BAGAIMANA MENJADI PEMIMPIN YANG BERJAYA


Pemimpin adalah tentang membawa orang lain mencapai suatu matlamat . Rasulullah s.a.w. adalah merupakan contoh pemimpin yang terhebat didunia dan ini diakui oleh sarjana barat ketika ingin menerbitkan sebuku berkenaan orang yang paling berpengaruh peringkat dunia. Matlamat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. kepada manusia adalah untuk mengabdikan diri hanya kepada Allah s.w.t.


KAYU UKUR KEJAYAAN PEMIMPIN MEMIMPIN



1- Ia mengikut tahap kepercayaan dan keyakinan orang lain kepada anda;

(a) Kepercayaan dan keyakinan terletak pada hubungan yang baik, amanah, dan etika yang tinggi.
-Semua kriteria ini dipenuhi oleh Rasulullah s.a.w. Sebagai contoh beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Abu Bakar As-Shiddiq R.A.
-Rasulullah juga pernah digelar Al-Amin yakni orang yang sangat amanah pada ketika baginda di Makkah, baginda telah berjaya menyelesaikan masalah antara puak-puak 'arab untuk meletakkan kembali Hajar Al-Aswad ke tempat asalnya  di Ka'bah.
-Rasulullah s.a.w. juga mempunyai etika yang sangat tinggi, salah satu contohnya baginda pernah menyuap makan untuk seorang yahudi buta dihujung kampung walaupun yahudi buta itu selalu menyatakan ketidaksukaannya kepada Rasulullah s.a.w.

(b) Semakin kuat dan rapat hubungan, semakin kuat kepercayaan mereka kepada kebolehan anda

Setelah anda mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada mereka barulah boleh diteruskan dengan menyampaikan atau menerangkan apa matlamat yang perlu dicapai.




ANTARA CIRI-CIRI PEMIMPIN BERJAYA

1- Mengetahui dengan jelas matlamat yang ingin dicapai

2- Komunikasi atau penerangan idea kepada orang dengan baik dan berkesan

3- Bijak membuat keputusan, menilai semua kemungkinan, menimbang kelebihan dan akibat sesuatu perkara dan rajin bertanya demi memperoleh penyelesaian.

4- Mengakui dan menggunakan kepakaran orang lain untuk mencapai matlamat.


Wallaahu-'alam.

---

Rujukan:
Seluruh tulisan diatas adalah terjemahan, olahan dan ringkasan daripada artikel bebas “How to become a successful leader” by Paul Hata (Sept. 9, 2008; www.articlesbase.com)




Penterjemah:
Ibnu Shuhaim
12 Zulhijjah 1430H

28 November 2009
Rawang, Selangor

JUNDULLAH: (JIHAD FI SABILILLAH)






Oleh:
Al-Ustadh Sa'id Hawwa

Terjemahan:
Al-Ustadh Mohd. Akhir Hj Yaacob (UKM)

Terjemahan dari kitab asal bertajuk
Jundullah: Thaqaafatan wa Akhlaaqan
di bawah bab
Al-Jihaad Fii Sabilillah Duuna Khaufin Min Laumi Al-Laaimiina


Diterbitkan oleh:
DEWAN PUSTAKA FAJAR (DPF)


DAFTAR KANDUNGAN


MUQODDIMAH

  1. Cabaran & Tentangan
  2. Mujahid Memerlukan Ilmu & Iman
  3. Kewajipan JIhad & Al-amr bil Ma'ruf wa Al-Nahyu 'anil Munkar
  4. Jihad Hati Martabat Paling Rendah
  5. Pengertian Sebenar Jihad Hati
  6. Jihad Hati Perlu Ada Batasnya
  7. Kesimpulan - Pembahagian Jihad
BAB PERTAMA
JIHAD DENGAN LISAN
Cara-cara Jihad Dengan Lisan
  1. Menyebarkan Buku Islam
  2. Majalah, Suratkhabar Dan Pamplet
  3. Syarahan Dan Pengajian Umum Di Masjid Atau Di Rumah
  4. Da'wah Secara Individu, Ziarah, Kunjungan Dan Majlis Ilmu

