Consequence Management (CM): Suatu Pendidikan atau Penyeksaan?



Consequence Management (hereinafter called “CM”)
CM adalah kali kedua dilaksanakan pada semester ini di UTP setelah satu semester mencorak sistem UTP bagi mereka yang bergelar PETRONAS scholar. CM dilaksanakan dalam rangka untuk meningkatkan kualiti akademik di kalangan pelajar UTP yang seringkali digelar cream of the cream. Dengan pelaksanaan sistem CM [as mentioned below],

GPA Below 2.5

1st time
Allowance: Withheld
Tuition: On-continue payment
Remarks: Allowance can be reinstated only after scholar satisfies any of the following requirements:
· Improved mid-semester result
· Positive report from UTP counsellor
· Positive report from Programme Head
2nd time
Allowance: Off-Automatic Suspension
Tuition: On-continue payment
Remarks:
· Automatic suspension of all allowances. No appeal
· Tuition fees are still paid to enable scholars to continue study
· Reinstatement of allowance for next semester only if GPA is above 2.5
3rd time
Allowance: Off-stop payment
Tuition: Off-stop payment
Remarks:
· Automatic suspension of all allowances. No appeal
· Termination of sponsorship (status: BOC-Breach of Contract)
· Continue study at their own cost
pelajar lebih memberi perhatian kepada prestasi akademik mereka. Mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan diri mereka at least mendapat 2.5 ke atas. Dalam kerancakan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan teknologi di Malaysia dan serata dunia, permintaan daripada syarikat-syarikat besar semakin tinggi untuk mengambil pekerja. Justeru, PETRONAS dan UTP sememangnya selari dengan permintaan dunia dalam melahirkan tenaga kerja yang berkualiti.
Bagi pelajar yang pertama kali CM, biasiswa mereka akan dipotong semuanya iaitu sebanyak RM 500 sebulan sehingga mereka menunjukkan peningkatan dalam prestasi pelajaran mereka sewaktu mid-semester test. Kemudian, biasiswa akan dimasukkan kembali ke akaun mereka. Bagi mereka kali kedua CM, biasiswa mereka akan dipotong semuanya tetapi bayaran tuition akan ditanggung. Dan bagi kali ketiga CM, biasiswa bulanan dan bayaran tuition akan diberhentikan serta merta.
Cuma adakah pelaksanaan CM ini sememangnya relevan untuk pelajar di UTP? Frankly speaking pelaksaan CM ini memang banyak kebaikan dari sudut mewujudkan technical competence di kalangan pelajar dan critical thinking dalam mengendalikan masalah-masalah yang muncul dan saya sangat setuju dengan pelaksanaan ini. Cuma pendekatan yang digunakan PETRONAS adalah terlalu drastik dan kebanyakan pelajar seakan-akan terkejut dengan pelaksaan sistem ini. Bagi pelajar yang sumber kewangan nya bergantung kepada PETRONAS semata-mata, mereka tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa akur dengan kehendak sumber kewangan mereka.
Satu lagi masalah yang timbul adalah kepada pelajar-pelajar yang miskin yang terkena CM. Mereka terpaksa bergantung kepada diri mereka sendiri untuk mencari duit kerana tidak mahu meminta kepada ibu bapa yang berasal dari keluarga susah. Mereka terpaksa bekerja sambil belajar dan akhirnya tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran mereka sendiri dan implikasinya CM kali kedua dan ketiga. Pihak yang sepatutnya lebih meneliti isu-isu seperti ini dan menimbangtara tentang relevansi CM ini. Kita juga tidak dapat menolak kemungkinan bahawa mungkin ada pelajar yang terpaksa membuat kerja “kotor” untuk mendapat duit untuk meneruskan pelajaran mereka. NauzubiLlah..
Bukan menolak seratus-peratus dengan CM, kaedah yang lebih efektif perlu dibentuk supaya kebajikan pelajar lebih terjaga. Mungkin perlu dilakukan secara perlahan-lahan sistem ini. Seperti pada peringkat awal mungkin biasiswa yang diberikan boleh dikurangkan daripada memberhentikan semuanya seperti mengurangkan daripada RM 500 sebulan kepada RM 200 sebulan sebagai memberi pengajaran kepada pelajar. Justeru pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki keputusan mereka. Pendekatan secara mendidik lebih memberi kesedaran daripada pendekatan secara menyeksa.
Namun kita adalah manusia biasa, sistem yang diuji perlulah ada tempoh masa yang matang untuk menguji keberkesanannya. Jika ada kesilapan dalam sesuatu sistem ianya perlulah diakui dan ditambahbaikan dari masa ke masa. Di harapkan pihak yang sepatutnya dapat meletakkan diri mereka dikalangan pelajar miskin yang dikenakan CM.

sumber: http://www.ibnuinsan.blogspot.com/

1 comments:

Anonymous said...

totally agree.
since i was involve in CM,i hav no source of money.i need to work part time in ipoh and have no time to study.my parent can no longer support me coz they passed away.currently i live with my sister who is just a housewife. so i cannot expect my brother in law to support me in term of financials....so please PETRONAS consider people who are very unlucky like me...currently im in CM 2...i dont know if i can suvive next semester.now im thinking of selling drugs or stealin!!!!!!!

Imam Al-Banna berkata tentang tsabat:

“Hendaknya seorang akh. Menjadi orang yang aktif dan selalu berjuang di jalan menuju Nya; sekalipun masa yang ditempuh masih panjang hingga bertahun-tahun dan berabad-abad lamanya; sehingga dirinya berjumpa dengan Allah dalam kondisi demikian sedangkan ia mendapatkan keberuntungan pada salah satu dari dua kebaikan; mencapai tujuan yang diinginkan atau mendapat syahadah hingga akhir.

Allah berfirman: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Menurut kita, waktu ini akan sentiasa berjalan, walaupn jalan sangat panjang, kejayaan masih jauh dan banyak rintangan menghadang, namun intinya adalah bagaimana kita dapat menuju satu tujuan disertai dengan ganjaran yang besar dan pahala yang berlipat ganda dari ALLAH, maka tidak ada kata henti dari PERJUANGAN ayuh terus kita merobohkan benmteng kezaliman”.