Assalaamu'alaikum wrm wbt.
Aku merayu kepada sahabat2 ku sekalian agar tidak hadiri Euphonious 2009 semata2 kerana Islamnya kalian...
kerana kita tidak dapat pastikan bahawa 100% kita tidak akan dicabut nyawa oleh malaikat maut ketika kita didalam majlis itu.
'Ulama menyampaikan, Malaikat maut setiap hari menjenguk kita tidak kurang 365 kali sehari, dia melihat pada titik antara dua mata kita, kerana disitu tertulis ajal kita, dan lain2 spt jodoh, rezeki dan lain2.
Ini antara beberapa perkara dapat aku lakukan.. sesungguhnya aku berbuat ini sebagai tanggungjawab ku menyampaikan apa yang aku tahu itu betul.. kerana aku akan dipersoal diakhirat nanti
"wahai khabir, apa telah kau perbuat terhadap rakan2 kau yang telah pergi ke-Euphonious?"
Jari ku menjawab, "dia(khabir) telah menaip rayuan kepada sahabat2nya di blognya",
mata ku, laptop ku, pakaian ku, malaikat rokib dan 'atid menjadi saksi kpd perbuatan ku ini.
Jika aku tidak menyampaikan apa-apa kepada kalian, kalian akan menarik ku diakhirat kelak,
"wahai khabir nanti dulu! tidak akan kau masuk syurga selagi kau tak menanggung akibat kerana tidak menyampaikan kepada ku untuk tidak pergi ke Euphonious ketika didunia dulu!
haha.. mari kita sama-sama terima balasan daripada ALLAH yang Maha Adil."
Aku tidak ingin merana di akhirat.. aku ingin bergembira di kehidupan abadi nanti
dunia hanya persinggahan sementara. Dunia ini lebih murah daripada sebelah sayap nyamuk (dalil naqli).
aku bukan nak menyibuk hal kalian, aku bukan cuba utk mengajar kalian, tetapi hanya peringatan buat diriku sendiri, ini hal kubur, kubur kita lain2... sama2 lah kita menyediakan keadaan terbaik dikubur kita nanti dan selanjutnya akhirat..
Allah lebih mengetahui segalanya.
Wassalaam.

0 comments:

Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.