BAB KEDUA 
JIHAD PENDIDIKAN (TA'LIM)
Cara-cara Jihad Ta'lim
  1. Mengadakan kursus 
  2. Mengulangkaji atau membaca
  3. Membuka sekolah-sekolah agama 
  4. Mengadakan halaqah mengajar di masjid 
  5. Mengadakan rehlah (perkelahan) dan khemah kerja
  6. Mengadakan kelab-kelab keilmuan Islam
  7. Mengajar di sekolah-sekolah
BAB KETIGA 
JIHAD DENGAN TANGAN DAN DIRI
Jihad Dengan Diri Di Dalam Negara Islam
Jihad Dengan Diri Dan Tangan Ke Atas Negara Musuh

BAB KEEMPAT
JIHAD POLITIK (SIYASI)
Jihad Politik Dalam Negara Islam Yang 'Adil
Jihad Politik Dalam Negara Islam Yang Menyeleweng
Jihad Politik Dalam Negara Kafir

BAB KELIMA
JIHAD HARTA (AL-MAL)

PENUTUP (KHOTIMAH)

--

RINGKASAN KATA PENGANTAR PENERBIT
Buku ini merupakan jilid keempat dan terakhir dari buku asal bertajuk "JUNDULLAH: Thaqafatan Wa Akhlaqan" karangan Al-Syeikh Sa'id Hawwa.

Beberapa buku lain berkenaan Jihad:
  1. Jihad Dalam Islam (S. Abul A'la Maududi)
  2. Risalah Jihad (Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna)
  3. Jihad Fi Sabilillah (Al-Syahid Sayyid Qutb)
  4. Jihad Dalam Islam ('Abdul Hameed Siddiqi)
Selain daripada buku-buku diatas masih terdapat banyak tulisan-tulisan berkenaan Jihad masih dalam bahasa 'Arab, Inggeris, Urdu, Parsi dan lain. (Saya memandang bahawa banyak usaha penterjemahan perlu dilakukan agar mutiara-mutiara ilmu kebijaksaan ini dapat dini'mati oleh masyarakat yang hanya memahami bahasa Melayu.)

Rabi'ul-Awwal 1406
Novemver 1985
Shah Alam, Selangor.


Ayat Hafazan Harakiyy: al-Maidah,5:54


  يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِى ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ يُحِبُّہُمۡ وَيُحِبُّونَهُ ۥۤ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ يُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآٮِٕمٍ۬‌ۚ ذَٲلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ (٥٤)


"Hai orang-orang beriman, barang siapa diantara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan datangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan yang tidak takut celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (pemberianNya), lagi Maha Mengetahui.”


(Surah al-Maidah [5] : 54)









Yang manakah bernama ilmu?





Bismillah.
Assalaamu'alaikum wrm wbt

Pengenalan

Perkongsian catatan di kuliah pengajian kitab tasauf bertajuk Sirus Salikin (Jalan menuju Allah) sebuah kitab ringkasan daripada kitab ihya' ulumuddin karangan Imam Al-Ghozali. 

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Mokhtar Senik, Timbalan ketua Dewan Ulama' Negeri Pahang.
Beliau mengadakan kelas pengajian dipondok beliau yang bernama Ponok An-Nur di Penor, Pahang.

------

Beberapa isi yang dapat dicatat..

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan ilmu yang tertulis didalam Al-Quran dan Al-Hadith?

Imam Al-Ghazali menyatakan didalam kitabnya bertajuk ihya' 'ulumuddin bahawa ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu yang memberi manfaat kepada akhirat.

------

Seorang tokoh Ikhwanul-Muslimin, Said Hawwa berkata ketika beliau mensyarahkan kitab Hikam, "Kita ini perlu ada terikat dengan majlis mingguan supaya kita tahu sekiranya kita ada melakukan kesalahan yang kita tidak tahu/sedar bahawa perbuatan itu salah".

"Barang siapa yang tidak menyibukkan diri dengan ilmu tasauf, bimbangnya dia mati dalam berdosa besar".. 
sebagai contoh dengki, mengikut ilmu tasauf, dengki itu bermaksud tidak redha dengan pengagihan Allah..

------

"Orang yang belajar perlu mengajar kembali, sekiranya tidak, maka ilmunya akan hilang"

"Sekiranya ilmu itu 100%
maka belajar daripada guru itu adalah 50%
dan mengajar itu 30%
manakala mengamalkan ilmu itu 20%
maka penuhlah ia menjadi 100%"

------

Penutup:

Perhatian: Catatan ana diatas adalah tidak 100% dhobit, tetapi maksud yang cuba disampaikan adalah insya-Allah dapat difahami.
Wallahu-ta'ala 'alam.

Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.