Kualiti Rijaalud-Da'wah RIjaalul-Jihad




Assalamualaikum,
Penggerak (Rijaalud-Da'wah RIjaalul-Jihad) yang menggerakkan seruan akan terus lahir. Jumlahnya tidak ramai. Yang ramai hanya pendukung dan penyokong yang digerakkan.
Kekuatan penggerak (Rijaalud-Da'wah RIjaalul-Jihad) tidak bergantung pada kuantitinya. Tetapi pada kualitinya.
1. Kualiti amalannya.
Puasa Sunat, Wirid, Al-Quran, Qiamul-lail, Infaq, dll.
2. Kualiti pergerakannya.
Kualiti inilah yang akan ‘meramaikan’ jumlah penggerak itu. Andai seorang penggerak meningkatkan kualitinya, ia ibarat seperti 10 orang pada awalnya. Seterusnya, akan menjadi seperti 100 orang, 1000 orang dan semakin besar jumlahnya.
“Impikanlah! Aku mengimpikan negeri ini dipenuhi pemuda seperti Abu Ubaidah Al-JarrahMuaz bin Jabal dan Salim! Lalu aku meminta tolong dari mereka untuk meninggikan kalimah ALLAH”
Begitulah kata Saidina Umar apabila ditanya tentang apa yang beliau hajati di dunia ini. Penggerak yang berkapasati seperti 1000 orang.
Aku telah menyaksikan seorang penggerak yang berjaya mengatasi kekuatan 10 orang. Sangat mengagumkan!
Andai kita mengeluh akan kekurangan penggerak, tingkatkanlah kualiti diri kita. Tingkatkan amalan dan kualiti pergerakan kita.
Kelak akan lahir jumlah penggerak “realiti” dan penggerak “virtual”. Virtual dari segi jumlahnya, realiti dari segi pergerakannya.

0 comments:

Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.