Akta Halal Tidak Wujud didalam Perlembagaan Malaysia



Antara syarat untuk mendapatkan logo halal JAKIM adalah sebuah pernigaan itu harus mempunyai pusat operasi penghasilan produk yang memenuhi spek/ciri-ciri sebuah kilang, antaranya seluruh kawasan lantai dan dinding wajib dipasang jubin.

Ini menghadkan kepada pengusaha muslim yang tidak punyai modal besar untuk memenuhi spek itu. Kelihatannya JAKIM lebih kepada bertunjangkan industri, dan bukan bertunjangkan prinsip Islam agama yang mudah.

Maka kita mungkin akan dapati produk-produk muslim yang dihasilkan secara kecil-kecilan tidak mempunyai logo JAKIM. Pembeli hanya bergantung kepada kepercayaan kepada pengeluarnya yang berintegriti sebagai individu atau syarikat muslim.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Ketahuilah bahawa dalam jasad itu ada segumpal darah, apabila ia baik maka akan baiklah seluruh tubuh badan dan apabila ia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuh badan. Ketahuilah ia adalah hati."


Bahaya makanan yang tidak halal dan baik apabila masuk menjadi darah daging masyarakat Islam dimana jua khasnya di negara Malaysia ini, kesannya adalah hati-hati masyarakat Islam akan menjadi keras untuk menerima perkara-perkara baik daripada Islam sebagai sebuah cara hidup yang menyeluruh dan sangat sempura. Islam bukan sebuah 'religion' seperti yang didakwa yahudi/nasrani si penyeleweng kebenaran khasnya di barat.

Usaha desakan agar satu akta untuk makanan halal diwujudkan telah dilakukan tetapi sehingga kini tiada hasil yang dapat kita lihat pada akta negara Malaysia. Mungkin satu kumpulan khas perlu diwujudkan bagi menyuarakan secara berterusan dan mungkin kumpulan ini boleh menyediakan beberapa panduan tindakan yang harus diambil oleh kerajaan persekutuan dalam menangani masalah makanan halal yang amat penting dalam menjamin masyarakat yang sihat hati sekaligus akal, jasmani dan terutama sekali adalah akhlak.

Pujangga Arab mengatakan:
"al-'Aqlu as-Salim fi al-Jism as-Salim"
Maksudnya: Akal yang sejahtera datangnya dari badan yang sihat.

Badan yang sihat dan baik adalah datangnya dari makanan yang halal dan baik disisi Allah s.w.t.

Tambahan lagi, hanya ENAM (6) orang yang ditugaskan bagi memantau logo halal ini. Ini suatu yang amat ketara bahawa isu ini diambil ringan. Sebaiknya paling sedikit pun, SATU (1) Daerah, SATU (1) Pemantau/penguatkuasa. Masalah perlaksanaan ini adalah hasil samaada atas kemalasan pihak terbabit atau semangnya diarahkan untuk mengendahkan perlaksanaan ini kerana agenda penguasaan Yahudi/nasarani keatas kerajaan persekutuan. Wallaahu-'alam.

Satu kes sebagai contoh, sebuah syarikat pengeluar ayam telah memberi ayam-ayam ternakannya memakan makanan berbentuk pallet. Makanan berbentuk pallet itu mempunyai unsur babi. Setelah dilaporkan, sijil logo halal syarikat terbabit ditarik balik. Syarikat itu telah mengubah makanan ayam-ayam ternakannya kepada makanan yang dibenarkan. Seminggu kemudian syarikat tersebut mendapat kembali sijil halal. Seharusnya dalam perkara ini, sekiranya terdapat akta di negara Malaysia ini berhubungan makanan halal, maka syarikat yang melanggar akta ini akan disita selama tempoh masa yang cukup bagi memperbaiki keadaan. Tempoh seminggu merupakan suatu simbol masalah ini dipandang enteng oleh pihak berkuasa. Ayam-ayam yang telah memakan makanan yang mempunyai unsur babi sewajibnya diasingkan dan diharamkan terus bagi masyarakat muslim dan hanya boleh dijual kepada non-muslim. Dukacitanya apa yang berlaku selanjutnya tidak diperjelaskan. Ini membawa kepada syubhah.

Maka sebagai tidakan individu masyarakat muslim. Demi menjaga hati kita yang merupakan raja pemerintah didalam diri kita haruslah kita membeli ayam dari sumber yang diyakini.Ini bagi memelihara diri kita daripada menjadi keras hati dalam menerima petunjuk daripada Islam sebagai cara hidup yang sempurna. Kegagalan melakukan ini merupakan antara faktor masyarakat pada hari ini umumnya mengalami banyak masalah sosial yang begitu meruncing dan amat merisaukan.

"Bersama Islam kearah Malaysia Aman & Sejahtera"


Wallaahu-'alam.

0 comments:

Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.