Menghadiri Maulid Kubro di Yayasan Al-Jenderami, Selangor




Bismillaahirrohmaanirroheem.
Alhamdulillaahirobbil-'alameen.  
Selawat dan Salam keatas Rasulullah s.a.w.m keluarganya, sahabatnya dan semua yang mengikut jalanya hingga hari akhir.

Assalaamu'alaikum warohmatullahi-wabarokaatuh kepada semua sahabat-sahabat pembaca budiman sekalian.

Saya amat bersyukur dan genbira sekali kerana pada Sabtu 6 Mac lepas telah saya diizinkan oleh Allah. s.w.t untuk dapat hadir ke Majlis Maulid Kubro yang telah dengan penuh meriah di Yayasan Al-Jenderami.

Banner program:


Tema

"Tradisi Salafussoleh Benteng Ahli Sunnah Wal Jamaah"



Tarikh

18hb - 20hb Rabi'ul Awal 1431

Khamis, Jumaat dan Sabtu

bersamaan

4hb - 6hb Mac 2010

Tempat

Kompleks Yayasan Al-Jenderami, Kg Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor DE




Sudah lama saya berhajat untuk menziarahi Yayasan Al-Jenderami semenjak pertama kali saya mengetahui kewujudannya melalui youtube ketika saya sedang mencari-cari video berkenaan sekitar qasidah dan para habaib. Akhirnya hajat saya dikabulkan Allah ta'ala.


Konsep Masjidnya begitu menarik kerana ia menyamai konsep rekaan Masjid Nabi di Madinah Al-Munawworah. Tambahan menarik apabila pohon tamar turut ditanam bagi menambahkan lagi rasa suasana seperti seakan-akan berada di timur tengah. Hati sayu apabila melihat berbondong-bondong orang berpakaian jubah putih berserban dan para muslimah menutup aurat dengan elok. Begitu terasa berada dalam bi'ah solehah.

Hati bertambah sayu dan mencintai Rasulullah s.a.w. apabila pelbagai qasidah-qasidah dan selawat-selawat, doa-doa dan zikir-zikir dialunkan bersama untuk mengingati Baginda Rasulullah s.a.w.

Insan didalam gambar dibawah ini merupakan insan yang telah banyak berusaha untuk memajukan Yayasan Al-Jenderami ini.

Apa yang menyebabkan Majlis Maiulid Kubro ini begitu istimewa? ia adalah kerana pada tahun ini, ia menghimpun Ulama'-ulama' yang kebanyakkannya terlibat dengan penubuhan, mengajar dan menggerakkan pondok-ponsok di Asia Tenggara seperti daripada Solo Indonesia, Banjar, Singapura, Fathani Selatan Thailand, Jakarta, Palembang, Narathiwat, Yala dan Songkhla. Juga dihadiri oleh Ulama' Madinah Al-Munawwaroh. Juga turut hadir Ulama'-ulama' Malaysia. Begitu indah sekali melihat wajah-wajah mereka hamba-hamba Allah yang soleh insya-Allah.

Terasa ingin berkunjung lagi pada masa-masa akan datang ke Yayasan al-Jenderami ini, jika diizinkan Allah Ta'ala.

Sahabat pembaca sekalian dijemput ke pautan-pautan dibawah untuk maklumat lanjut tentang Yayasan Al-Jenderami dan pada Habib.

Blog Yayasan Al-Jenderami

Blog Berkaitan Para Habib

Sekian.
Wassalaam :)

0 comments:

Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.