turut dibentangkan oleh beberapa
pakar tempatan yang tidak asing lagi iaitu :




  • Kertas Kerja 1 :Fiqh Al Awlawiyyat, Konsep serta Aplikasi Masakini



  • Oleh YBhg. Dr Fahmi bin Abd Kair
    (Kolej Komuniti Gerik)



  • Kertas Kerja 2 :Ekonomi Umat Islam : Keutamaan Terlampau dan Kejahilan Aplikasi Syariat.



  • Oleh YBhg.Dr Wan Abd Rahman bin Wan Abd Latif
    (Bekas Pensyarah Sain Politik UKM)



  • Kertas Kerja 3 :Perlaksanaan Syari’ah ; Dimanakah Keutamaannya?



  • Oleh YBhg. Prof Dr Abdul Aziz Bari
    ( Profesor Fakulti Undang-Undang UIA)


  • Kertas Kerja 4 :Keutamaan Wanita ; Antara persepsi dan realiti Syari’at




  • Oleh : YBhg. Dr Hajjah Harlina Haliza Siraj
    (Pakar Perunding Q&A Pusat Perubatan UKM, Naib Presiden JIM Pusat.
    Seminar tersebut dibuka kepada orang ramai dan akan diadakan seperti maklumat berikut :

    Tarikh
    10 April 2010 / 25 Rabiul Akhir 1431H

    TempatAuditorium Intim
    Masjid Sultan Azlan Shah
    Ipoh, Perak Darul Ridzuan

    Yuran Penyertaan
    RM10.00 termasuk beg seminar,
    kertas-kertas kerja dan makan tengah hari

    Sila Hubungi
    Tn Hj Jamaluddin – 019-5552185
    En. Mohamed Zulfadhli – 019-3309836



  • 0 comments:

    Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

    “Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

    Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

    Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.